Skip to content

Beriman dengan nas, bukan logik akal semata-mata.

April 28, 2012

Abu Islam Fathul Bari, CEO iLMU

Bagaimana untuk memahami Al-Quran dan Al-Sunnah?

Pada hari ini kita berhadapan dengan pelbagai pemikiran orang, antara isunya mereka hanya ingin belajar membaca Al-Quran sahaja yakni cukup sekadar  khatam Al-Quran semata-mata. Kemudian khatam Al-Quran dan membaca terjemahan serta memahaminya. Ianya  telah dianggap sudah mencukupi.

Ini adalah satu salah faham yang sangat serius. Memahami Al-Quran bukan dengan cara baca terjemahan semata-mata, tetapi terjemahan adalah sebagai pembantu dan penambah baikan sahaja. Kaedah yang tepat untuk memahami Al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W adalah dengan penafsiran, syarah hadis, apakah kaedahnya, metodologi serta bagaimana asasnya, pergantungan kepada siapa yang kita hendak letakkan kerana banyak orang mempunyai pelbagai takwilan.

Contoh sahabat saya yang bekerja di Petronas Oman. Beliau bertanya akan hadis Nabi S.A.W, dari sahabat Abu Hurairah,

“Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya. (riwayat Imam  Muslim, nombor 5152) 

Soalan itu timbul setelah tersebar di dalam internet bahawa bukit yang diertikan bukit daripada emas itu adalah minyak. Apabila Petronas menjumpai minyak serta membuat satu perniagaan berkaitan dengan minyak tersebut, maka ada tidak berani pergi kesana.

Ulam Ahli Sunnah wal Jamaah memiliki penjelasan yang berbeza. Itu dikatakan takwilan. Pada hari ini sememangnya minyak dikenali sebagai emas hitam. Istilah emas hitam adalah terminologi yang muncul pada hari ini merujuk kepada petroleum. Sedangkan Nabi S.A.W sebut di dalam hadis , bukit daripada emas.  Dan bukit emas ini, seperti yang dikhabarkan Nabi ianya akan muncul daripada laut.

Takwilan logik mungkin kita kata emas, dikorek dasarnya berbukit-bukit serta di dalamnya mempunyai minyak hitam. Ianya minyak yang berwarna hitam mungkin daripada petrol atau sebagainya. Jadi menurut pemahaman orang-orang yang menggunakan logik akal akan menyangka bahawa ini adalah emas hitam, ini merupakan tanda-tanda kiamat, maka tempat ini akan berlaku.

Faham ini menggunakan faham logik, manakala sekarang ini Nabi S.A.W bersabda iaitu cara kaedah untuk kita berkomunikasi dengannya, nombor satunya ialah iman. Beriman dengan zahir nas dahulu kerana asal untuk kita berkomunikasi dengan Al-Quran dan hadis adalah literal yang bermaksud mengimani apa yang telah ada terlebih dahulu. Apa yang hadis Nabi berkata emas itu adalah emas serta bukit itu adalah bukit. Ini kerana Nabi S.A.W berkata tentang benda-benda ghaib dan Nabi S.A.W tidak akan memberi sesuatu perkara yang akan mengelirukan umatnya. Beliau tidak akan memberi takwilan-takwilan yang akan menyebabkan umahnya memberikan pelbagai tafsiran serta pandangan.

Memesongkan Makna Dajjal

Nabi S.A.W akan sentiasa memberi perkataan-perkataan mudah yang membawa kepada perpaduan umatnya. Maka jika kita teliti hadis ini yang pertama menggunakan rasionalnya, begitu juga hadis-hadis dajjal yang menggunakan logik akal akan menolak hadis-hadis dajal. Mereka berkata mustahil ada mahluk yang akan keluar dalam rupa sebegitu. Mereka berpendapat dajjal ini bermaksud Amerika, Israil dan sebagainya. Mereka juga menyatakan apa yang berlaku sekarang iaitu pembunuhan beramai-ramai pada hari ini adalah dajjal serta yakjud makjud.

Sedangkan Nabi S.A.W memberitahu kita di dalam hadis-hadis yang  sahih tentang dajjal seperti sifat, wajah, mata , rambut, badannya serta apa yang dia lakukan, apa yang dibawa iaitu syurga dan neraka dan sebagainya. Tetapi apabila datangnya rasionalis iaitu orang yang mendahulukan akal melebihi nas wahyu yang tidak wujud di dalam hati mereka sifat memuliakan serta mendahulukan nas wahyu ini mereka melihat dari pandangan logik akal mereka semata-mata. Sehinggakan hadis-hadis yang berkaitan dengan Imam Mahadi, hadis yang berkaitan dengan azab kubur ditolak ketepi kerana dia berkata contoh jika ada seorang manusia dimakan oleh ikan jerung di tengah-tengah laut, jasadnya telah habis dimamah oleh 1000 ekor jerung tersebut. Maka masa bila dia mendapatkan azab kubur kerana ianya tidak ditanam.

Kita memikirkan sesuatu dengan menggunakan logik akal serta tidak mendahulukan iman dalam berinteraksi dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Sebab itu kita perlu tahu bagaimana cara dan kaedah untuk memahami. Jika kita bergantung dengan pendapat umum ianya akan membawa pelbagai pendapat kerana setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza sehinggakan Ali bin Abi Tolib r.a berkata,

“Kamu perlulah berkomunikasi dengan manusia, sesuai dengan tahap pemikiran mereka”

Ini menunujukkan Ali bin Abi Tolib r.a memaklumkan kepada kita tahap manusia berfikir ianya berbeza-beza. Ada antaranya terlalu bijak, ada pula yang terlalu lemah daya pemikirannya dan ada pula yang sederhana. Dengan cara dan tahap berfikir seperti ini sudah semestinya perkataan-perkataan yang disampaikan itu perlu disesuaikan dengan tahap dan cara mereka berfikir tanpa kita mengubah nas-nas wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Green Village Club House. Doha, Qatar

09 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio 

Teks oleh : Biro Multimedia & Penerbita iLMU 

http://www.youtube.com/watch?v=7-i9VSvltiU

From → Ilmu & Fatwa

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: