Skip to content

Hukum Kerajaan Buka Genting Pusat Segala Maksiat

Mei 23, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Asas bagi mana-mana pusat perjudian,  pusat jual arak, pembekal arak, peminum arak dan sebagainya hukumnya tetap sama di dalam Islam iaitu haram. Tidak ada satu pendapat dan pandangan daripada para ulama yang mengharuskan, melainkan pengikut hawa nafsu (ahlu ahwa’).

Cuma kita ‘relate’ di zaman Nabi S.A.W, apabila turunnya firman Allah S.W.T, yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.”(surah Al-Maidah, ayat 90)

Turunnya ayat ini telah membatalkan hukum-hukum ayat yang lalu di dalam isu arak secara khususnya kerana pengharaman arak ini mempunyai beberapa peringkat. Peringkat yang pertama, Allah SWT jelaskan keburukan arak. Pada arak dan judi ada manfaat dan dosa, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaat keatas keduanya. Kemudian ayat yang seterusnya, firman Allah SWT maksudnya;

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu dekati solat sedang kamu berada dalam keadaan yang mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu perkatakan.” (surah an-Nisa’, ayat 43)

Ayat ini menunjukkan bahawasanya jika kita berada di luar solat, ketika itu dibenarkan mabuk. Kemudian datang ayat yang ketiga seperti yang saya bacakan tadi, firman Allah SWT bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.” (surah Al-Maidah, ayat 90)

Menurut Abdullah bin Abbas r.a, ketika ayat ini turun, maka dipecahkan kendi-kendi arak di dalam bandar Madinah. Sehinggakan kata Ibn Abbas, Madinah itu dibanjiri dengan arak.

Walau bagaimanapun itu adalah bagi umat Islam. Ketika Nabi SAW mengadakan perjanjian piagam Madinah dengan golongan Yahudi dan Nasrani, ianya mempunyai 47 syarat undang-undang. Nabi SAW membiarkan orang Yahudi dan Nasrani meminum arak di dalam kawasan mereka, tetapi tidak dibenarkan meminum arak di kawasan Madinah serta orang kita dilarang pergi kesana. Ini kerana mereka mempunyai tuntutan kehidupan mereka. Jadi Nabi SAW  pada ketika itu memberi ruang kepada mereka.

Lesen dijadikan Isu Politik

Isu ini sebenarnya telah menjadi isu politik kerana pada hari ini orang yang bercakap tentang isu ini semuanya tidak kena bagi pihak masing-masing. Orang yang memberi komen tentang pusat perjudian Genting ini sebenarnya negeri mereka pun ada. Mereka juga mengeluarkan lesen arak di kedai-kedai arak di negeri mereka.

Jawapan daripada isu ini ialah sebenarnya lesen itu diberikan atas asas ianya untuk golongan-golongan non-Muslim sahaja. Pada zaman Nabi isu perlesenan itu tidak wujud lagi, tetapi pada zaman Nabi kebenaran yang Nabi beri itu adalah lesen. Di sini bukan bermaksud Nabi mengeluarkan lesin arak. Nabi memberi keizinan khusus untuk golongan kuffar.

Jadi penyelesaiannya umat Islam ialah kita perlu kembali mempraktikkan cara Nabi SAW. Kita tidak boleh menghalang golongan kuffar kerana mereka berada bersama-sama di dalam Negara kita ini. Mereka bukanlah kafir harbi, tetapi mereka adalah kafir zimmi, kafir mustaqmal, kafir , salah satu daripada ketiga-tiga ini. Zimmi adalah kafir yang membayar ufti kepada kita, lalu dia mendapat perlindungan daripada kita sedang dia duduk di tempat lain. Contonya di Selatan Thai, suatu hari mereka merdeka lalu mereka membayar ufti kepada kita dan kita menjaga keselamatan tempat dan kawasannya. Jika sekiranya mempunyai orang kafir di situ, kita wajib menjaganya. Sabda Nabi SAW, mafhumnya;

“Siapa yang membunuh orang kafir yang telah mengikat perjanjian (mu’ahid) dengan pemerintahan muslimin, ia tidak dapat mencium bau harum syurga, padahal bau harum syurga itu dapat dicium dari jarak empat puluh tahun.” (riwayat al-Bukhari)

Begitu juga kafir mu’ahad yang dia masuk ke dalam Negara kita, dia mempunyai perjanjian iaitu jika kita masuk Negara mereka, mereka tidak boleh mengganggu kita begitu juga jika mereka masuk Negara kita, maka kita tidak akan ganggu mereka. Seperti orang kafir masuk ke dalam Negara kita, walaupun kita tahu dianya daripada Israil, Yahudi, Amerika serta jahat bagaimanapun, tetapi dia masuk dengan passport yang di cop kastam pas masuk, maka haram sama sekali kita menyakitinya.

Kafir yang ketiga musta’man iaitu kafir yang negaranya berperang datang meminta pertolongan daripada kita, maka kita dianjurkan memberi pertolongan dan perlindungan kepadanya dan haram jika kita menyakitinya di dalam keadaan tersebut. Mereka mempunyai hak-hak mereka, bukan beerti kita memberi lesen tetapi untuk memenuhi hak-hak dan keperluan mereka.

Masalahnya yang berlaku sekarang, saya yakin lesen ini tidak diberikan kepada orang Islam tetapi orang Islam yang memberi arak. Bagaimana berlakunya perkara ini? Kita perlu muhasabah diri. Kita perlu bersyukur kepada Allah SWT apabila di dalam Negara ini kerajaan mengharamkan iklan-iklan arak itu di iklan secara terbuka. Begitu juga kita perlu muhasabah diri setiap individu serta diri kita sendiri. Sebenarnya merekalah yang membantu untuk memajukan  lagi perniagaan arak.

Bagi pihak pemimpin dan pemerintah bagi mana-mana negeri, pusat dan sebagainya, mereka perlu memikirkan bagaimana hendak mewujudkan satu pengasingan yang bersifat sistematik.

Sekarang dia mempunyai banyak tempat contoh diKuala Lumpur seperti di Hartamas, Wangsa Maju dan sebagainya. Jadi bagaimana hendak menyatukan ia menjadikan satu tempat. Isu arak bukanlah satu isu yang kecil. Ianya satu isu besar yang perlu kita fikirkan bagaimana cara kita untuk menanganinya bersama. Jangan jadikan ia isu politik kerana apabila jadikan ia sebagai isu politik, orang akan menyalahkan parti-parti politik. Perkara ini tidak akan selesai dengan segara.

Jadi mari kita fikirkan bersama-sama, bersatu padu kita atas kepentingan agama kita, bagaimana kita hendak menangani dan menyelesaikan tentang isu ini. Ini barulah kita bersatu atas dasar akidah dan atas dasar prinsip, bukan kerana kepentingan. Ini adalah isu umat Islam, bukannya isu parti. Yang meminum arak dan bermain judi ialah pelbagai parti. Semua parti terlibat sama. Ianya bukanlah dasar parti tetapi orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam parti tersebut.

Jadi kita perlu muhasabah. Jika kita benar-benar ingin membuat atas asas agama, maka kita boleh lakukannya. Tetapi jika kerana politik, ianya tidak akan selesai sampai bila-bila kerana semua orang akan bercakap atas kepentingan masing-masing.

http://www.youtube.com/watch?v=Rk6tpYrfx3g

2 Komen
  1. kamu hanyut… kamu ikut semua aturan umno dan bn

    • wirawan permalink

      Ya.perlu ada pengasingan sistematik..tp, kerajaan x cukup sistematik nmpaknya.

      Yg si apa2 pun satu.. ni mesti kes x baca habis terus tuduh org tu itu ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: