Skip to content

Ustaz Fathul Bari bertanding pilihanraya?

Jun 6, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Apa tindakan ustaz jika dicalonkan untuk bertanding sebagaimana yang diberitakan oleh Malaysian Insider? Adakah ustaz akan bertanding atau sebaliknya?

Jawapan:

Saya tidak pernah tahu tentang isu calon parti, wallahu a’lam. Saya bukan orang yang turun ke kawasan, pergi tengok bahagian atau cawangan, saya bukan orang tersebut. Saya tidak ada apa-apa jawatan di dalam bahagian, saya tidak ada jawatan di dalam cawangan. Wallahu a’lam. Cerita ini datang dari mana saya sendiri tidak tahu.

Cuma ditanya sekiranya dicalonkan, dalam kenyataan di Malaysian Insider saya tidak berkata saya terima jika dicalonkan. Saya hanya menyebut bahawasanya saya akan membantu pemerintah dalam hal-hal yang makruf (baik). Asas menolong dan membantu ini Allah sebut di dalam Al-Quran,

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam hal-hal kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam hal-hal dosa dan permusuhan.” (surah Al-Maaidah, 5: 2)

Selama mana hal yang diminta untuk saya bantu itu merupakan hal-hal yang makruf dan bertepatan dengan syariat (Al-Quran dan As-Sunnah) maka kami sedia untuk membantu. Kami tidak ada masalah, insya-Allah.

Wallahu-A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

UFB – Tuan Guru Fathul Bari Sedia Bertanding ??

http://www.youtube.com/watch?v=cMnybw0hEmA

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: