Skip to content

Baitul Mal kaya, rakyat miskin

Jun 5, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

“…Dan kalau panjang umurmu, engkau akan melihat seseorang membawa segenggam emas dan perak untuk diinfakkan, tetapi tidak dia dapati seorang pun yang mau menerimanya…” (riwayat Al-Bukhari )

Di antara tanda-tanda kiamat ialah akan ada satu masa di mana tidak ada lagi orang miskin, tidak ada orang yang layak menerima zakat. Malah orang datang membawa emas untuk membayar zakat tetapi tiada yang layak menerimanya. Pada ketika itu baitulmal kaya.

Baitulmal kaya sepatutnya menunjukkan rakyatnya juga kaya, manakala baitulmal miskin menandakan rakyatnya miskin kerana duit di baitulmal habis diagihkan kepada rakyat yang miskin. Yang pelik dan menimbulkan isu ialah jika baitulmal kaya tetapi rakyat miskin. Itu antara perkara dan tugas yang perlu diperhatikan dan diperbaiki.

Saya tidak mengatakan semua baitulmal pada hari ini tidak berfungsi, saya pun tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kita perlu tahu bahawa mereka di baitulmal mempunyai kerja yang perlu mereka buat, mereka pun perlu membeli kereta atau kenderaan untuk bergerak, perlu membeli komputer, perlu mengikuti perkembangan teknologi dari semasa ke semasa, dan sebagainya. Tetapi bukan bererti tujuan untuk bermewah-mewahan. Apabila sampai kepada tahap bermewah-mewahan maka sudah tidak kena lagi dengan tujuan diasaskan baitulmal itu sendiri.

Ibnu katsir ketika menjelaskan hadis tersebut mengatakan bahawa zaman yang dinyatakan itu sudah berlaku pada zaman Umar ibn Aziz di mana pada zaman tersebut semua orang kaya, baitulmal sendiri kaya pada masa tersebut, yang miskin hanya Umar ibn Abdul Aziz seorang, beliau tidak memiliki apa-apa dan tidak mahu mengambil apa-apa di atas muka bumi kerana seringkali memikirkan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Jika kita membaca khutbahnya, sekiranya kita membaca sejarah kehidupannya, bagi yang menghayati akan merasai dan menjiwai kisahnya. Carilah kisahnya dari buku-buku yang benar, jangan pula mencarinya dari buku yang ditokok tambah. Lihatlah pada buku-buku yang betul.

Wallahua’lam.

UFB – baitul mal kaya rakyat miskin

http://www.youtube.com/watch?v=5rH9gKJykK4

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: