PAS Dakwa UMNO Tidak Mendukung Islam?
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Apabila kita kata tidak ada individu yang sempurna maka beerti tidak akan ada masyarakat, parti, kelompok dan NGO yang sempurna. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan. Kelemahan dan kekurangan inilah yang perlu dilengkapkan dan disempurnakan.
Baru-baru ini saya ada memberi ceramah di Melaka.Ada seorang tetamu bertanya kepada saya, ‘ bolehkah dia tidak mempraktikkan Islam kerana ada orang pas berkata kepadanya dia kafir, jadi boleh atau pun tidak saya juga tidak mahu mempraktikkan Islam agar saya boleh bercakap sesuka hati seperti mereka?’
Jadi saya menjawab, ada orang Alhamdulillah Allah berikan kepada mereka keinginan kepada agama, Allah berikan mereka satu sikap mempraktikkan Islam di dalam beberapa aspek iaitu dari sudut pakaiannya dan dari sudut solat berjemaahnya. Akan tetapi Allah uji mereka dengan dari sudut lisan, perkataan dan idealogi mereka. Allah menguji mereka dengan lisan yang teruk, cara berfikir mereka sehingga keluar perkataan kafir mengkafir, fasiqkan mereka dan sebagainya.
Adasatu kelompok lagi dari sudut penampilan tidaklah menampakkan Islamik sangat dan kurang dari sudut praktik agamanya tetapi dari sudut adap bercakap mempunyai etika, tidaklah memaki-hamun serta mengutuk orang. Jadi masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Alangkah baiknya jika disatukan supaya kekurangan itu dapat disempurnakan.
Tetapi masalahnya sekarang kita asyik menghukum mereka, ‘pakai serban sahaja tetapi asyik memaki orang’. Yang mereka pulak berkata, ‘sembang tetapi sembahyang pun tidak’. Jadi perkara seperti ini tidak akan membawa penyelesaian bahkanianya akan membawa kepada perpecahan yang berterusan.
Maka kepada mereka yang sudah memakai baju yang berbentuk Islamik ini sudah bagus tetapicubabercakap dengan adab, jangan mudah mengkafirkan orang, mengfasiqkan orang, menyesatkan orang dan sebagainya. Manakala mereka yang sudah bercakap dengan adab sudah bagus tetapicubapraktikkan Islam di dalam kehidupan, budayakan Islam di dalam kehidupan dan sebagainya.
Jadi kepada PAS yang ingin mendakwa UMNO ini tidak mendukung ajaran Islam sebagai teras, saya tidak bersetuju sekiranya perkataan ini diumumkan secara mutlak. Adakah PAS juga mendukung Islam secara keseluruhan? Mereka juga ada kekurangannya. Jika hendak bercakap tentang kekurangan dan kelemahan, kedua-dua parti juga ada.
Di dalam kehidupan kita pada hari ini jika kita lihat secara terang, kita perlu akui kelemahan yang perlu kita perbaiki. Islam kurang dibudayakan di dalam kehidupan tetapi Islam lebih tertumpu di dalam majlis-majlis hari kebesaran Islam. Islam tertumpu kepada masjid, ceramah dan tazkirah. Bahkan di dalam program-program yang dikaitkan dengan perkara ini seperti memberi tazkirah maghrib. Jadi disini dilihat Islam tidak dibudayakan. Inilah kekurangan dan kelemahan kita yang perlu kita atasi.
Fitnah Syiah
Lihat di dalamsanatimbul pula fitnah syubhat. Islamnya terlebih sehingga pergi support Syiah pula. Panggil Syiah membuat lawatan ke negeri, kita membuat festival kemulian. Mereka memanggil dato Bandar Qom untuk hadir. Jika dikatakan Syiah sahaja jangan sekali-kali memberi peluang kepada mereka. Bahkan apabila berkata secara terbuka bahawa kita akan bertukar-tukar filem animasi.
DaripadaIrankita ada filem animasi sirah Rasulullah. Isunya disini bolehkah kita mempercayai filem animasi sirah Rasulullah yang dikarang oleh syiah ini? Ianya datang dari sumber lain, hadis-hadis lain, tidak mahu menggunakan sirah Nabi saw yang kita imani dan percayai. Perkataan-perkataan tentang sahabat Nabi adalah berbeza, malah di dalam sejarah Syiah, Omar membunuh Fatimah. Kita tidak boleh menghampiri puak Syiah ini.
Jadi apabila kita membangkang Alhamdulillah saya dengar respon yang baik daripada ketua pemuda PAS daripada Kelantan. Saya pun tidak pasti perkara ini lagi katanya, ‘ kita akan halang daripada perkara ini berlaku’. Inilah kekurangan mereka yang perlu diperbaiki dengan memahamkan masyarakat apa itu Islam, apa itu hukum Islam yang selama ini beberapa belas dan puluh tahun orang-orang kita apabila bercakap tentang hukum Islam sahaja semuanya berpaling.
Di mana hukum hakan tentang akidah, ibadah, muamalah, jual beli, nikah kahwin dan sebagainya. Adakah semua ini tidak dipraktikkan secara keseluruhan? Mereka kata, ‘tidak kerana perkara yang lain mereka telah laksanakan cuma ada kekurangan dimana,’ inilah yang kita perlu mengakuinya seperti wudud belum lagi dan sebagainya.
Bukan tidak laksanakan keseluruhan tetapi berpuluh tahun telah diterapkan di dalam minda masyarakat apabila bercakap sahaja tentang hukum Islam, mereka berpaling bercakap tentang hudud. Sedang hukum Islam ini sangat luas pengertian dan maknanya. Jadi masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Oleh itu sewajarnya kita lengkap melengkapi, perbetulkan antara satu dengan yang lain untuk mencapai dan memartabatkan Islam.
http://www.youtube.com/watch?v=Xbp8R7IiKLU
From → Adab & Akhlak, Muamalat & Ekonomi