Skip to content
Tags

Muzik tidak menenangkan jiwa sebaliknya menjauhkan hati dari Al-Quran dan zikir

Januari 21, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

580137_136377713152538_804515004_nIdeologi liberal dan plural masuk melalui pelbagai cabang. Ini adalah realiti yang berlaku di dalam negara-negara Islam secara umumnya dan juga masuk ke Malaysia secara khususnya. Dalam konteks Malaysia, tidak boleh dinafikan lagi bahawasanya ideologi ini masuk antaranya melalui hiburan sama ada filem, muzik dan sebagainya.

Saya pernah menyebut sebelum ini, ketika saya di Saudi saya melihat satu channel berbahasa Inggeris kepunyaan sahabat saya, di mana satu program yang menjemput bekas-bekas penyanyi barat yang memeluk Islam, antaranya penyanyi pop, hip hop dan sebagainya.

Penyanyi yang telah memeluk Islam dan meninggalkan muzik ini datang dan menceritakan kesan dan implikasi muzik pada kehidupan manusia. Mereka membawakan contoh satu lagu dan mengulas lagu Kathie Perry, saya sudah tidak ingat tajuk lagunya.

Lagu tersebut memang menjadi siulan anak-anak muda kita. Dia menyebut lirik lagunya yang menyeru kepada kebebasan, setiap orang bebas melakukan apa sahaja, tidak boleh terkongkong.

Lirik lagu yang menjadi siulan itu dipasang di media-media kita, itu antara punca masalah kita. Bukan saya mengharuskan lagu melayu, tetapi lagu-lagu barat yang jelas sebahagian isi kandungannya dan perkataan-perkataan yang teruk digunakan, lalu menjadi siulan generasi muda kita.

Masalah ini bermula dengan sikap kita yang memandang remeh, menganggap tidak ada masalah, menganggap ianya sekadar hiburan, sedangkan perkara ini akan memberi kesan dan impak yang negatif kepada masyarakat kerana ia menjadi siulan dan dibudayakan dalam kehidupan.

Sedangkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawasanya untuk kita jadikan bacaan dan kegembiraan kita adalah dengan Al-Quranul Karim sendiri. Al-Quranul Karim yang akan menyejukkan hati manusia, zikir kepada Allah SWT yang akan menenangkan hati manusia.

Adapun kebanyakan kita memilih jalan yang sebaliknya; memilih lagu Kitaro, dengan beranggapan ia mampu menenangkan hati. Kalau kita sudah asyik dengan muzik, di mana feel kita apabila kita mendengarkan Al-Quranul Karim?

Kalau kita tidak ada feel apabila mendengar Al-Quranul Karim, ketahuilah bahawa hati kita sedang bermasalah dan berpenyakit. Hati kita lebih dekat dengan Kitaro, hati kita lebih cenderung kepada penyanyi-penyanyi baik barat mahupun tempatan untuk kita mendapatkan ketenangan. Ini satu pilihan yang salah.

Ini merupakan salah satu cabang liberalisasi masuk; iaitu melalui hiburan.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut dari minit 38:49 hingga minit 42:39

http://www.youtube.com/watch?v=q7jKjMDV0ao

About these ads
Tinggalkan sebuah Komentar

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 24.722 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: