Skip to content

Sabar dan Redha Ketika Menghadapi Musibah

April 21, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Apabila Allah uji kita dengan fitnah/ ujian kesusahan, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?

Pertama sekali ialah sabar. Sabar dalam bahasa Arab membawa maksud ‘kurung’ atau ‘penjara’. Yakni bermaksud mengurung emosi dan nafsu kita.

Sebagai contoh ada orang yang tertekan dan ingin terjun bangunan.Adaorang tidak mampu menahan tekanan rasa mahu menjerit.Adapula teori kaunseling mengatakan, menjerit dan meluahkan satu dari cara meredakan tekanan. Itu menurut teori psikologi moden.

Walhal Islam mengajarkan supaya wudhu, solat dua rokaat dan mengadu kepada Allah. Bukan menjerit.Adayang menjerit hu ha hu ha kerana tension. Adakah ini cara yang betul untuk menghilangkan tekanan?

Menurut Islam, tekanan ini diselesaikan dengan sabar. Itu sebab Allah menceritakan kelebihan-kelebihan orang yang sabar. Sebagai contoh,

“khabar gembira bagi orang yang sabar” (al-Baqarah, ayat 155).

Manakala cirri-ciri orang yang sabar ialah redha seperti dalam firman Allah,

“Yakni orang-orang yang apabila ditimpah musibah, mereka berkata inna lillahi ilaihi rojiun.” (al-Baqarah, ayat 156) 

Maksudnya dia redha dengan apa yang menimpa. Oleh sebab itu, kita harus redha dengan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.

Kita selalu lihat apa yang berlaku di luarsana, ada ramai orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Jangan kita lihat hanya diri kita semata-mata. Kemudian sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah.

Itu yang harus kita jadikan sebagai motivasi dan muhasabah.Kita selalu meminta dari Allah, namun tidak pernah memberikan ketaatan. Kita tidak akan dibantu oleh Allah seandainya kita tidak membantu agama Allah. Seperti firman Allah,

“Sekiranya kamu tolong agama Allah, nescaya Allah tolong kamu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Maksudnya bukan kita menolong Allah, sebaliknya menolong agama Allah. Caranya ialah dengan mentaati perintah Allah.Ini cara untuk melahirkan perasaan redha.

Orang yang faham sabar dan redha ini ialah orang yang memahami taqkir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.

Kuliah Umum – Fitnah

Shah Alam

Khamis 08 Disember 2011

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbita iLMU

http://www.youtube.com/watch?v=yUGZRd_unUk

From → Adab & Akhlak

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: