Skip to content

Benarkah perpecahan umat berpunca dari pemimpin?

Jun 10, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Benarkah perpecahan umat hari ini berpunca daripada pemimpin?

Tanggungjawab rakyat kepada pemimpin

Sebelum kita memperkatakan tentang pemimpin, kita perlu bercakap tentang rakyat dan tentang tanggungjawap kita kepada pemimpin. Saya tidak katakan di sini bahawa pemimpin tidak punya bertanggungjawap tetapi kita perlu bercakap tentang tanggungjawap kita terlebih dahulu kerana kata Allah SWT, firmannya bermaksud: 

“Telah berleluasa kerosakan di  daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia,untuk Allah mengkehendaki agar mereka merasai sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,mudah-mudahan mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”(surah ar-Rum, ayat 41)

Pada zaman pemerintahan Ali Bin Abi Talib r.a, orang bertanya kepada Ali, ‘Wahai Ali bin Abi Talib mengapa di zaman engkau banyak perpecahan, pembunuhan, pergaduhan dan perselisihan?’ Mengapa di zaman Abu Bakar dan di zaman Omar tidak berlakunya perkara seperti itu sedangkan dizaman engkau banyak?’.

Ali bin Abi Talib menjawab, ‘Dahulu di zaman Abu Bakar dan Omar, rakyatnya adalah orang seperti aku, tetapi di zaman aku rakyatnya seperti kalian’. (lihat: Syarah Riyadus Solihin, Syaikh Ibn Uthaimin)

Apakah maksud Ali Bin Abi Talib? Ini adalah satu muhasabah kepada rakyat dan kepada kita semua. Kita tidak boleh sering melihat kesalahan pemimpin tetapi lihatlah kesalahan kita terlebih dahulu. Ini adalah muhasabah yang Islam ajar, yang Nabi kita ajar dan yang Allah SWT didik. Ini adalah satu perkara tentang tanggungjawap rakyat.

Tanggungjawab pemimpin kepada rakyat

Perkara kedua ialah Islam jelaskan tentang tanggungjawap pemimpin. Allah jelaskan di dalam Al Quran firmannya:

“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau lantik menjadi pemimpin adalah orang yang kuat lagi amanah” (surah Al-Qashash, ayat 26)

Jika dilihat di dalam hadis Nabi SAW, dari sahabat Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya; 

“ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”(riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Ini menggegarkan pemimpin, memberi satu kata yang menyebabkan jiwa pemimpin yang beriman, mereka takutkan Allah SWT. Akan tetapi sebahagian daripada mereka, apabila kita bercakap tentang soal perpaduan adalah asas, perpaduan atas asas akidah, perpaduan atas dasar tauhid khusus bagi umat Islam, mereka tidak mahu bersatu padu, tidak mahu berbincang tentang soal perpaduan.

Tuntutan mesyuarat atau berbincang

Di mana-mana parti apabila diajak berbicara mereka tidak mahu berbicara tentang isu seperti perpaduan, berbincang tentang asas-asas dan prinsip-prinsip untuk menyatu padukan umat Islam dan kita bercakap secara kontek realiti negara kita pada hari ini, orang-orang melayu secara khususnya dan bangsa-bangsa lain menjaga hak-hak mereka, menghormati mereka dan menjaga hak-hak yang telah ditetapkan. Mereka tidak mahu duduk bersama-sama membincangkan hal tersebut.

Sedang di dalam peperangan Uhud, Nabi  mengumpulkan para sahabat r.a untuk berbincang tentang strategi peperangan. Jika hendak mengikut autoriti beliau sebagai Nabi, beliau boleh membuat keputusan sesuka hatinya. Contohnya Nabi bertanya kepada para sahabat, “di manakah peperangan akan dilakukan samada di dalam Madinah atau di luar Madinah?’.

Nabi sendiri memberi cadangan katanya, “Aku cadangkan agar kita berperang di dalam Madinah kerana kita lebih mengetahui selok-belok jalan di dalam Madinah.”

Tetapi kata para sahabat, ‘kami tidak mahu ya Rasulullah, kami hendak berperang di luar bandar Madinah kerana kami hendak member fokus kepada peperangan, kami tidak mahu apabila di dalam peperangan kami terfikir tentang anak-anak kami, tanaman-tanaman, ternakan-ternakan, rumah, harta benda dan sebagainya’. Nabi berkata, ‘ baiklah tiada masalah, aku setuju dengan keputusan kalian’. (lihat: Sahih Sirah Nabawiyah, Dr . Akram Dhiya’ al-Umuri)

Inilah yang paling penting dan diperintahkan kalian agar berbincang. Jadi jika orang yang cintakan perpaduan atas asas dan prinsip Islam,agama dan tauhid kita, maka kita sudah pasti membuka ruang untuk berbincang, berdailog dengan cara harmoni. Kita bincangkan tentang kekurangan, jadi tolong berikan cadangan dan altenatif untuk jalan penyelesaian.

http://www.youtube.com/watch?v=ExJjZBqC91M

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: