Lompat ke isi kandungan

Adakah Malaysia Negara Islam?

Mei 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Beberapa tokoh dari pihak pembangkang sendiri seperti Dr Mujahid Rawa sendiri menyatakan bahawa adalah tidak relevan lagi mempersoalkan adakahMalaysiaini negara Islam atau tidak.

Jawapannya ialah Malaysia negara Islam. Yang menjadi perbincangan ialah kita mencari kesempuranaan dan penambah-baikan. Kita mahu mengisi kekurangan dan kekosongan. Membetulkan kesilapan dan kesalahan. Itu tugas kita.

Dalam satu hadis ketika tentera Islam merancang menakluk sebuah wilayah mereka terdengar laungan azan. Nabi perintahkan mereka agar berundur. Kerana syiar Islam tertegak disana.

Al-Ismaili rahimahullah berkata:

“Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Sedangkan kita diMalaysia, bukan sekadar azan sahaja yang dilaungkan. Bahkan banyak lagi syiar-syiar utama Islam dapat ditegak dan dilaksanakan.

Alhamdulillah, banyak program ibadah dan muamalat dapat dijalankan dengan baik. Islam dominan dalam negara ini. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan. Bahkan satu-satunya negara di dunia yang menghubungkan agama dengan bangsa selainMauritaniayang agak terpencil.

Apabila Melayu, automatik Islam mengikut terjemahan perlembagaan. Justeru untuk bahas Malaysianegara Islam atau tidak, ianya sesuatu yang amat tidak relevan. Ini kerana topik yang sama sudah dibicara dan dibahas secara panjang lebar oleh ulama’ dalam kitab-kitab mereka.

Antara sarjana Islam yang terbaru menulis tentang hal ini ialah Dr Khalid al-Anbari dalam bukunya ‘Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah’. Beliau menyebutkan secara jelas ciri negara Islam ialah azan dapat dilaungkan secara terbuka dan ketua pemimpin beragama Islam.

Setelah itu barulah ia dirincikan untuk meraih tahap kesempurnaan. Sebagai contoh dalam bidang politk ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Dari sudut sosialnya yang ini perlu dibaiki dan yang itu perlu dikurangi. Begitulah seterusnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Jadi kita jemput untuk sama-sama memberi bantuan dan menyumbang idea. Bukan mengkritik tak ketentuan hala dan merosakkan usaha-usaha yang sedang dilakukan. Yang paling penting ialah kita tetap bersatu-padu untuk urus-tadbir negara menjadi lebih baik.

http://www.youtube.com/watch?v=iGmUoT15qwQ

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: