dewa ulama pas, dosa & pahala, fathul bari mat jahya, parti ajaran sesat, syurga & neraka, ulama muda, undi pas masuk syurga
Tarik balik ‘fatwa’ undi Pas masuk syurga – Fathul Bari
KUALA LUMPUR 27 Mei – Pas perlu menarik balik ‘fatwa’ mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.
Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.
“Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?
“Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
siaran akhbar 28 Mei 2012
From → Akidah & Manhaj, Muamalat & Ekonomi