Skip to content

Tuan Guru Nik Aziz mahu tajuk muzakarah ‘Kenapa UMNO Tolak Islam?’

Mei 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Masih lagi dengan topik muzakarah. Saya kira syarat yang diletakkan tersebut sangat mengecewakan. Sewajarnya untuk bermuzakarah, kita perlu letakkan satu tajuk yang tidak memihak kepada satu pihak, agar tajuk itu dibicarakan.

Contoh tajuk yang lebih baik ialah seperti “Kewajipan Mempertahankan Islam.” Kemudian kita bicarakan dan bincangkan apa tugas dan tanggungjawab kita, jangan asyik menuding jari. Kalau kita asyik tuding-tuding jari ke arah orang, kenapa Umno tolak Islam, adakah Umno tolak Islam secara total atau Umno tolak Islam dengan sebahagian?

Mungkin mereka akan berkata “Ya, Umno tolak Islam sebahagian. Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran, maksudnya: “Mengapakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Al-Kitab dan kamu tolak sebahagian yang lain.” (surah al-Baqarah, ayat 85). Itu pun salah di dalam Islam.”

Betul, saya katakan salah. Tetapi adakah ini bererti Pas sempurna praktik Islamnya? Adakah dasar-dasar Pas, praktik orang-orang di dalam Pas bertepatan dengan ISLAM secara keseluruhannya? Tidak ada sesiapa boleh memberi jaminan tersebut.

Saya katakan kelemahan ada pada Umno dan kelemahan juga ada pada Pas. Saya tertarik dengan kenyataan tuan guru, tapi mengapa Pas boleh duduk bersama-sama dengan Dap tetapi tidak dengan Umno. Kata Tuan Guru, tidak perlu bermuzakarah dengan Dap sebab Dap itu bukan Islam. Jadi saya terpanggil untuk bertanya, bagaimana hukumnya jika dikatakan Umno tolak Islam, bagaimana (hukumnya) dengan orang Islam yang menjadi ahli Dap?

Kalau boleh minta sama ada Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang memaklumkan kepada kita semua tentang hukumnya untuk menyelesaikan kekeliruan dalam masyarakat. Masalah perkara seperti ini kerana sebelum berbincang kita telah menuduh dan meletakkan hukuman kepada teman-teman dan saudara-saudara kita.

Saya tidak pernah berkata Umno sempurna seperti mana saya tidak pernah berkata Pas itu lengkap. Jadi tolong jangan gunakan Islam untuk kepentingan parti politik, baik Umno mahupun Pas.

Tujuan muzakarah adalah agar agama Islam dan kebenaran itu dipertahankan dan kebatilan itu dimusnahkan. Maka bukalah minda dan bukalah kepada perbincangan, lebih-lebih lagi asalnya yang mencadangkan adalah Pas sendiri melalui pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Umno telah menyambut cadangan itu, malah rakyat seronok dan kami pun gembira untuk melihat muzakarah ini berlaku dan berlangsung. Bahkan kami sendiri menawarkan diri untuk bermuzakarah untuk kepentingan Islam, bukan untuk kepentingan politik.

Saya pernah kecewa duduk berbincang dengan wakil dari parti politik PAS beberapa tempoh yang lalu di mana kami hendak berbincang tentang ulama dalam politik. Sebaik majlis bermula mereka sudah berkata, semua ulama mestilah duduk di dalam PAS dan tidak boleh duduk di dalam Umno. Bagaimana  kita hendak berbincang?

Kita hendak berbincang untuk memperbetulkan apa-apa kekurangan yang ada dalam Umno dan Pas. Adakah Pas atau UMNO sempurna? Masing-masing harus mengakui kita mempunyai kekurangan, Umno dan Pas perlu bermuhasabah.

Bagi yang berdegil, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kaji semula dasar parti itu sesuai atau tidak dengan apa yang dipraktikkan. Kalau sekadar menuduh orang lain tolak Islam, tolak yang bagaimana?

Bayangkan, Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan-golongan yang menolak zakat dan beliau menggelarkan mereka sebagai murtad, apatah lagi kenyataan tolak Islam? Hati-hati dengan kenyataan yang sangat umum seperti ini. Ini membudayakan amalan kafir mengkafir sesama umat Islam.

Saya bukan mengatakan Tuan Guru atau pihak tertentu mengkafirkan UMNO kerana saya tidak setuju dengan budaya kafir mengkafir, tetapi kenyataan (Tuan Guru) tersebut boleh membawa kepada pengkafiran bagi orang yang tidak faham kerana di dalam Islam “tolak Islam” boleh menjatuhkan seseorang di dalam kekufuran.

Saya perlukan penjelasan tentang hukum tadi, minta pihak Pas menjelaskan hukum orang melayu Islam menyertai Dap, apa hukumnya menurut Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=98DRCeD31n8

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: