Skip to content

Hukum Kerjasama dengan Yahudi

April 29, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Umat Islam dibenarkan berurusan/ bermuamalat dengan Yahudi. Muamalat ini seperti urusan jual-beli, pajakan dan sewa-menyewa. Ini kerana Nabi sendiri bermuamalah dengan Yahudi, Nasrani dan orang kafir yang lain. Bahkan Nabi sendiri menjaga hak-hak mereka. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8)

Dalam sebuah hadis Nabi diriwayatkan menjalankan urusan muamalat dengan Yahudi;

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW.” (riwayat Bukhari)

Justeru kita tidak boleh lekas membuat kesimpulan bahawa tidak boleh menerima atau mengguna-pakai pendapat dan khidmat dari Yahudi. Pendapat mereka boleh diterima sekiranya baik. Itupun setelah diteliti dan dianalisa.

Jika kita menerima-pakai hujah sempit golongan yang mengharamkan seluruh muamalat dengan Yahudi, maka mereka seharusnya meninggalkan facebook kerana ia termasuk ciptaan dan idea yang diasaskan oleh Yahudi.

Waspada dengan Muslihat Yahudi

Namun dalam masa yang sama, umat Islam harus selalu berwaspada dengan Yahudi. Mereka memiliki rencana dan perancangan jahat untuk melalaikan umat Islam. Sebagai contoh, facebook dicipta dengan agenda untuk melalaikan komunikasi lisan sesama umat Islam. Kesan dari terdedah dengan facebook dan internet berlebihan, anak-anak kita hari ini kurang bercakap sesama ibu bapa. Mereka juga tidak menjaga adab-adab pergaulan bersama orang tua. Akhirnya facebook, komputer dan henfon menjadi teman dan sahabat anak-anak kita.

Perlahan-lahan hak-hak sesama umat Islam akan terabai. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, 

“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)

Ketagihan dan keterikatan dengan internet dan facebook mengakibatkan banyak hak sesama orang Islam terabai.

Salah faham dan Keliru

Sebenarnya ramai yang keliru dan salah faham antara urusan yang dibenarkan dan yang dilarang dengan orang Yahudi. Dalam al-Qur’an, tolong-menolong dan kerjasama disebutkan dalam dua konteks seperti dalam ayat;

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 2)

Kita dibenarkan untuk bekerjasama dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Namun dalam urusan taqwa yakni yang berkaitan dengan prinsip dan dasar agama, itu tiada kompromi. Dalam urusan taqwa, Islam sudah tetapkan garis panduan dan prinsipnya.

Keselamatan Negara Yahudi

Manakala dalam isu keselamatan negara Yahudi yang dinamakan sebagaiIsrael, itu suatu penilaian yang lain. Ini kerana diIsrael, orang-orang Yahudi mengambil hak-hak atau merampas tanah milik orang Islam.

Bagaimana pula kita sebagai orang Islam mahu memberi jaminan keselamatan negara haram mereka? Apatah lagi memberi kerjasama menjaga keselamatan negara haram mereka, selama mana mereka memegang dan tidak mengembalikan hak-hak orang Islam.

Dua perkara ini perlu dibezakan antara urusan muamalat dan urusan prinsip agama.

Adaptasi dari rakaman Abu Aqif Studio, http://www.youtube.com/watch?v=pDny5EGPDQI

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan iLMU

Advertisements
Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: