Skip to content

Al-Madkhali dicaci, Rabai Yahudi dipuji!

Mei 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Seorang tokoh di Malaysia mengatakan Syaikh Rabee’ sebagai Khawarij. Minta komen ustaz.

Jawapan:

Laa-haula-wala-quwwata-illa-billah 

Baru-baru ini saya bukan sahaja mendengar, saya turut memastikan berita tersebut adalah sahih. Dilihat daripada facebook orang tertentu yang mengatakan bahawa Syaikh Rabee’ itu adalah Khawarij.

Disebut secara jelas perkataan-perkataan yang mengatakan mereka ini adalah Khawarij. Jadi saya katakan perkataan tersebut sangat tidak adil, bahkan tidak sopan, menyebut ahli ilmu (ulama) yang saya tidak pasti -wallahua’lam- sama ada beliau pernah bertemunya di rumahnya atau tidak.

Pengalaman peribadi bersama Syaikh Rabee’

Saya secara peribadi pernah menziarahi Syaikh Rabee’ ibn Haadi al-Madkhali hafizhahullah di ‘Awali, Makkah pada tahun lalu. Ketika saya pergi ke rumah Syaikh Rabee’ bin Hadi al-Madkhali saya bertanya tentang politik semasa, tentang apa yang berlaku di negara ini.

Memang dari sudut pendapat dan prinsip beliau, beliau menasihati agar kita menjauhkan diri daripada politik yang berasaskan demokrasi ini, kerana pada pendapat beliau ia boleh membawa kemudharatan, dibimbangi kebatilan itu ditegakkan dan al-haq (kebenaran) diketepikan.

Ini sikap ulama zaman-berzaman dalam dunia Islam, di mana ulama lari daripada pemerintah. Bukan mereka menentang, mereka lari kerana takut terjebak ke dalam fitnah-fitnah yang mereka tidak mampu untuk mengawal dan mempertahankan diri mereka daripadanya.

Jadi Syaikh Rabee’ bin Hadi al-Madkhali seorang yang menyatakan prinsip secara jelas, yakni prinsip mentaati pemerintah. Mana mungkin dikatakan Khawarij. Khawarij dalam terjemahan bagaimana yang kalian petik? Khawarij dalam terjemahan bagaimana kalian ambil?

Adakah kerana perkataan-perkataan beliau pada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi? Adakah kerana perkataan beliau kepada Sayid Qutb? Adakah kerana perkataan beliau kepada Hasan al-Banna? Adakah kerana perkataanya kepada gerakan Ikhwanul Muslimin? Kalau hanya kerana perkataannya kepada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Sayid Qutb, Hasan Al-Banna dan gerakan Ikhwanul Muslimin, itu satu perkataan yang biasa, bukan daripada Syaikh Rabee’ sahaja bahkan disebut juga oleh ulama yang mengikut manhaj salaf yang lain.

(Antara yang telah berfatwa sedemikian termasuk Syaikh Abdul Aziz bin Baz,  Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Faqihu Zaman Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’I, Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafidzahullah dan beberapa lagi. Rujuk disin)

Ini tentang prinsip dan manhaj (kaedah memahami agama). Di mana dikaitkan ideologi, beliau membuat analisa tentang pemikiran Sayid Qutb, Hasan Al-Banna, Ikhwanul Muslimin. Beliau membuat analisa dan penulisan tentang Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Orang yang mengkritik Syaikh Rabee’, adakah dia membuat analisa tentang latar belakang Syaikh Rabee’ dan seluruh penulisannya?

Kalau setakat bercakap, menukilkan daripada internet, mendengar daripada si fulan dan si fulan, tokoh-tokoh mereka seperti Qaradhawi dan sebagainya. Maka ini satu kenyataan yang tidak adil.

Walaupun kita setuju dengan Syaikh Rabee’ yang mengatakan terdapat ideologi-ideologi atau ciri-ciri golongan Khawarij, walaupun perkataan beliau tegas. Mungkin kita harus lunakkan sedikit perkataan-perkataan tersebut di sini. Perkataan beliau sesuai dengan kehidupan beliau sebagai seorang Arab, sesuai dengan pertembungan-pertembungan yang berlaku di Tanah Arab.

Kita sendiri berkata, kita harus melihat sesuatu itu sesuai dengan tempat dan negeri tertentu, hukum di satu tempat berbeza dengan hukum di tempat lain.

Jadi kalau kita katakan di Malaysia lain, di Eropah lain, di Mesir lain, begitu juga ulama yang mengeluarkan fatwa di Saudi, lain keadaan mereka. Syaikh Rabee’ tidak pernah datang ke Malaysia maka sesuai kenyataannya di sana. Kita yang di sini lunakkan perkataan beliau untuk disesuaikan dengan keadaan masyarakat di sini, juga suasana dan situasi yang berlaku.

Beliau (Syaikh Rabee’) merupakan seorang yang sangat aktif menyerang Khawarij, sebab itu Khawarij sentiasa panas punggung dengan beliau. Khawarij sentiasa dalam keadaan marah, sentiasa akan menyerang kembali kenyataan-kenyataan beliau.

Jadi saya kira kenyataan yang mengatakan beliau adalah Khawarij adalah tidak tepat kerana  beliau secara terang dan jelas menolak ideologi ini. Kitab-kitab beliau kita boleh bawa dan buka semuanya, yang terbaru beliau menghadiahkan kepada saya kitab beliau bertajuk Syarhus Sunnah.

Syaikh Rabee’ menyuruh mentaati pemerintah dalam hal yang baik 

Beliau mengulas kitab Syarhus Sunnah karangan Imam Al-Barbahari rahimahullah, dan di dalam karangan Imam Al-Barbahari secara jelas menyebutkan tentang kepentingan mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf, dan Syaikh Rabee’ berpegang dengan prinsip haram kita keluar daripada (ketaatan terhadap) pemerintah. Memberontak kepada pemerintah adalah ciri-ciri dan ideologi Khawarij. Maka mana mungkin kita mengatakan Syaikh Rabee’ adalah Khawarij.

Terjemahan Khawarij di dalam sejarah-sejarah dan buku-buku Islam; Imam Syahrustani (al-Milal wa-Nihal), al-Barbahari dan sebagainya mengatakan ciri Khawarij itu adalah orang yang memberontak kepada pemerintah. Adakah Syaikh Rabee’ khawarij kerana memberontak kepada pemerintah? Tidak, beliau tidak pernah memberontak kepada pemerintah Saudi. Beliau memberikan ketaatan kepada pemerintah Saudi dalam hal-hal yang makruf, beliau tidak pernah mengkritik kerajaan secara terbuka, kerana itu bagi beliau adalah ciri-ciri Khawarij.

Beliau tidak pernah melakukan demonstrasi secara terbuka kerana itu bagi beliau adalah ciri-ciri khawarij. Maka mana mungkin jika dikatakan bahawa beliau adalah khawarij. Orang yang seringkali ada sahaja (isu) untuk mengaitkan Syaikh Rabee’ Al-Madkhali, takutkan anda kepadanya?

Dan takutkah anda kepada prinsip-prinsip yang mereka bawa untuk menjatuhkan ideologi khawarij, untuk menjatuhkan ideologi pemberontak-pemberontak kepada kerajaan?

Saya rasa mereka ini takut dan bimbang, kerana ini adalah satu prinsip yang tegas dan konsisten, yang tidak pernah berubah dengan sesiapa pun. Prinsip ini kekal sejak dahulu hingga ke hari ini. Jadi orang yang mengungkap perkataan tersebut perlu bertaubat, beristighfar, dan kembali kepada petunjuk ALLAH SWT dan Rasul SAW, buat analisa dengan adil.

Pandangan-pandangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Sayid Qutb dan Hasan Al-Banna, saya tidak pernah menyatakan bahawasanya pada mereka tidak langsung ada kebenaran dan kebaikan. Cuma apabila mereka mengeluarkan ideologi dan pandangan mereka, saya kira pendapat-pendapat mereka yang bertentangan dengan prinsip-prinsip manhaj Ahli Sunnah wal Jama’ah lebih serius. Maka mengenepikan mereka (bukan menghina) dan mengambil pendapat-pendapat ahli ilmu (ulama) yang konsisten dalam isu-isu prinsip dan dasar agama saya kira lebih tepat untuk Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang dengannya.

Jadi itu pandangan dan pendapat saya tentang Syaikh Rabee’, saya telah pergi ke rumahnya sendiri, bertemu dan bersalaman dengannya, berbincang dan berbicara dengannya tentang politik semasa. Beliau memegang tangan saya dan berkata kepada saya,

Fathul Bari, taatilah kamu kepada pemimpin kamu dalam hal-hal yang makruf, dan ingkarilah kemungkaran mereka dengan prinsip-prinsip dan etika-etika yang telah diperuntukkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.”

Jangan lebih dari itu, ini kaedah yang beliau nyatakan. Adakah beliau khawarij kerana itu?

A’udzubillah. Bertakwalah kamu kepada Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=KI9rKKIDcSc

Catatan Tambahan

1. Laman web Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali.

2.  Beberapa buku yang dikarang menjelaskan kesalahan Qaradhawi:

  • Raf’ul-Litsaam ‘An Mukhaalafatil-Qaradhaawii Li Syarii’atil-Islaam; Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad bin Manshur Al ‘Udaini Al Yamani dengan tajuk (Kesalahan-kesalahan Yusuf Qaradhawi. Penerbit : Daarul-Atsaar, Yaman, cet. I 1421 / 2000)
  • Ta’ziz al-Raddul Kawi li Iskat al-Kalb al-‘Awi Yusuf Bin ‘Abdillah al-Qaradhawi oleh As Syeikh Abu Abdullah Shakib as-Salafi.
  • Iskaatul-Kalb al-‘Aawiy Yusuf bin ‘Abdillah al-Qaradhawi “Membungkam Anjing Yang Menggonggong Yusuf Bin ‘Abdillah Al Qaradhawi” karangan Al Muhaddith As Syeikh Muqbil Al Wadi’i .
Advertisements
One Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: