Lompat ke isi kandungan

Hukum Mengundi

April 30, 2012

Ustaz Abu Islam Fathul Bari, CEO iLMU

Hukum Demokrasi Menurut Islam

Asasnya sebelum para ulama Islam menceritakan hukum mengundi, mereka berbicara terlebih dahulu tentang demokrasi. Hukum demokrasi menurut para  Islam telah dijelaskan dalam penulisan-penulisan seperti Syeikh Muhammad Ibnu Soleh Al-Utsaimin, Syeikh Al-Albani dan Syaikh Bin Baz. Menurut mereka sistem demokrasi, diasaskan oleh orang Yahudi dan Nasrani, bahkan sistem ini disebutkan di dalam kitab-kitab agama dan pegangan mereka. Strategi mereka ialah untuk menjatuhkan dan menimbulkan perbalahan, perpecahan sesama umat Islam adalah melalui demokrasi.

Ini berlaku kerana demokrasi meletakkan suara ramai mendahului kepentingan agama. Sebagai contoh, jika orang ramai menginginkan hiburan jadi hiburanlah yang akan di berikan kepada mereka dan sebaliknya. Jika orang ramai menginginkan Al-Quran banyaklah program-program Al-Quran diperkenalkan. Akan tetapi jika orang ramai tidak mahukan Al-Quran maka Al-Quran akan diketepikan dan dijadikan tempat-tempat Al-Quran itu di masjid, di tempat-tempat program keagamaan semata-mata, tidak dibudayakan dalam institusi.

Sebab itu fatwa para ulama sangat jelas seperti Syeikh Abdullah Al-Imam (Menggugat Demokrasi & Pemilu, Darul Hadits, Depok) yang membahas khusus tentang demokrasi. Dimana demokrasi ini asasnya bukanlah sistem Islam. Keberadaan kita di dalam sistem in pada hari ini bukan berarti kita keluar memberontak, tetapi kita berusaha untuk menutup ruang-ruang yang bercanggah dengan Islam dan berusaha untuk mengangkat martabat kedudukan Islam.

Keberadaan kita di dalam negara ini adalah suatu keadaan yang darurat di mana kita sendiri tidak berdaya untuk mengubahnya kecuali kita hanya boleh meminimakan atau mengurangkan kemudaratan sistem ini. Jangan sekali-kali kita menggunakan teknik-teknik sebahagian daripada mereka yang cuba Islamisasikan sistem ini, kerana sistem ini meletakkan suara dan kehendak rakyat majoriti lebih daripada Al-Quran Dan Al-Sunnah.

Islam pula meletakkan agama, Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih terdahulu. Disusuli dengan golongan cendiakawan iaitu para ulama Islam yang faham akan agamanya di mana suara merekalah yang membuat perubahan, dasar dan perlantikan.

Contoh pemilihan hukum mengundi.

Ulama di Timur Tengah berselisih pendapat tentang hukum mengundi kerana mereka berselisih pendapat tentang hukum demokrasi.

Di sini ada beberapa pandangan seperti :

  1. Mereka berkata apabila demokrasi itu bukanlah satu sistem Islam bermaksud mengundi juga bukanlah satu sistem Islam. Jadi elakkan diri dari mengundi.
  2. Mereka tidak menyatakan mengundi itu tidak boleh kerana kita akan berhadapan dengan kemaslahatan dan kemudaratan kerana jika golongan kafir yang tidak amanah dan zalim menang, maka sudah semestinya akan berlaku ketidak stabilan dan ketidak amanan dalam Negara, di mana kita di dalam Islam perlu berusaha untuk mengangkat kemudaratan. Perkara ini tidak patut berlaku kerana kita perlu berusaha meminimamkan kemudaratan, itulah tujuan Islam dimartabatkan. Pandangan ini melihat sekiranya ada kemudaratan dan kepentingan untuk kamu keluar mengundi, maka perlu keluar mengundi.
  3. Diberi secara mutlak. Tiada masalah untuk mengundi yang penting niat dan pemilihan perlulah betul. Jangan memilih semata-mata kerana kedudukan dan keduaniaan. Pilihlah kerana amanah, kekuatan dan pegangan agamanya. Tidak semestinya dia ulama kerana tiada syarat didalam mana-mana hadis pemimpin mestilah ahli ulama. Syaratnya adalah pemimpin perlulah bekerjasama dengan ulama kerana jika pemimpin pengenepikan ulama hancurlah pemimpin. Begitu juga kalau ulama mengenepikan pemimpin hancurlah ulama. Ini berlaku kerana adanya pemimpin, pemimpin akan memberi penghormatan kepada para ulama, menyebabkan perkataan-perkataan ulama dapat disebarkan. Begitu juga dengan pemimpin apabila ia tidak bekerjasama dengan ulama maka dia tidak akan ada arah, dia juga tidak akan dapat nasihat yang benar akan menyebabkan die mengeluarkan perkataan-perkatan dan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan prinsip dan dasar syarak.

Jadi kita melihat keadaan dan realiti pada haru ini perlu ataupun tidak kita mengundi, kita lebih mengetahui ianya perlu untuk kita mengundi sekiranya kita melihat kemudaratan itu lebih besar daripada kemaslahatan.

Kampung Kubang, Nilai.

03 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Biro Multimedia & Penerbitan iLMU. 

Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=PjQBuUSo5Oc

Advertisement
Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: