Skip to content

Valentino Rossi dan mat rempit

Jun 1, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Muda mudi suka melakukan sesuatu yang mencabar. Merempit boleh memberi keseronokan pada mereka. Untuk menjadikannya lebih baik maka kita berikan kepada mereka kelapangan dan kemudahan untuk merempit. Apa pendapat untuk menjadikan situasi ini bertepatan dengan Islam sebagai Ad-Deen.

Jawapan:

Istilah perkataan merempit itu sebenarnya digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang tidak baik, tetapi pada hari ini orang cuba mempositifkan istilah tersebut, dengan menyediakan litar kepada mereka.

Di Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim beberapa tahun dahulu pernah menyediakan litar dan membawa anak-anak muda yang membawa motor besar datang bersama-sama ibu bapa mereka pusing litar. Anak-anak muda seronok membawa ibu bapa mereka menunggang motorsikal di dalam litar, tetapi mereka tidak akan menunggang secara merbahaya kerana ibu atau bapa mereka ada bersama.

Maksud yang hendak disampaikan ialah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti yang mereka minat. Tidak ada masalah sekiranya ia dijadikan sebagai satu riadah yang sihat. Sediakan satu litar untuk mereka berlumba di dalamnya, dan apabila tiba masa untuk solat, ajak mereka berhenti untuk solat, dan apabila ada ruang dan peluang berikan tazkirah atau peringatan agar secara berperingkat dapat mendekatkan mereka kepada agama.

Mereka ini berani, jika diperhatikan cara mereka menunggang motorsikal lebih dahsyat daripada Valentino Rossi. Valentino Rossi belum tentu berani mencelah di bawah lori yang besar. Tetapi Mat Rempit ini berani.

Keberanian mereka itu perlu digunakan pada tempatnya. Islam menyediakan tempat untuk menggunakan keberanian, seperti ketika memperjuangkan Islam, ketika amar maruf nahi mungkar, keberanian untuk bercakap perkataan-perkataan yang benar. Maksudnya ada had dan tempat untuk kita gunakan keberanian. Maka dekatkanlah mereka dengan kita dengan cara menyediakan program-program.

Satu salah sangka masyarakat kita ialah mereka buat program untuk menarik khalayak ramai, program dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dipenuhi dengan ramai orang. Ini kerana tujuan kita mengadakan program adalah ingin menunjuk kepada lawan, kalau tidak ramai hadirin, takut orang mengata program kita tidak laku dan tidak relevan lagi.

Itu bukan tujuan yang sepatutnya, yang penting ialah mutiara-mutiara yang dimanfaatkan walaupun cuma seorang dua yang hadir dan mengambil manfaat lalu disampaikan kepada orang lain, itulah ilmu yang bermanfaat.

Kadang-kadang apabila tujuan kita hendak menarik ramai orang, kita buat sesuatu bagi orang seronok, bawa pula lagu dan menyanyi selepas ceramah agama untuk menarik perhatian anak muda. Jadi di manakah impak atau kesan daripada ceramah tersebut? Kadangkala kita tidak memikirkan kesan daripada apa yang kita buat. Tiada tindakan susulan daripada usaha yang kita lakukan. Jadi kita perlu merancang.

http://www.youtube.com/watch?v=WQYvYRTN2V0

From → Adab & Akhlak

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: