Skip to content
Tags

Kebangkitan rakyat di Syria, Jihad di Palestin & Briged Al-Qassam

Februari 13, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

kebangkitan rakyatSoalan: Apakah pandangan ustaz tentang kebangkitan rakyat menentang Bashar? Adakah ustaz setuju dengan kebangkitan rakyat menentang Bashar yang Syiah ataupun tidak.

Jawapan:

Keadaan yang berlaku di Syria berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara kita. Ada orang yang hendak mengambil apa yang berlaku di Syria ke dalam negara kita. Jumlah Syiah di Syria pada hari ini cuma 10%. Mereka memegang kerajaan dan apa yang mereka lakukan adalah membunuh Ahlus Sunnah. Jadi kebangkitan rakyat di sana dalam konteks mereka di sana merupakan satu kebenaran dan satu perjuangan bagi mereka.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menghukum mereka wajib keluar berperang dan membunuh Bashar Asad. Kita tidak boleh berkata begitu sebab mereka lebih mengetahui keadaan dan kemampuan mereka.

Ketika di awal Islam, adakah Nabi SAW melancarkan jihad di Makkah? Tidak.. Nabi SAW dan umat Islam pada ketika itu adalah minoriti, mereka melihat para sahabat dibunuh di depan mata mereka. Sumayyah dibunuh, seluruh keluarga Yasir dibunuh. Bilal bin Rabah disiksa. Khabbab bin Al-Arat disiksa sehingga calar balar seluruh tubuh badannya.

Adakah Nabi menyuruh supaya JIHAD??!! Tidak!! Kerana umat Islam pada ketika itu belum mempunyai kekuatan. Sebab itu kita tidak boleh menyuruh rakyat Syria pada hari ini keluar berjihad (perang). Mereka lebih mengetahui kemampuan dan persediaan mereka untuk berjihad.

Jika mereka benar-benar mampu, silakan berjihad. Namun jika mereka katakan mereka belum cukup persenjataan, tidak ada kekuatan, maka tidak diwajibkan jihad bagi mereka. Ditangkap orang mereka dan dibunuh, dimasukkan mereka ke dalam lubang dan ditembak mereka hidup-hidup dan kemudian dikambus lubang tersebut, itu yang dilakukan Bashar kepada Ahlus Sunnah di sana.

Dalam keadaan begitu pun ada wakil daripada parti politik tertentu pergi bertemu dengan pemimpin di sana menyatakan sokongan kepada pemimpin di sana. Kita bukan bercakap tentang hubungan diplomasi. Hubungan diplomasi bab lain. Ini kita bercakap tentang pergi bertemu memberikan sokongan kepada kezaliman mereka terhadap Ahlus Sunnah. Itu yang sedang kita perkatakan. Sedangkan ada di kalangan pemimpin parti tersebut yang menolak Syiah secara terang-terang. Tetapi di kalangan pemimpin mereka juga ada yang pergi bertemu dan memuji Syiah di dalam televisyen siaran rasmi kerajaan Syria.

Saya tidak katakan rakyat Syria harus melancarkan jihad. Kita tidak tahu kemampuan mereka. Hukumnya berbalik kepada kemampuan mereka, sebab syarat jihad seperti yang dinyatakan oleh Allah,

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) dengan segala yang kamu mampu dari kekuatan dan juga pasukan-pasukan berkuda yang siap sedia untuk kamu menakutkan musuh Allah dan juga musuh kamu.” (surah Al Anfaal, 8: 60)

Allah menetapkan bahawa hendaklah dipersiapkan segala kekuatan termasuklah persenjataan, haiwan tunggangan yakni kenderaan-kenderaan perang, peralatan perang semua hendaklah dipersiapkan agar menakutkan musuh Allah dan musuh kamu.

Kalau musuh menggunakan senjata canggih, menembak dari jauh, menembak menggunakan satelit, sedangkan senjata kita adalah batu, senapang patah, lastik, adakah itu persiapan persenjataan yang memadai? Kita di sini senang hanya tahu melaungkan jihad, jihad! Kemudian kita pergi makan asam pedas.

Di Palestin, saya pergi melihat sendiri keadaan di sana. Kita bercakap tentang jihad, jihad. Namun apa kemampuan mereka? Kita sendiri mengakui bahawasanya Israel mempunyai kelengkapan persenjataan perang yang canggih. Bahkan sejarah mengiktiraf perkara ini. Nabi Dawud a.s. yang berketurunan Bani Israil Allah berikan mukjizat kepadanya pakar membuat senjata dan pakar strategi perang. Itu keturunannya, tetapi Yahudi adalah keturunan Bani Israil yang kufur. Apa pula senjata umat Islam di Palestin?

Sekarang ini wujud tentera Al-Qassam di bawah Hamas. Bukan kata tidak bagus, baguslah mereka pergi bunuh tentera Israel, serang sana, serang sini. Tetapi Israel pada hari ini tidak lagi hanya menyerang orang yang menyerang mereka. Sebaliknya mereka menabur sahaja bom ke mana-mana; hospital, sekolah, dan mana-mana saja. Apabila mereka diserang sedikit, itu menjadi alasan untuk mereka membunuh orang-orang awam di Palestin.

Jadi adakah tindakan yang bijak sekiranya kita menyerang dan kemudian kita lari, lalu Israel menghantar bom dan mati orang-orang Islam yang tidak berdosa?

Itu perkara yang perlu dimuhasabahkan. Bukan soal tidak ada jihad. Jihad itu ada, tetapi ia perlu merujuk kepada kemampuan.

Adapun apa yang berlaku di Syria pada hari ini, penentangan rakyat terhadap pemimpin mereka Bashar Asad adalah sesuai dengan keadaan dan kemampuan mereka. Jika mereka tidak mampu, mereka harus berdiam diri dan mengambil langkah membina kekuatan secara perlahan-lahan.

Adapun hendak menyamakan Syria dengan Malaysia, ianya tidak boleh disamakan. Pemimpin kita adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ya, sebagai manusia dan insan, ada kelemahan dan kekurangan. Itu merupakan perkara biasa. Kita ada ruang dan peluang untuk menasihati dan mendekati, dan kita ada ruang untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan. Kita juga ada ruang untuk memastikan di dalam negara kita tidak berlaku rusuhan.

Kita ada ruang, jadi manfaatkan ruang dan peluang tersebut. Jangan sampai jadi seperti Mesir pada hari ini, demonstrasi menjatuhkan pemimpin telah menjadi budaya, dan keadaan itu tentunya membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

About these ads
Tinggalkan sebuah Komentar

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 24.720 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: