Skip to content

Cara Terbaik Mengajar Anak Kenal Aqidah

Mei 11, 2012

Bagaimana cara terbaik mengajar aqidah anak-anak kita mengikut sunnah seperti mana sahabat-sahabat praktikkan.?

Antara yang saya ingat perkataan Waqi’ Ibnu Jarrah, tok guru kepada Al-Imam Al-Syafie. Beliau berkata, “Kami mendidik anak-anak kami dengan kalimah lailahailallah’”.

Maksudnya daripada kecil kita sudah biasa menyebut ditelinganya ‘lailahailallah’.

Keutamaan cara pendidikan yang diberi kepada anak-anak menceritakan tentang aqidah kepada mereka mestilah aqidah yang sahih seperti dari segi percakapan, perbualan, peralatan, permainan, tulisan dan sebagainya kita kaitkan dengan isu-isu dan konsep-konsep ketuhanan. Contohnya memperkenalkan pokok kelapa dengan cara lukisan. Tetapi bagaimana pula hubungkait pokok ini dengan tuhan? Disini kita boleh kaitkan dengan cara penerangan bahawa pokok ini adalah makhluk Allah.

Cara pengajaran anak-anak dibarat untuk menjadikan meraka seperti yang diinginkan oleh keluarga, contoh doktor ialah dengan cara dari kecil mereka telah didedahkan dengan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan kerjaya doktor seperti jarum, ubat-ubatan dan sebagainya. Manakala untuk menjadi tukang masak mereka akan didedahkan dengan peralatan-peralatan memasak seperti sudu, pinggan dan sebagainya.

Manakala kita pula untuk menjadikan anak kita aqidah yang benar, aqidah yang sahih, kita perlu kaitkan setiap perkara  atau perbuatan dengan konsep ketuhanan. Disebabkan itulah kita jelaskan bahawa pentingnya gabungan konsep antara agamawan dengan golongan professional.

Contohnya Dr Bilal Filips ada menulis buku pengajaran untuk kanak-kanak tentang agama dan aqidah yang mempunyai 54 siri The Eemaan Reading Series. Beliau menulis dengan cara merujuk kepada pakar kanak-kanak atau dipanggil pakar sikologi kanak-kanak. Beliau membahas warna dan lukisan yang kanak-kanak suka untuk menghasilkan sebuah buku. Kajian yang dibuat keatas kanak-kanak sekitar 1000 atau 2000 orang. Kita pula membuat sebuah buku itu untuk kita melihat ianya cantik tetapi tidak kepada kanak-kanak. Jadi bagaimana untuk kita jadikan ianya selari dan selaras jika kita tidak manfaatkan golongan-golongan yang professional dan ilmu daripada agamawan.

Oleh sebab itu untuk mendidik anak-anak kita seperti yang kita bahaskan tadi, apa sahaja barang mainan yang syarie bukan yang tidak syarie khususnya kita kaitkan anak-anak dengan patung sehingga kehidupan anak-anak kita dipenuhi dengan patung sahaja. Untuk pengatahuan, kita perlu tahu bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya;

“Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar (patung)” (riwayat Ibnu Majah. lihat Shahihul Jami’ No. 1961)

Tetapi jika bertujuan untuk belajar itu ada perbahasan yang khusus walaupun begitu para ahli ilmu menetapkan supaya elakkan daripada mempunyai patung yang bersifat sempurna berdasarkan hadis Nabi, maksudnya;

“Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan.”(riwayat Imam Muslim, nombor 3942)

Begitu juga filem-filem dan cerita-cerita kartun akan memberikan anak-anak ini suatu kepercayaan bahawa dunia ini mempunyai kuasa sakti, kuasa hikmat dan sebagainya. Perkara ini akan membantutkan cara mereka berfikir.

http://www.youtube.com/watch?v=5uLnXPcY-LY

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: