Fatwa Pas Yang Perlu ditarik Balik
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU
Makan sembelihan orang umno tidak sah dan nikah tidak sah?
Apabila kita bangkitkan isu seperti ini, mereka akan mengatakan bahawa isu ini sudah ‘ou-of-date’ dan tidak relevan.
Namun kita mahu tegaskan, pernahkah orang yang mengeluarkah fatwa dan amanat seperti ini menarik balik kenyataannya? Pernahkah dia berkata bahawa amanah yang dikeluarkan suatu ketika dahulu, kini sudah tidak relevan, kemudian memohon maaf dan tarik balik kenyataan. Jika mereka sudah menarik-balik, maka kita sedia berlapang dada memaafkan.
Namun yang menjadi masalah ialah pihak yang mengeluarkan fatwa seperti init idak pernah menarik balik perkataannya.
Kita sedia memaafkan sekiranya pihak yang menuduh menarik balik kenyataanya. Sesuai dengan kata Nabi dalam hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya semua anak Adam melakukan kesalahan dan kesilapan. Dan semulia-mulia orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat kepada Allah” (riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Kita bersedia memaafkan dan membuka pintu kemaafan. Cumanya, orang yang mengeluarkan kenyataan ini perlu menarik balik perkataanya.
Sembelihan dan Nikah Tidak Sah!
Impak atau kesan kenyataan atau fatwa seperti ini sangat buruk dalam masyarakat. Sehingga timbul tuduhan kafir-mengkafirkan, sesat-menyesatkan dan tidak sah sembelihan.
Walhal dalam isu sembelihan sebagai contoh, Allah ajarkan teknik menyembelih dalam Al-Qur’an dengan membaca ‘bismillah.” Firman Allah SWT:
“Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
Bukan perlu kepada syarat tambahan seseorang itu perlu dari parti sekian atau parti sekian. Allah tidak menetapkan syarat lebih melainkan Islam dan membaca bismillah.
Demikian juga dalam kes nikah yang didakwa tidak sah. Pernah terjadi kes seorang ustaz yang mendendangkan fatwa bahawa nikah oleh orang umno tidak sah. Selepas diselidik susur galur ustaz ini, maka diketahui bahawa ibu dan ayahnya dahulu dinikahkan oleh seorang umno. Kalau mengikut kaedah dan fatwa yang dia canangkan sendiri, sebenarnya dia mendakwan dirinya adalah ‘anak luar nikah.’ Nauzubillah. Walhal dalam hukum Islam, ia tidak begitu.
Justeru sebagai langkah penyelesaiannya, pihak yang mengeluarjan tuduhan dan kenyataan fatwa seperti ini puluhan tahun dahulu, perlu menarik balik fatwanya dan memohon maaf. Ia sebagai tanda hormat, tunduk dan patuh kepada ketinggian agama Islam. Bukan kerana kepentingan emosi atau kepentingan hawa-nafsu.
Rakaman oleh Abu Aqif Studio, http://abuaqifstudio.blogspot.com/2012/04/ustaz-fathul-bari-fatwa-pas-yang-perlu.html
Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU.
From → Ilmu & Fatwa, Muamalat & Ekonomi
salam saudara. dah 2 kali reply saya didelete. saya pohon sekali lagi. sila kemukakan bukti
Search Amanat Haji Hadi.
Admin.
Sehingga 2013, sepupu saya yang berpartikan pas masih menunjukkan gambar ayam dgn lambang umno dan memprovokasi mengatakan tidak digalakkan makan. Bagaimana itu.? Tidakkah ia menyinggong perasaan orang lain. Tetapi saya kira orang pas tidak sensitif dengan perkara begini dan mengambil remeh isu ini. Atau bersetuju dengan amanat ini.