Skip to content

Malaysia diserang fahaman liberal & plural?

Mei 26, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Ramai orang yang suka bertanyakan soalan tentang perkara ini. Bahkan di dalam facebook saya lihat mereka sedang berbahaskan tentang ‘isu ianya tidak boleh kerana Negara kita berpelembagaan’, ‘jangan bercakap tentang Islam disini kerana Negara kita berpelembagaan, kita kena jawab pelembagaan’.

Perkara seperti ini yang saya fikir tidak berapa bijak. Contoh kita pergi Itali, kedai makan Islam tiada. Yang ada hanyalah kedai makan yang menggunakan arak dan sebagainya. Di dalam keadaan tersebut adakah kita tidak boleh pergi membeli air mineral di kedai arak tersebut? Jawapannya adalah dibenarkan kerana keadaan tersebut yang tiada kedai makan Islam.

Jadi maksudnya disini, praktik Islam ini ialah kita perlu memaksimakan sedaya yang mampu. Jika kita boleh lakukan kita akan lakukan. Yang mana kita tidak boleh lakukan, kita lihat adakah jika kita meninggalkan perkara tersebut menyebabkan haram hukumnya ataupun jika kita meninggalkan perkara tersebut beerti kita baru meninggalkan perkara yang sunat. Perkara seperti ini yang kita perlu timbang-tara.

Lihatlah perlembagaan, apa yang berketepatan dengan Islam kita kehadapankan kerana Islam. Itu adalah tugas dan tanggungjawap kita. Jangan semata-mata kerana jangan lihat tentang Islam, jangan bercakap tentang Islam. Tidak, kerana ini adalah orang-orang yang beridealogi liberal dan plural yang menggunakan perkataan seperti ini. Mereka akan menggunakan dalil perlembagaan yang menunjukkan tidak layak untuk kita bercakap tentang Islam di dalam Negara ini.

Islam adalah sebagai agama persekutuan, walaupun begitu masih ada lagi yangcubamenentangnya.Adajuga yang ingin tanggalkan maksud mereka ialah hendak dibudayakan sebagai ad’din. Kata mereka ianya lebih meluas.

Saya berpendapat di dalam isu dan hal tersebut, di dalam keadaan Islam sudah duduk di dalam perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan pun masih ramai lagi yang tidak membudayakan Islam apatah lagi jika dibuang. Sewajar sudah ada Islam sebagai agama persekutuan, kita bagikan cabaran bagi orang melayu Islam ini. Bagaimana hendak praktikkan Islam, membudayakan Islam dan dedikasikan Islam di dalam kehidupan. Itu yang sepatutnya kita fikirkan.

Orang yang benci dan anti kepada Islam, mereka nak gugurkan perkara itu. Apabila mereka gugurkan perkara itu, maka dia mempunyai ruang untuk menyebar luaskan idealoginya, pandangannya, agamanya dan sebagainya. Mereka berusaha untuk gugurkan kerana mereka hendak membiarkan kita bercakap ikut suka, membiarkan agama ini berhak mendakwah dan menyebarkan agama yang lain.

Kerana itu kita kembali kepada pemimpin. Disebutkan di dalam kaedah fiqh iaitu tasharruf al-imam `ala al-ra` iyyah manuthun bi al-mashlahah  “tindakan seorang pemimpin itu keatas rakyatnya terikat dengan kemaslahatan”. Dia lebih mengetahuinya kerana dia melihat dengan mata pandang yang menyeluruh. Jika kita melihat dengan cara ini, kita akan melihat dengan kontek-kentek yang lebih meluas.

Jadi saya katakan di sini bahawa isu liberal dan plural ini datang daripada zaman Mu’tazilah lagi. Datang daripada 1000 tahun dahulu, datang daripada idealogi Wasil Ibn Ata’ yang mempunyai anak murid Amru Ibn Ubaid yang menyatakan bahawasanya: “Sesungguhnya ilmu As Syafi’i dan Abu Hanifah semuanya tidak keluar dari seluar dalam wanita”

Dia berkata begitu kerana dia berkata al-Imam al-Syafie ini selalu bercakap tentang bab haid dan nifas sahaja. Dia sebenarnya  hendak menjadikan seolah-olah barat pula yang memberi pandangan dan pendapat tentang Islam

Namun Imam As Syatibi membantah perkataan ahli bid’ah tersebut: “Inilah bualan orang yang menyeleweng. Semoga Allah membinasakan mereka”. Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya mengerti hukum fiqh semata-mata tanpa mempedulikan masalah dunia dan disiplin ilmu yang lain. Mereka menyangka bahawa ulama’ Ahlus Sunnah itu hanya bisa mengajar di halaqah tanpa pernah terjun ke dalam badai da’wah dan mehnah..” (lihat; Al- I’tisam)

Niqab/ purdah

Adabaru-baru ini satu tulisan yang menyebut tentang isu purdah. Dia berkata bahawa isu purdah tidak relevan pada hari ini jika kita hendak bercakap tentang isu purdah, pakaian hitam dan sebagainya. Jika hendak diceritakan di barat ada gerakan Islam antara yang terbesar dan terkuat di sebelah Eropah. Ianya dakwah ahli sunnah waljamaah. Isteri-isteri mereka berhijab sedangkan mereka duduk diUK, ianya tiada masalah pun.

Kenapa kita baru pergi keUK, tiba-tiba kita hendak bercakap ‘ tidak relevan untuk kita bercakap’.  Sedangkan mereka duduk disanatidak ada masalah, tidak mempraktikkan Islam keseluruhannya dari sudut berpakaian, dari sudut kehidupan, dari sudut membudayakan agama dan sebagainya.

Orang-orang seperti ini apabila mereka balik ke dalam Negara ini, mereka akan melakukan huru-hara di dalam Negara. Kita sepatutnya bercakap tentang orang yang tidak menutup aurat agar mereka menutup aurat. Jangan sibuk memberi idea untuk menanggalkan purdah dan jangan sibuk memberi idea agar orang timbulkan persepsi yang tidak baik kepada orang yang memakai purdah.

Sepatutnya kita perlu timbulkan persepsi kepada orang yang tidak menutup aurat. Persepsi dari sudut hukum itu haram.

Jadi kita bimbang di sini kerana perkara ini datang daripada liberal dan tidak lama lagi ianya akan menjadi plural. Ianya akan membawa kepada semua agama akan sama sahaja. Perkara ini lebih bahaya kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran.

Jadi saya minta bagi pihak yang ada boleh bersuara untuk menyuarakan isu tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=ze7cQMsihn0

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: