Skip to content

Akhlak Orang Muda

Mei 4, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Soalan : Saya sayang kepada Tun Mahathir dan Datuk Nik Aziz. Namun saya hairan dengan sekelompok anak muda yang secara terang menghina dan mencerca kedua tokoh ini. Adakah ini termasuk dalam akhlah Islam?

Jawapan :

Ini bukan isu Tun Mahathir atau isu Datuk Nik Aziz. Ini isu orang tua dan orang muda. Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis,

Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.” (riwayat Abu Daud)

Sebab itu juga dalam adab memberi salam orang yang lebih muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسلم الصغير على الكبير، والمار على القاعد, والقليل على الكثير. وفي رواية: والراكب على الماشي. متفق عليه.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk  dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (riwayat Bukhari 6231, 6234 dan riwayat Muslim 2160)

Dalam isu seperti ini masing-masing mememiliki kecenderungan politik pada sesuatu pihak. Mereka mencaci pemimpin yang berada di pihak berlawanan dengan parti mereka. Ia termasuk dalam golongan yang disebutkan dalam hadis ini.

Kita mahu bertanya kedua tokoh yang disebutkan ini Muslim atau kafir? Keduanya-duanya tanpa diragui adalah Muslim.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash daripada Nabi saw beliau bersabda:

المسلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Orang Muslim itu ialah mereka yang selamat orang Islam lainnya dari (kejahatan) lisan dan tangannya.” (riwayat al-Bukhari)

Jadi kita perlu berhati-hati. Jangan kerana jenayah seseorang itu menyebabkan kita berlaku tidak adil kepadanya. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepadqa taqwa.

Jadi saya kira anak-anak muda perlu berakhlak walaupun memiliki perbezaan pandangan politik, merek perlu ada adab dan etika dalam mengkritik dan menoalak sesuatu pandangan.

Jadi kita sangat tidak bersetuju dan orang-orang seperti ini perlu bertaubat dan kemabli kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

Kuliah Sahih Bukhari, 2 Februari 2012, Yayasan Ta’lim.

Rakaman Abu Aqif  Studio

Teks Biro Multimedia dan Penerbitan iLMU

Sumber: http://youtu.be/CI0-FH89fEM

From → Adab & Akhlak

One Comment
  1. zuhair permalink

    tapi kalau mencerca ulama2 seperti imam as-syafie?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: