Skip to content

Bagaimana Ajar Anak Muda Cinta Ilmu

Mei 12, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

Islam mengambil berat isu remaja dan belia. Banyak hadis diriwayatkan khusus ditujukan kepada kanak-kanak, pemuda dan beliau. Ini dapat dilihat kepada perkataan Nabi sallahu ‘alaihi wasallam dalam beberapa hadis yang dimulai dengan, ‘Ya ghulam’, ‘ya syabab’, ‘ya bunayya’ yang membawa maksud pemuda dan anak.

Nabi Muhammad sendiri sepanjang hayatnya sentiasa didampingi oleh golongan pemuda, remaja bahkan anak-anak kecil seperti Hassan dan Hussein cucu baginda. Begitu juga sahabat Abdullah bin Abbas yang hanya berusia belasan tahun ketika Nabi wafat, Anas bin Malik dan banyak lagi.

Ini menunjukkan keprihatinan Nabi memantau belia dan remaja di zaman baginda.Cuma, pertama sekali takdir Allah mendahului segala-galanya. Nabi dalam sebuah hadis menyebutkan :

Zaman menjadi dekat (pendek), ilmu berkurangan, dicampakkan kebakhilan (dalam jiwa) dan banyaknya haraj”. Sahabat bertanya, ‘apa itu haraj’. Nabi s.a.w: bersabda: ‘bunuh dan bunuh’ ” (riwayat Muslim)

Zaman ini semakin lama menjadi semakin dekat. Syaikh Ibn Baz menjelaskan makna dekat ini sebagai komunikasinya menjadi mudah.  Sebagai contoh penggunaan telefon dan internet. Apa yang berlaku di Timur dapat diketahui di barat sela beberapa saat sahaja melalui kemudahana ini.

Namun komunikasi yang mudah ini juga memberi kesan negatif.  Pertamanya ilmu menjadi kurang. Komunikasi mudah menjadikan manusia malas. Tidak dinafikan melalui internet buku-buku dan kitab-kitab ilmiah dapat diakses dengan mudah. Namun berapa ramai yang mengambil kesempatan ini untuk tujuan yang baik berbanding tujuan-tujuan lain yang tidak baik. Komunikasi mudah ini tidak dimanfaatkan secara maksimum.

Hal ini jauh berbeza dengan situasi zaman Nabi dan zaman ulama’ terdahulu seperti Imam al-Bukhari. Para sahabat dan ulama’ terdahulu ada yang terpaksa berjalan kaki dan menunggang unta selama berhari-hari hanya semata-mata untuk mendapatkan satu ilmu. Pun begitu ilmu yang mereka peroleh mendapat keberkatan dari Allah. Zaman itu komunikasi itu susah, justeru itu mereka mencari dengan usaha yang gigih dan ikhlas.

Salah satu kisah yang masyhur ialah perjalanan Jabir bin Abdullah, seorang sahabat muda.  Imam Abu Abdillah Al-Bukhari berkata di dalam Sahihnya: “Jabir bin Abdillah melakukan perjalanan selama satu bulan untuk menemui Abdullah bin Unais demi mendapatkan satu hadith.” (lihat Sahih al-Bukhari, Kitab Al-‘Ilm, Bab Al-Khuruj fi Thalabil ‘Ilm)

Apabila ilmu itu dianggap, kejahilan akan menjadi banyak. Apabila kejahilan banyak, makan manusia akan mula mementingkan diri sendiri. Semua orang sibuk dengan telefon dan gajet masing-masing. Begitu juga manusia ‘online’ sibuk dengan Facebook dan Twitter membalas mesej peribadi dan bersembang-sembang kosong.

Apabila hal ini berleluasa Nabi jelaskan akan banyak ‘al-harju’ yakni pembunuhan demi pembunuhan. Hal ini benar-benar berlaku dalam realiti semasa masyarakat.

Hari ini, kebanyakan pemuda dan beliau menjadikan internet sebagai rujukan yang utama. Seolah-olah internet itu adalah rukun iman yang ke-7. Tidak sedikti yang percaya bulat-bulat apa yang dipaparkan dalam internet. Tidak ada lagi usaha ‘tasabbut’ yakni semak dan periksa.

Bahkan lebih membimbangkan apabila ada segolongan pemuda yang lebih cenderung dan meminati program-program yang berisi kutukan dan maki-hamun. Yang menggunakan perkataan dan bahasa kasar. Ini situasi yang membimbangkan.

Justeru itu, kita sama-sama sedia berganding tangan memikirkan alternatif dan usaha untuk menarik minat golongan pemuda untuk dekat kepada majlis ilmu dan program kebaikan.

Andaikata trend anak muda zaman ini suka mengayuh basikal fixie, makanya kita gunakan pendekatan program kayuh basikal. Hanya sahaja kita ajarkan batasan syarikat ,selitkan agenda singgah masjid dan solat jemaah, gotong-royong dan sedikti pengisian ilmu.

Atau juga kita boleh libatkan anak-anak muda yang kreatif dalam melukis atau digelar sebagai graffiti. Kita jalin usaha sama dengan mereka dengan memberikan ruang kepada mereka untuk melukis menggantikan lukisan dan contengan yang tidak bermaruah.

Kita boleh minta mereka melukis gambar-gambar yang tidak bertentangan dengan syariat seperti objek tidak bernyawa, bangunan dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan perkataan dan slogan yang baik seperti ‘Malaysia Negara Islam” atau “Pemuda Cinta Perpaduan.”

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks oleh Biro Multimedia dan Penerbita iLMU

Advertisements

From → Ilmu & Fatwa

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: