Skip to content

Tips Menuntut ILMU Dalam Kesibukan

Jun 7, 2012

Al Imam Al Syafie rahimahullah memberikan beberapa petua untuk kita menuntut ilmu dalam syairnya yang masyhur. Beliau berkata,

“Tidak akan dapat seseorang itu memiliki ilmu kecuali dengan 6 perkara” (Diwan Asy-Syafi’i)

Antara perkara yang beliau sebut adalah kemahuan yang tinggi dan bersunggung-sungguh. Jika di dalam hati kita tidak ada keinginan untuk menambah baik penguasaan ilmu kita, maka mana mungkin kita akan bersunggung-sungguh dalam menuntut ilmu. Kata beliau lagi, dalam kita menuntut ilmu, kita perlu mempunyai sesuatu seperti sumber kewangan untuk kita bergerak mencari ilmu.

Pada zaman dahulu banyak ulama yang cekal dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu; Imam Abu Hatim Ar-Razi rahimahullah, seorang ulama yang terkenal. Beliau bermusafir mencari ilmu dengan menjual selipar untuk mendapatkan wang.

Kesungguhan Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hambal pula melakukan safar (perjalanan) untuk bertemu Imam Abdul Razak Hassan Ali. Ketika itu Imam Ahmad berada di Banghdad manakala Imam Abdul Razak Hassan Ali berada di Yaman. Diriwayatkan beliau hanya berjalan kaki, dan ketika dipertengahan jalan duitnya habis. Untuk mendapatkan duit beliau bekerja selama sebulan. Setelah mendapatkan duit yang cukup barulah beliau menyambung semula perjalanan sehinggalah beliau bertemu dengan Imam Abdul Razak Hassan Ali.

Jadi bermulanya kemahuan yang tinggi dan bersungguh-sungguh serta membawa sumber kewangan yang cukup. Kemudian kata Imam Syafie, ianya memerlukan masa yang panjang. Ilmu ini tidak boleh dipelajari dengan segera tetapi memerlukan masa dan berperingkat. Jangan letakkan ilmu itu dengan had masa. Pada zaman dahulu Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya ketika beliau sentiasa membawa pen dan dakwat kemana sahaja beliau berada, “sampai bila kamu hendak berada dalam keadaan seperti ini wahai Imam Ahmad?”

Kata beliau, “aku akan terus bersama dengan pen dan dakwat ini aku akan menuju ke kubur”. Maksudnya beliau akan membawa pen dan dakwat itu sampai ke liang lahat. Walaupun ada hadis yang disandarkan kepada nabi katanya, tuntutlah ilmu daripada buayan sehinggalah ke liang lahat. Hadis ini adalah hadis yang lemah. Ini menunjukkan ilmu tidak terikat dengan usia. Jangan bimbang walaupun kita sudah berusia dan tidak berdaya, ianya tidak boleh dijadikan satu alasan untuk kita berkata, “aku tidak mahu menuntut ilmu kerana aku sudah tua dan uzur”. Tiada alasan untuk semua itu. Ilmu kita perlu sentiasa menanam kesungguhan dan kemahuan yang tinggi.

Begitu juga melazimi ilmuan-ilmuan seperti selalu mendampingi ustaz. Maksud melazimi ulama ialah kita mengambil manfaat dari ilmu yang diberi olehnya. Banyakkan bertanya untuk menyelesaikan permasalahan kita. Selain itu melazimi ulama juga bermaksud membantu dan mendekati mereka sebagaimana Imam Ahmad bin Hambal melazimi Imam Syafie.

Seperti mana juga dengan Imam Muslim, ketika mana Imam Bukhari turun ke Naisabur, Parsi, orang yang menjadi qarin (peneman) kepada Imam Bukahri rahimahullah adalah Imam Muslim. Manakala yang menjadi peneman kepada Imam Abdul Ghani Al Maqdisi adalah Imam Ibn Qudamah. Mereka berjalan berdua untuk menuntut ilmu. Cuma Imam Ibn Qudamah, beliau menguasai ilmu fiqh manakala Imam Abdul Ghani Al-Maqdisi menguasai ilmu hadis.

Jadi mereka semua berteman, melazimi sesama mereka. Mereka berkongsi ilmu sesama sendiri. Inilah gambaran kesungguhan mereka menuntut ilmu yang disebut oleh Imam Syafie rahimahullah dan apakah cara untuk meminimakan dalam kesibukan masa.

Perkara ini adalah subjektif yang bergantung kepada kemampuan seseorang. Tidak perlu membuat had masa sesuatu pengajian kerana apabila kita meletakkan ianya pada had masa tertentu, kita takut masa yang kita tetapkan mempunyai perkara lain yang perlu kita selesaikan. Maka masa itu tadi telah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ilmu. Jadi cara untuk mengatasinya kita ambil satu buku dan berniat untuk mesti membaca dalam 5 mukasurat pada hari ini. Jangan terlalu tamak seperti kata Nabi S.A.W di dalam hadis sabdanya bermaksud;

“Bagi setiap amalan itu mesti ada masa semangatnya dan setiap masa semangat mesti ada masa turunnya.” (riwayat al-Bazzar)

Tetapi ada juga ketika masa semangatnya sebuk dengan membeli kitab-kitab tanpa membacanya. Oleh itu untuk membeli kitab, kita cuma perlu membeli kitab-kitab yang kita hendak baca dan ada kaitan dengan kajian kita. Melainkan orang tersebut mempunyai pengkhususan seperti pengkhususan fiqh. Salah satu sumber rujukan dia adalah kita, maka dia perlulah membelinya pelbagai kitab-kitab yang menyentuh tentang fiqh.

Jika kita hendak beramal dan untuk memahami agama, memadai jika kita membeli buku yang kita ingin pelajari, barulah ianya memberi kesan dan manfaat kepada diri kita.

http://www.youtube.com/watch?v=dxk6cCbK2gs

From → Ilmu & Fatwa

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: