Skip to content

Avril Lavinge dan lagu kecelakaan

Jun 7, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Banyak perkara dalam kehidupan kita yang telah diracuni unsur-unsur yahudi. Contohnya adalah kebebasan. Saya pernah sebutkan hal ini di beberapa tempat. Beberapa minggu lepas saya ke Mekah dan disanasaya menonton satu saluran televisyen Huda TV di mana ada satu program berbahasa inggeris mereka membahaskan tentang hukum muzik.

Di dalam program tersebut, mereka membahaskan lagu Katy Perry dan Lady Gaga. Lagu Katy Perry yang pada hari ini menjadi siulan anak-anak muda sehingga anak-anak kecil juga pandai menyanyikannya. Mereka membahaskan satu lagu bertajuk Teenage Dream di mana di dalam lirik lagu tersebut mengandungi seruan kepada kebebasan, seruan lakukanlah apa sahaja yang kamu inginkan kerana kamu remaja. Turut dibahaskan lagu-lagu yang mempunyai seruan kepada lesbian, remaja, cinta sesama wanita, manakala lagu-lagu Lady Gaga pula berunsur penyembahan dan pemujaan syaitan, serta lagu-lagu yang lain.

Adasatu lagu menyebut damn, damn, damn! Iaitu lagu yang dinyanyikan oleh Avril Lavigne. Cuba terjemahkan maksud damn, damn, damn, maksudnya celaka.Cuba bayangkan kalau ada satu lagu dalam bahasa melayu menyebut celaka, celaka, celaka. Lepas tapisan atau tidak? Tidak lepas. Tetapi mengapa lagu ini boleh lepas? Adakah telah berlaku diskriminasi terhadap lagu-lagu Melayu, di mana lagu Melayu perlu beradab tetapi lagu-lagu luar tidak mengapa jika tidak beradab. Walhal berapa ramai sangat yang meminati dan menyanyi lagu-lagu Melayu. Yang ramai orang minat adalah lagu orang putih walaupun bukan faham sangat pun.

Jadi inilah masalahnya, musuh Islam berjaya menjadikan anak-anak Islam mengalunkan lagu-lagu tersebut. Tanpa kita sedari, ia merupakan seruan kepada kebebasan tanpa had sedangkan Islam adalah agama yang berdisiplin. Allah SWT mensyariatkan agama ini dengan mengutuskan rasul untuk mendisiplinkan manusia. Allah SWT mensyariatkan solat contohnya, lalu Allah mengutuskan rasul untuk mendidik perlaksanaan dan tatacara perlaksanaan solat. Allah SWT mensyariatkan perlaksanaan haji dan Allah SWT mengutuskan rasul sebagai penjelas kepada tatacara dan kaedah melaksanakan ibadah haji. Begitu juga zakat, puasa, apatah lagi hal-hal yang terpenting  dalam kehidupan umat Islam iaitu akidah. Semuanya mempunyai disiplin, semuanya memiliki had-had dan batasannya.

Bukan sekadar dalam bab-bab tertentu, hukum hakam atau jenayah sahaja tetapi semua etika kehidupan umat Islam mempunyai batasan. Islam tidak pernah memberikan kebebasan mutlak. Seruan-seruan kebebasan mutlak inilah antara agenda Yahudi yang terkini. Apabila mereka menyeru manusia agar meminta sesuatu mengikut kehendak dan kesukaan masing-masing, manusia akan hanya memikirkan apa yang mereka kehendaki, mereka tidak lagi bertanya apa yang agama mahukan, apa yang Allah dan Rasul mahukan, dan apa yang Allah dan Rasul redha.

Manusia tidak lagi berfikir tentang ibadah. Di mana para ahli ilmu mengatakan yang diertikan dengan ibadah ialah satu kata nama yang merujuk kepada perkara-perkara yang Allah cintai dan Allah redhai, dan ia terdiri daripada perkataan dan perbuatan zahir dan batin. Mereka tidak lagi memandang pada ibadah, mereka hanya nampak apa yang mereka mahukan tanpa melihat apa kehendak Allah dan rasul.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

UFB Vs Avril Lavigne Dam* Dam*

http://www.youtube.com/watch?v=wb6hnd_0Lkk

 

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: