Skip to content

Winnable Candidate; Panduan Memilih Pemimpin Menurut Islam

Jun 4, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Kalau mencari tempat mandi,

Pertama teluk, kedua pantai,

Kalau mencari pemimpin berbudi,

Pertama elok, kedua pandai.

Sekarang ini musim semua orang ingin mengaku sebagai Winnable Candidate. Pandangan saya tentang pemilihan pemimpin adalah mengikut pandangan Islam. Apa yang Allah dan Rasul tetapkan bagi mereka?  Ciri-ciri pemimpin yang baik digambarkan dalam al-Qur’an yang bermaksud;

“Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)”. (surah al-Qasas, ayat 36)

Sudah semesti ianya terdiri daripada kalangan orang-orang Islam, kuat imannya, kuat jasmaninya, seorang yang amanah dan mempunyai integriti serta beradab. Mudah sahaja, Islam memberi dua patah kata sebagai kriteria yakni ‘kuat’ dan ‘amanah’, maka selesai semua masalah tentang isu Winnable Candidate.

Ini masalah apabila Winnable Candidate mempunyai team Winnable Candidate, ianya hanya pandai kacau bubur Asyura. Takkanlah ini nilaian kita sekarang. Memang benar kucai bubur Asyura atau turun bergaul dengan masyarakat termasuk sebahagian dari tugas pemimp. Cuma kita tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai satu kayu ukur serta tanda nilainya semata-mata.

Kita tidak bersetuju jika pemimpin tidak mengetahui aktiviti rakyat. Ini bermaksud pemimpin khianat, ianya tidak menunaikan amanah, tidak melaksanakan tanggungjawab kerana ciri-ciri pemimpin  yang Allah sebukan adalah amanah.

Amanah

Amanah bererti menunaikan tanggujawab. Perjelaskan apabila memegang sesuatu tanggungjawab. Kita tidak mahu apabila sudah hampir pilihan raya barulah menunjukkan muka dikhalayak ramai.

Jadi perkara seperti ini yang perlu kita lihat secara menyeluruh khususnya saya katakan di sini tentang anak-anak muda. Anak- anak muda masa kini, mereka mampu menganalisa cuma analisa yang dibuat itu benar atau pun tidak dan tepat atau pun tidak tepat. Kerana dunia sekarang adalah dunia IT iaitu dunia tanpa sempadan, kita boleh memeriksa banyak perkara. Jadi apabila kita memberi tahu bahawa kita sibuk dengan berkerja, anak-anak muda ini boleh tahu bahawa kerja apa yang kita lakukan.

Apabila kita bercakap, kita sentiasa hendak menang dan semua betul. Dan sentiasa menggambarkan kemenangan kita. Ini muhasabah diri kita. Jangan kita memberi perkataan-perkataan yang indah semata-mata. Akan tetapi kita berikan pentarbiahan (pendidikan), kita cuci minda-minda keduniaan daripada masyarakat kita, kita isikan diri mereka  dengan agama dan ilmu. Yang akan konsisten bersama-sama dengan perjuangan memartabatkan Islam adalah orang yang mempunyai ilmu. Selain daripada itu ianya akan pergi kepada hendak memartabatkan serta mengagungkan dunia semata-mata.

Seingat saya pada 2 tahun atau 3 tahun lepas saya dan sahabat berada di atas Lebuhraya Persekutuan. Pada ketika itu keadaan begitu sesak. Di hadapan kereta sahabat saya ialah sebuah kereta Ferari. Saya terdetik, kaya macam mana pun orang itu tetap tidak dapat melepasi kesesakan ketika itu sama seperti kami juga.

Dalam keadaan sesak tiba-tiba terdengar bunyi siren polis trafik yang meminta semua kenderaan memberi laluan. Menandakan orang besar atau orang kenamaan yang mempunyai kedudukan tinggi di mata masyarakat ingin lalu. Ketika itu saya terfikir untuk menulis satu artikel tentang betapa manusia menginginkan kuasa daripada harta kerana baginya dengan kuasa dia boleh melakukan apa sahaja.

Nabi Larang Minta Jawatan

Oleh kerana itu Nabi saw meminta umatnya supaya jangan meminta kedudukan. Sahabat Nabi ra yang alim, beratika, berintegriti, berakhlak mulia datang bertemu Nabi saw iaitu Abu Zar al-Ghiffari. Dia adalah antara sahabat Nabi yang paling awal memeluk agama Islam. Yang apabila dia balik ke kampungnya, dia Islamkan satu kampungnya. Dia memasuki Islam dengan analisa, dengan periksa, malah dia juga pergi mencari mana Muhammad dan menyelidik apa ajaran Muhammad, lalu dia menerimanya dan menyebarkan ajaran tersebut di kampungnya.

Tetapi apabila dia datang kepada Nabi dan menyuruh Nabi melantiknya sebagai gabenor, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?” Mendengar permintaanku tersebut, baginda menepuk pundak Abu Dzar dan berkata:

“Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepemimpinan itu adalah amanat. Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (riwayat Imam Muslim, no. 1825)

Sahabat Nabi yang hebat dan yang mempunyai ilmu, Nabi menyatakan dia lemah. Nabi lebih memahami apa maksud lemah Abu Zar al-Ghiffari.Adaulama seperti Imam Nawawi rahimahullah bahaskan yang diertikan dengan lemah di situ mungkin dia ini lemah dari sudut pentadbiran dan pengurusan. Maksudnya pemimpin ini perlu ada kemampuan untuk mentadbir urus. Imam Nawawi membawakan dua hadis Abu Dzar di dalam kitab Riyadhush Shalihin, dalam bab “Larangan meminta jabatan kepemimpinan dan memilih untuk meninggalkan jabatan tersebut jika ia tidak pantas untuk memegangnya atau meninggalkan ambisi terhadap jabatan.”

Sekarang ini zaman orang pakai iPhone, iPad, samsung galaxy. Zaman dahulu jika kita hendak membuat jadual perlu lemparkan kertas tetapi zaman sekarang jadual hanya perlu dibuat di dalam hp sahaja. Jika kita masih duduk di zaman dahulu lagi ianya kurang sesuai dengan suasana dan situasi pada zaman ini. Maka inilah maksud Nabi saw bahawa Abu Zar al-Ghaffari ini lemah dari sudut pentadbiran dan pengurusan.

Maksudnya, kuasa memang mampu menggugat iman manusia, mampu menggugat kehidupan manusia, serta mampu menggugat kebahagain manusia. Kerana itu bukan semua orang boleh kehadapan untuk menjadi yang berkuasa. Orang tertentu sahaja yang dipilih oleh Allah swt untuk menjadi berkuasa dan tidak semestinya apa yang Allah swt pilihkan itu akan menjadi wakil rakyat yang terbaik. Ianya tidak, kerana mungkin Allah jadikan dia sebagai ujian untuk kita membuka mata dan menilai samaada dia memimpin dengan cara pimpinan Islam ataupun tidak.

http://www.youtube.com/watch?v=cYEPx6mL8yY

Advertisements
Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: