Skip to content

Salam Ringkas dalam Sms

Mei 10, 2012

Soalan

Bolehkah memendekkan tulisan salam ‘Assalamualaykum’ dengan ringkasan ‘Slm’ atau ‘Askum’.

Jawapan

Menuliskan lafaz salam dan jawapan salam dalam perkataan yang penuh itu yang paling baik dan paling utama.

Namun, dengan mengambil kira situasi pemuda-pemudi yang memiliki kewangan yang terbatas, menuliskan lafaz salam secara penuh menyebabkan pertambahan jumlah perkataan dan kredit pra-bayar. Berbeza dengan situasi mereka yang menggunakan talian pasca-bayar atau telefon pintar, isu kkredit dan bil mungkin tidak menjadi masalah.

Isu yang perlu difahami ialah, adakah dengan menaipkan ‘Slm’ itu menyebabkan penerima membacanya sebagai perkataan yang terasing ‘S’ ‘L’ ‘M’ atau tidak dapat memahaminya sebagai lafaz salam? Secara umumnya masyarakat dan pengguna sudah faham maksud kepada perkataan yang diringkaskan ‘short form’  itu.

Sekiranya ia sudah dapat difahami dan diterima pakai secara umum, maka kita tidak perlu terlalu tegas untuk menetapkan tulisan lafaz, “Assalamualaykum warahmatullahi wabarokatuh.’ Begitu juga situasinya dengan lafaz jawapan salam.

Namun bagi mereka yang mahu menuliskan secara penuh itulah yang lebih baik dan lebih utama. Manakala bagi yang mempunyai beberapa kesulitan dan keterbatasan sama, ia punya keluasan dan kemudahan.

Isu sebegini pernah dibahasakan oleh ilmuwan Islam dalam kes menuliskan lafaz selawat selepas menyebut nama Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam. Dalam kitab-kitab Arab dahulu, penulis ketika itu banyak meringkaskan lafaz selawat dengan sol’am dengan huruf ‘shod’ ‘lam’ ‘ain’ ‘mim’. Dalam sistem tulisan Melayu kita menggunakan ‘saw’. Apabila dibaca, tidak ada orang yang akan membaca singkatan ini dengan lafaz sol’am atau ‘sau’.

Cuma memang adab disisi seorang ahli hadis ialah menulis secara penuh. Ia bertujuan untuk mengajar dan mengajak pembaca berselawat ke atas Nabi.

http://www.youtube.com/watch?v=qEvbkp5c9lg

Advertisements

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: