Skip to content

Syiah dan Ahli Kitab; Hukum makan sembelihan dan menikahi mereka

Juli 20, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Apakah hukum memakan sembelihan ahli kitab dan berkahwin dengan wanita mereka pada hari ini? Apakah hukum memakan sembelihan Syiah dan hukum berkahwin dengan mereka?

Jawapan:

Ini perbincangan yang panjang. Banyak para ilmuan yang telah mengarang perbahasan tentang hukum hakam berkaitan ahli kitab. Antara yang dibahaskan adalah isu hukum memakan sembelihan mereka dan pernikahan dengan wanita mereka.

Isu sembelihan ahli kitab berpunca daripada persoalan adakah mereka masih wujud atau tidak. Ada yang berkata pada zaman ini ahli kitab sudah tiada kerana kitab-kitab mereka telah diselewengkan. Kalau ingin berdalil seperti itu, Allah SWT telah menyatakan di dalam Al Quran pada zaman Nabi lagi,

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ

Maksudnya: Sesungguhnya telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawa Allah itu salah satu dari tiga tuhan (trinity), padahal sekali-kali tidak ada Tuhan kecuali hanya Tuhan Yang Satu.” (surah Al Maidah, 5: 73)

Maknanya trinity pada zaman Nabi SAW sudah ada. Dan Nabi ketika mengutus surat kepada Maharaja Rom, Hercules, Nabi memulakan suratnya dengan firman Allah SWT Ya Ahlal Kitab (wahai ahli kitab). Nabi memanggil Hercules dengan gelaran ahli kitab sedangkan telah wujud akidah trinity pada zaman Nabi SAW menunjukkan agama mereka telah diselewengkan.

Maknanya walaupun telah wujud akidah trinity pada zaman Nabi SAW, Nabi masih memanggil Hercules dan golongan Rom sebagai ahli kitab maka ini menunjukkan keberadaan ahli kitab pada hari ini di mana mereka juga berakidah dengan akidah trinity dan telah berlaku penyelewengan dalam kitab-kitab mereka dan hal ini sama seperti ahli kitab yang berada pada zaman Nabi. Maka mereka pada hari ini tetap juga dikenali sebagai ahli kitab.

Dari pentakrifan itu, para ilmuan cenderung kepada keharusan memakan sembelihan ahlul kitab pada hari ini. Asalkan ahli kitab tersebut benar-benar Kristian dan Yahudi (bukan campuran dengan agama lain). Majusi bukan ahli kitab.

Satu pihak lagi berpendapat tidak boleh memakan sembelihan ahli kitab sekarang kerana berpendapat ahli kitab sekarang berbeza dengan ahli kitab pada zaman Nabi SAW. Ini kerana penyelewengan ahli kitab pada zaman Nabi tidak sama dengan penyelewengan yang berlaku pada hari ini.

Perpecahan gereja yang berlaku pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW. Jadi tidak dapat dipastikan adakah dia telah menyebut nama Allah ketika menyembelih. Itu yang menjadi satu persoalan yang besar.

Baru-baru ini saya dan sahabat berjalan dan bertemu dengan muballigh Kristian, dia menceritakan tentang ketuhanan, mengajak orang jangan minum arak, mengajak orang buat kebaikan, dia bercakap dia percaya akan tuhan tetapi dia percaya bahawa Isa berkorban.

Jadi saya pun berkata kepadanya inilah perbezaan antara kepercayaan kami dan kepercayaan kamu, kami tidak percaya trinity. Mereka terperangkap dengan isu trinity dan Jesus Christ. Isa AS menurut mereka berkorban dan sanggup dirinya dibunuh untuk menghapuskan dosa warisan umatnya.

Jadi mereka yang cenderung kepada pendapat kedua melihat golongan ahli kitab yang berada pada hari ini tidak sama dengan golongan ahli kitab pada masa dulu.

Tetapi saya cenderung kepada pendapat pertama di mana akidah ahli kitab dulu sama seperti akidah ahli kitab sekarang jadi ahli kitab pada hari ini masih boleh kita makan sembelihan mereka. Tetapi bagi sesiapa yang merasa syubhat dan tidak yakin maka boleh ditinggalkan dari memakannya, cuma tidak boleh mengharamkan sembelihan ahli kitab kepada orang lain kerana telah dikemukakan dalil dan hujah yang mengharuskan.

Hukum memakan sembelihan Syiah dan berkahwin dengan mereka.

Fatwa Al Imam Al Bukhari dan Al Imam Asy Syafi’i mengatakan haram memakan sembelihan Syiah, haram berkahwin dengan mereka, haram memberi salam kepada mereka. Hal ini berlaku kerana mereka telah murtad di mana kepercayaan dan amalan mereka telah menyebabkan mereka keluar daripada Islam.

Menyamakan Syiah dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah penyamaan yang tidak relevan. Ini kerana kufur disebabkan keluar daripada agama dan berpindah kepada agama yang baru (Syiah) dengan kufur ahli kitab adalah dua perkara yang berbeza. Hal ini sendiri disebut dalam Al Quran perbezaannya,

إن الذين كفروا من أهل الكتاب والمشركين

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik..” (surah Al Baiyinah, 98: 6)

Kekufuran ini pelbagai, kufur ahli kitab berbeza dengan kufur munafiq, kufur musyrik, kufur kerana meninggalkan prinsip agama, dan sebagainya. Jadi tidak boleh kita mengqiyaskan syiah dengan ahli kitab.

Maka fatwa Imam Al Bukhari dan Imam Asy Syafi’i rahimahumallah, sekiranya orang itu Syiah iaitu Syiah yang beramal dengan ajaran mereka, mengetahui dan ada ilmu tentang ajaran mereka maka dia terkeluar dari agama dan haram memakan sembelihannya serta haram bernikah dengan mereka.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

Ustaz Fathul Bari: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi (part 13/14)

About these ads

From → Akidah & Manhaj

3 Komentar
  1. NIsa permalink

    Ustaz saya ingin menambah tentang memakan sembilah Ahli Kitab.
    Jika seseorang mengambil hukum boleh makan sembelihan Ahli Kitab, satu lagi perkara yang perlu diingatkan ialah, sembelihan itu halal namun jika dimasak oleh Ahlil Kitab menggunakan perkakas yang susah digunakan untuk memasak babi contohnya, maka daging sembilahan tu susah menjadi haram untuk dimakan.

  2. dexs permalink

    salam tuan ..terbaek debat tuan malam tadi

  3. Julia Wilson permalink

    Assalam
    saudari Nisa, itu juga masalah khilaf ulamak. seorang sahabat nabi yg berjiran dengan ahli kitab pernah bertanya rasulullah tentang memakan masakan jirannya sedangkan dia tahu perkakas itu pernah digunakan utk babi maka Rasulullah menyuruh sahabat itu membasuh dahulu bekas tersebut dengan air. Imam2 mazhab juga beselisih tentang cara mencuci bekas yg terkena najis babi dan anjing. lainlah sekiranya jelas daging yg halal tu dimasak dengan babi etc yg tak halal maka haram dimakan.Di dalam Quran, babi sebaris dengan bangkai darah dan nanah. Bagaimana saudari mencuci darah atau nanah?Janganlah cepat menjatuhkan hukum tanpa dalil yg kukuh.Wallahualam.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 24.735 pengikut lainnya.

%d blogger menyukai ini: