Lompat ke isi kandungan

Jauhi Penyakit K.U.M.A.N

April 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Teori kuman yang saya buat mempunyai 5 seperti :-

K- Kitab

Abila kita berikan dalil Al-Quran dan hadis, masih ada lagi yang menyangkal dan menjadikan kitab-kitab lain sebagai contoh ikutan.

U- Ustaz

Bergantung kepada ustaz semata-mata walaupun tidak dilandasi dengan dalil.

M- Majoriti

Sentiasa mengikut kata-kata majoriti sedangkan majoriti bukanlah dalil seperti yang disebut dalam Al-Quran,

“Sekiranya kamu mentaati majoriti (kebanyakan) daripada kalangan penduduk bumi, maka pasti ia akan membawa kamu kepada kesesatan.” (al-An’am, ayat 116)

Hadis Nabi s.a.w,

“Islam itu bermula dari asing, ganjil dan ia akan kembali asing, ganjil, maka berbahagialah, khabar gembiralah bagi orang-orang yang asing ini.” (Sahih Muslim, no 145)

Dalam riwayat yang lain:

فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ

“Maka beruntunglah mereka yang dianggap asing, iaitu orang-orang yang melakukan islah (pembaikan) di ketika manusia berkeadaan rosak.” (riwayat at-Tirmidzi, 9/219, no. 2554. At-Tirmidzi mensahihkannya)

A- Akal,

Mengikut perasaan dan akal fikiran. Bahkan mendahulukan akal dan perasaan daripada wahyu.

N- Nenek moyang

Menjadikan amalan dan kepercayaan nenek-moyang sebagai dalil atau rujukan agama. Allah telah berfirman,

Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutlah apa yang telah Allah turunkan’, mereka menjawab, ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami’. (Apakah mereka masih mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk?” (surah al-Baqarah, ayat 170)

Jadi jauhilah penyakit kuman ini. Walaupun demikian bukanlah kita tidak menghormati kitab,ustaz, majoriti, akal dan nenek moyang, tetapi keterlaluan dengan mengunakan perkara ini sehingga membelakangkan nas Al-Quran dan Al- Sunnah adalah pegangan yang salah.

Jadi apabila kita mempunyai prinsip berpegang kepada nas Al-Quran dan Al-Sunnah, di mana sahaja kita berada dan menetap kita tetap akan berada di atas pegangan yang sama dan dasar yang sama. Kehidupanku Al-Quran dan Al-Sunnah, ikutanku Al-Quran dan Al-Sunnah yang sesuai dengan petunjuk sahabat nabi.

GreenVillageClab House,Doha,Qatar,

09 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

http://www.youtube.com/watch?v=Gl0sKt_Igis

Advertisement

From → Adab & Akhlak

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: