Skip to content

Kecelaruan jantina dan ketentuan Allah

Jun 6, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Dapat kita lihat pada hari ini banyak berlaku masalah kecelaruan jantina di dalam masyarakat kita di mana sebahagian mereka menyalahkan ketentuan Allah SWT. Yang dimaksudkan bukanlah golongan khunsa. Khunsa adalah orang yang Allah SWT tetapkan memiliki dua jantina, itu kes lain.

Sekarang ini kita berbicara tentang orang yang memiliki satu jantina, iaitu sama ada dia dilahirkan sebagai lelaki ataupun dia dilahirkan sebagai perempuan, tetapi berkecenderungan menjadi atau memiliki jantina yang bertentangan. Seorang perempuan cenderung menjadi lelaki, memotong rambut pendek, memakai seluar, menjadi tomboy, penkid, dan sebagainya, manakala yang lelaki pula berperwatakan perempuan, membuat pembedahan plastik dan mengubah fizikalnya. Ini yang dimaksudkan.

Masalah mereka adalah sebahagian mereka ada yang mengatakan sebab mereka menjadi seperti itu adalah kerana ketetapan Allah. Sikap seperti ini sebenarnya adalah sikap menyalahkan Allah SWT. Dikatakan menyalahkan Allah kerana mereka mengatakan itu ketetapan, sedangkan Allah menetapkan dia sebagai lelaki atau perempuan tetapi dialah yang mengubahnya dengan tangan dan tindakannya sendiri. Allah menetapkan dia lelaki, tetapi siapa yang beli tiket keHong Kongatau Singapura untuk membuat pembedahan plastik? Dialah yang membeli, dialah yang memilih. Pakaian lelaki banyak dan mudah didapati tetapi dialah yang mencari dan mengenakan pakaian perempuan.

Suatu tahun dahulu ketika saya di Madinah, ada seorang hamba Allah, lelaki tetapi beliau keliru akan jantinanya. Beliau adalah seorang yang terkenal pada masa itu. Beliau bertanya kepada saya apa yang perlu beliau pakai ketika hendak melakukan ihram keesokan harinya, telekung atau kain ihram. Saya bertanya betul-betul kepadanya, adakah dia mempunyai dua jantina, dan anggota manakah yang berfungsi.

Beliau mengatakan yang itu lelaki. Jadi kalau dia mengatakan lelaki, apa lagi yang perlu dikhilafkan? Mustahil lelaki memakai telekung, tentu beliau harus memakai kain ihram. Tahu apa jawabnya? “Eh, malunya.” Tidak boleh menurutnya, kerana  malu apabila terdedah bahagian tubuhnya.

Sebenarnya, mengaku menjadi perempuan ini lebihlah mengaibkan dan memalukan. Malu kepada Allah SWT, malu kepada masyarakat. Orang yang melihat kita di jalan tidaklah suka kepada kita. Mereka mengumpat dan mencemuh kita dengan pelbagai cemuhan, dan sebagainya.

Kita ada peluang untuk memilih, jadi janganlah sesekali menyalahkan Allah SWT. Orang yang seperti ini adalah orang-orang yang tidak faham pengertian dan maksud beriman kepada qadar, ketentuan Allah SWT.

Wallahua’lam.

UFB – kecelaruan jantina dan ketentuan Allah

www.youtube.com/watch?v=3tetkAp9ssE

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: