Skip to content

Ustazah pilihan tidak wajar

April 25, 2012

Sebenarnya inilah yang berlaku apabila manusia jahil tentang agama dan orang yang bercakap atas nama agama pula ‘Ruwaibidhah’. Yakni seorang lelaki yang lekeh (tidak berilmu) bercakap tentang agama.   

Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya, dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat awam.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

Apabila program Imam Muda berjalan ia menjadi sebutan. Kita tidak nafikan ada beberapa kebaikan, faedah dan manfaat terutama dalam mendidik imam-imam. Walaubagaimanapun, menuntut ilmu agama bukanlah seperti peperiksaan. Memahami dan beramal dengan ilmu agama bukanlah seperti peperiksaan.

Kita memasuki peperiksaan dengan menghafal dan memahami pelajaran. Boleh jadi juga kita hanya menghafal tanpa memahami seperti yang diistilahkan ‘hafal bodoh’.

Jadi, kita hendak buat program seperti ini. Program yang menampakkan kita kepada para juri mengetahui, ingat maklumat dan bertindak baik. Dengan itu baharulah mendapat gelar solehah. Norma ini tidak lain tidak bukan berasal dari fenomena Akademi Fantasia. Mula-mula memilih penyanyi dan hari ini ustaz pun mahu dipilih.

Bahkan lebih dari itu, ada orang mencadangkan Imam Muda diberi jawatan mufti.

Mereka mungkin dibekalkan sedikit ilmu disamping ada ustaz yang mengajar mereka. Mungkin ia merupakan kursus intensif memberi semangat kepada orang. Akan tetapi kita melihat ia bukan satu cara yang baik untuk mengenal-pasti individu yang baik, apatah lagi wanita.

Walaubagaimanapun, saya menasihati diri saya sendiri dan tuan-tuan juga,

Apabila menghadapi perkara seperti ini, sepatutnya pihak yang berwajib khususnya agamawan berbincang. Jika urusan ini diserahkan sahaja kepada pihak televisyen, nescaya semua program mereka mahu terbit. Kita perlu berbincang. Jangan jadikan Islam sebagai perkara sempelan sahaja, jadikan ia sebagai program realiti TV. Ia seolah-olah satu permainan. Apatah lagi calon-calon ustazah ini disoleh dan dihias sedemikian rupa.

Program sebegini ditonton oleh ramai orang. Ada yang melihat dengan pandangan yang baik dan ada juga yang melihat dengan pandangan berunsur syaitan. Yang mana kesannya sangat benar. Seperti kata Nabi, “pandangan mata berunsur syaitan itu, kesannya sangat benar.”

Kuliah: Talbis Iblis, Al-Khadeem, Kayu Ara

Tarikh: 03/10/2011 – 9.00PM

Rakaman Abu Aqif  Studio

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

http://www.youtube.com/watch?v=ef-rbAsyaVg&feature=related 

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: