Skip to content

Dilema Pas; Antara muzakarah UMNO atau kerjasama Syiah?

Mei 23, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Isu muzakarah ini isu yang telah saya bangkitkan apabila Tuan Guru Haji Hadi mengeluarkan kenyataan untuk bermuzakarah secara umum. Cuma berlaku beberapa perubahan dari sudut kenyataan -mungkin saya dan masyarakat awam salah faham, wallahua’lam- isu UMNO tidak ikhlas, isu UMNO meletakkan syarat-syarat, UMNO perlu mengubah dasar, dan yang terbaru (dinyatakan) muzakarah itu tidak dengan UMNO sebaliknya dengan NGO-NGO lain.

Sebenarnya kita sangat-sangat mengharapkan muzakarah ini berlaku dan direalisasikan bertujuan untuk menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil, juga bertujuan untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan, dan untuk sama-sama kita mempraktikkan kebenaran dalam kehidupan kita.

Jadi itu tujuan asasnya. Juga usaha untuk mengembalikan semula masyarakat, dan semua pihak yang cenderung kepada parti-parti politik ini kepada Al-Quran dan As-Sunnah sesuai dengan pegangan dan kefahaman Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Apa yang berlaku sangat mengecewakan, apabila muzakarah antara dua parti yang besar ini digagalkan. Wallahua’lam oleh siapa kita tidak tahu, tetapi secara zahirnya (ia) dibatalkan, di mana dikatakan mereka tidak pernah menjemput UMNO sebaliknya hanya menjemput NGO-NGO sahaja.

Taqrib Syiah – Pas

Saya hairan mengapa jika kita lihat pemimpin parti politik ini yakni yang saya maksudkan – PAS- mereka boleh melakukan majlis taqrib dengan golongan-golongan Syiah di dalam satu entity, berbincang tentang bagaimana untuk mendekatkan Ahli Sunnah dengan Syiah.

Sedangkan usaha-usaha ini telah dilakukan oleh ilmuan-ilmuan Islam yang lampau; dilakukan oleh Mustafa As-Siba’i, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi hadahullah sendiri. Bahkan telah keluar kenyataan-kenyataan betapa Ahli Sunnah wal Jama’ah ini sukar untuk bergabung dengan Syiah kerana sumber agama yang berbeza dan prinsip dasar yang berbeza. (rujuk fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baz tentang Taqrib Sunnah-Syiah)

Mereka (Syiah) mengkafirkan sahabat Nabi RA. Sedangkan bagi kita, sahabat Nabi RA adalah sumber-sumber agama di mana merekalah yang meriwayatkan kepada kita hadis-hadis Nabi SAW. Merekalah yang mengumpulkan Al-Quran, merekalah yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Merekalah generasi yang dimuliakan oleh ALLAH di dalam Al-Quran, kalam wahyu.  Syiah mengkafirkan sumber-sumber agama kita. (rujuk kertas kerja bertajuk ‘Mengapa Syiah Wajib ditolak”)

Sedangkan sesama Ahli Sunnah, PAS dan UMNO? Ahli sunnah di sini dimaksudkan secara umum. Ahli sunnah lawannya Syiah. Itu digambarkan oleh Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah, apabila disebut perkataan Ahli Sunnah itu merangkumi semua yang dekat dan hampir dengan Ahli Sunnah wal Jama’ah yang masih benar akidahnya yang bukan Syiah. Itu di dalam satu kenyataan yang bersifat umum.

Jadi sesama Ahli Sunnah ini kita tidak mahu mencari pembaikan, pembetulan, muzakarah, perbincangan. Tetapi  dengan Syiah kita boleh bersama-sama dengan mereka. Dengan golongan-golongan bukan Islam kita boleh duduk bersama dengan mereka, berbincang dan berbual dengan mereka, mencari titik temu dengan mereka. Tetapi mengapa dengan sesama Muslim kita tidak mahu mencari titik temu, tidak mahu mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang berlaku.

Adakah kerana kisah-kisah lampau yang selalu kita ulangi sehingga ke hari ini. Saya rasa perkara-perkara seperti ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah membawa kepada perpecahan yang berpanjangan, sedangkan kita sewajarnya berusaha untuk menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada perpecahan.

Itu adalah perintah ALLAH SWT dan Rasul SAW. Jadi saya sarankan dan menasihati diri saya sendiri (juga) pihak parti-parti politik ini, berkewajipan untuk kita melakukan muzakarah dan perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan perbincangan-perbincangan yang ada garis panduan. Boleh rujuk kepada penjelasan saya yang lalu (Garis panduan muzakara) apabila saya menjelaskan garis panduan berasaskan Islam yakni berasaskan petunjuk Nabi SAW dalam bermuzakarah dan berbincang.

Kalau sama-sama mematuhi perkara tersebut, isu akan selesai, masyarakat akan faham, rakyat akan menikmati keamanan (insya Allah). Tetapi kerana kita, kerana kepentingan politik, kita main tarik tali. Kita buat pelbagai retorik, kita buat pelbagai provokasi. Siapa yang menjadi mangsa? Rakyat yang menjadi mangsa. Maka sama-samalah kita bermuhasabah.

Kata Nabi di dalam hadis, maksudnya:

“Tinggalkanlah yang meragukanmu dan beralihlah pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.” (riwayat Imam Tirmidzi no. 2518)

Seruan-seruan kepada perpaduan adalah perkara yang meyakinkan. Ia adalah perintah ALLAH SWT. Adapun seruan-seruan yang main tarik tali seperti ini adalah perkara-perkara yang tidak diperlukan bahkan tidak layak untuk dilakukan oleh individu-individu yang mencintai ALLAH SWT dan Rasul-NYA.

http://www.youtube.com/watch?v=-BTV3Gz2SVs&feature=relmfu

2 Komen
  1. PAS BYAK MENYOKONG IKUTAN SHIAH… DARI IKUTAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH… BAHAYA APABILA AJARAN SHIAH MENULAR DI MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: