Skip to content

UMNO Jangan Ketepikan Nilai Islam

Mei 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Islam ini satu agama yang menyeluruh merangkumi seluruh aspek kehidupan. Apabila Nabi meriwayatkan di dalam hadis Al Imam Bukhari memaklumkan kepada kita iman itu mempunyai 70 lebih cabang. Paling tinggi sekali darjat iman adalah ‘lailahailallah’ yang bermaksud tidak ada tuhan yang di sembah dengan benar melainkan Allah SWT. Paling rendah tahap iman adalah membuang duri di jalanan dan malu itu sebahagian daripada iman. Ini menunjukkan bahwa iman manusia ini berperingkat.

Sabda Nabi SAW, mafhumnya:

“Tidaklah beriman seorang penzina itu ketika mana dia berzina di dalam keadaan beriman. Tidaklah ada seorang pencuri itu ketikamana dia mencuri di dalam keadaan beriman. Tidaklah orang yang meminum arak itu ketikamana dia meminum arak dalam keadaan beriman.” (riwayat Imam al-Bukhari)

Ini menunjukkan ketika dia membuat maksiat, iman dia lemah. Apabila dia membuat ibadah iman dia menjadi kuat. Islam mengajar kita beribadat ini dengan banyak perkara.  Contoh mudah ialah berpakaian. Jangan disebabkan isu pemakaiannya nampak baik, bererti semua perkara yang dia lakukan baik. Benar itu adalah satu ibadat yang dia lakukan dan perkara itu adalah bagus.

Contohnya orang yang tidak menjaga pemakaiannya dan penampilannya tetapi percakapannya dengan cara yang baik. Benar pada perkataan dan percakapannya dia adalah baik dan benar tetapi pada penampilan dan pakaiannya adalah salah. Oleh itu dia perlu diperbetulkan.

Kerana itu iman di sisi orang Islam dan di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah ianya berperingkat dan bertingkat-tingkat. Sabda Nabi di dalam hadis, mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah itu tidak melihat hanya kepada penampilanmu tetapi dia melihat kepada hatimu dan amal perbuatanmu” (riwayat Imam Muslim)

Kita tidak boleh berkata hati kita sahaja yang baik tetapi amal perbuatan kita menyelisihi prinsip-prinsip dan dasar agama. Kita juga tidak boleh berkata amalan kita bagus tetapi hati dan niat kita buruk. Kedua-duanya mesti selari kerana ini akan menggambarkan kesyumulan serta lengkapnya agama yang telah di sampaikan oleh Rasulullah SAW.

Sunnah Menyimpan Janggut

Isu tentang janggut yang dibangkitkan oleh sahabat kita tadi, di dalam Islam Nabi SAW sebutkan di dalam hadis mafhumnya:

“Berbedalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah jenggot dan cukurlah kumis.” (riwayat  Imam al-Bukhari)

Ini adalah pegangan yang disebutkan oleh Nabi SAW. Orang yang menyimpan janggut dan percaya ia merupakan satu amal perbuatan dan arahan daripada Nabi SAW, maka ianya akan jadi satu ibadah. Jika menyimpan janggut panjang, tetapi apabila dia bercakap, dia bercakap dengan perkataan yang tidak bermanfaat, sia-sia, maki hamun, kutuk dan sebagainya, maka menyimpan janggut dia mendapat pahala tetapi bab percakapan dia mendapat dosa.

Adaorang bercakap baik tetapi bab penampilan dia tidak menjaganya, maka kita sebutkan di sini, dia kurang dalam bab penampilan, tetapi bab percakapan dia menang. Alangkah baiknya jika sekiranya semua ini dapat disatukan. Penampilan dijaga dan akhlak dipelihara. Sabda Nabi SAW di dalam hadis, mafhumnya:

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dimana sahaja kamu berada dan susulilah perkara-perkara yang buruk yang telah kamu lakukan dengan perkara-perkara yang baik kerana perkara yang baik itu akan menghapuskan perkara buruk terdahulu serta berakhlaklah dengan manusia umumnya dengan akhlak dan sikap yang baik” (riwayat Imam Abu Daud)

Membalas Kejahatan dengan Kebaikan

Kerana itu apabila orang memaki kita, jangan dibalas dengan makian juga tetapi balaslah dengan perkataan-perkataan yang baik. Perkara ini sebenarnya memberi kesan bagi orang yang melihat dan menilai dengan akal dan pemikiran yang sihat. Tetapi jika kita membalas dengan perkataan yang buruk juga, maka perkara ini tidak akan selesai. Sabda Nabi di dalam hadis, mafhumnya:

“Tidaklah orang yang kuat itu hanya hendak bergaduh sahaja, sebenarnya orang yang kuat itu adalah orang yang mampu memegang jiwanya disaat ianya di dalam keadaan yang marah.” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Ini adalah cirri-ciri orang yang hebat. Maka UMNO tunjukkan contoh yang baik agar teman-teman dan sahabat-sahabat kita di luarsanadapat memanfaatkan contoh ini.

Maka berbalik dengan soalan tadi, bolehkah UMNO mengenepikan nilai-nilai Islam?

Tidak boleh sama sekali. Saya faham soalan ini tidak bermaksud kita hendak menolak Islam. Nilai-nilai Islam ini wajib kita jaga dan pelihara. Ianya tidak boleh diketepikan. Contohnya orang menabur fitnah kepada kita tetapi kita tidak perlu bimbang kerana Allah SWT akan membantu orang-orang yang benar. Fitnah ini kamu jawablah di akhirat nanti kerana Nabi telah menjelaskan tujuh perkara yang mana ia doa bersar, sangat dasyat siksaannya antara yang Nabi SAW sebut adalah persaksian yang palsu iaitu fitnah dan tuduhan.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (riwayat Imam Muslim)

Jadi kita perlu berhati-hati dan fikirkan. Ini adalah pegangan dan pendirian agama, jadi kita terus mempraktikkan agama, Allah akan berikan kekuasaan kepada kita atas muka bumi firman Allah yang bermaksud;

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;

dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka” (surah an-Nur, ayat 55)

Jadi jika hendak kekuasaan dan kedudukan,maka berimanlah dan beramal solehlah kamu kepada Allah SWT. Kita mempraktikkan islam ini kerana islam, kerana agama, kerana pegangan dan prinsip kehidupan kita.

http://www.youtube.com/watch?v=SQqhLqQCYlk

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: