Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Antara perkara yang saya cadangkan adalah institusi-institusi imam itu dinaik tarafkan kerana rasionalnya cadangan ini, apabila kita lihat gahnya Islam suatu ketika dahulu adalah kerana institusi imam. Perkara pertama yang Nabi SAW lakukan ketika mana Nabi sampai di Madinah adalah membina masjid Quba’. Sehingga Allah sebutkan di dalam Al Quran firmannya:
“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (surah at-Taubah, ayat 108)
Saf, Masjid dan Perpaduan
Sampai bandar Madinah, Nabi membina Masjid Nabawi. Maksudnya suatu ketika dahulu institusi masjid ini sangat berfaedah dan sangat digunakan untuk menyatu-padukan umat. Kerana itu apabila kita melihat kedudukan solat berjemaah, tentang cara susunan saf. Kita perluruskan saf solat kita terlebih dahulu. Kata Nabi di dalam hadis, mafhumnya:
“Hendaklah kamu rapatkan saf kamu atau Allah SWT memecah belahkan hati-hati kamu.” (riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim)
Maka saya katakan di sini, institusi masjid adalah tempat bermulanya segala perpaduan dan apabila kita berbicara tentang institusi masjid, tidak lain dan tidak bukan kita pasti berbicara tentang institusi imam. Maka kerajaan dan pihak-pihak yang berwajib perlu memberikan perhatian bagaimana institusi-institusi ini perlu dinaik-tarafkan dan dikemaskinikan dari sudut sistem dan kedudukannya di dalam masyarakat. Imam suatu ketika dahulu menjadi tempat rujukan bagi permasalahan umat.
Kerana itu Nabi hendak melantik imam untuk digantikan setelah Nabi SAW, orang sangat berhati-hati. orang akan tunggu juga daripada tempat tidur Nabi sedangkan Nabi dalam keadaan sakit tenat. Orang tunggu sehingga tiga kali Nabi pengsan dan Nabi cadangkan Abu Bakar sebagai imam. Kisah ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari. Maksudnya di sini bukanlah calang-calang orang hendak kehadapan untuk menjadi seorang imam.
Jadi institusi ini perlu dikemaskinikan, biar khutbah yang dibaca bermanfaat untuk umum. Cara intonasi khutbah kita tidak lagi di dalam keadaan apabila membaca khutbah, bukan berkhutbah. Kita menjelaskan tentang agama, tetapi bukan membaca buku agama. Jadi ini yang saya maksudkan.
http://www.youtube.com/watch?v=rcjJpe7ieS8
From → Fiqh & Syariah, Ilmu & Fatwa