Skip to content

K-pop, dosa dan taubat

Jun 13, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Isu K-Pop, isu tarian dengan penari yang berpakaian seksi tidak kiralah siapa yang menganjurkan acara sebegitu hukumnya tetap salah. Jika ia dianjurkan oleh UMNO maka UMNO bersalah, jika dianjur oleh mana-mana kementerian atau parti tertentu maka ia tetap salah di dalam Islam.

Bahkan disanaseolah-olah wujud diskriminasi. Penyanyi tempatan dilarang berpakaian seksi tetapi penyanyi luar dibenarkan. Bukanlah kita mengatakan ia tidak adil kerana hanya artis luar diberi kebebasan berpakaian, tetapi yang dimaksudkan adalah setiap peraturan yang ditetapkan hendaklah berlandaskan dasar Islam, bukan dibuat secara diskriminasi, bukan pula atas dasar penyanyi barat atau melayu atau sebagainya.

Bercakaplah atas nama Islam. Semaklah adakah Islam membenarkan atau tidak, Islam mengatakan ia halal atau haram. Jika Islam mengatakan haram, maka haramlah hukumnya. Tidak boleh kita menghalalkan. Mengapa di dalam bab pemilihan pakaian, kasut, peralatan atau di dalam memilih makanan khususnya kita menubuhkan badan hub-halal. Kenapa wujud hub-halal adalah kerana kita hendak memilih makanan halal sahaja masuk ke dalam perut kita. Begitu jugalah sepatutnya dengan mata, kita mestilah hiasi pandangan mata kita dengan melihat yang halal sahaja. Kata Nabi yang bermaksud;

“Kedua mata itu berzina, zinanya adalah dengan melihat.”(riwayat Imam al-Bukhari)

Jadi pihak yang menguruskan dan menganjurkan apa-apa jenis program tidak kiralah siapa mesti menghalang dan mengelakkan perkara-perkara seperti ini daripada berlaku. Tetapi jika masalah ini dilihat dengan pandangan politik, orang akan berkata ini semua salah UMNO.

Di negeri sebelah Timur, mereka ada penyanyi K-Pop mereka juga. Minta maaf saya sebut, di negeri Kelantan sendiri terdapat penyanyi K-Pop mereka yang berpakaian seksi, mereka ada kumpulan mereka sendiri. Saya sendiri terkejut ketika pertama kali mengetahuinya. Lagu-lagu berbahasa kelantan mereka nyanyikan seperti lagu dangdut atau rentak apa yang saya tidak tahu. Pakaian mereka juga teruk. Kenapa tiada siapa yang menjawab bab ini. Adakah kerana kepentingan politik kalian menghentam isu himpunan jutaan belia dan isu ini kalian diamkan tidak bercakap? Yang itu haram, yang ini pun haram. Tidak ada perbezaan haramnya.

Mungkin ada yang berkata di Kelantan isu kecil dan yang di Putrajaya lebih besar. Bab besar atau kecil Allah SWT yang tentukan. Soalnya adalah perbuatan dan kesalahan yang sama, mendedahkan aurat, seksi, tunjuk tubuh badan yang menggiurkan, bercampur lelaki dan perempuan. Sama hukumnya. Tetapi apabila datang kepentingan politik, mana yang partinya buruk dia akan diamkan dan tutupkan. Mana yang partinya betul dan benar maka dia akan angkat habis-habisan.

Apabila kita tidak bersetuju dengan sesuatu institusi kerajaan, tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, tidak bersetuju dengan UMNO, janganlah kita menghukum kesalahannya itu secara pukul rata. Seolah-olah mereka ini menolak Islam, membenci Islam, seolah-olah menzalimi rakyat secara mutlak dan semua hal berkaitan mereka tidak betul.

Kita tidak boleh bersikap demikian. Begitu juga jika ada yang tidak bersetuju dengan PAS. Tidak boleh mengatakan PAS sesat semuanya, tidak ada satu pun yang betul. Tidak bersetuju dengan si fulan, maka dia ini semua tidak betul. Itu bukan cara Islam, ini menunjukkan kita tidak menyelesaikan permasalahan dengan menggunakan wahyu tetapi menyelesaikannya dengan kepentingan-kepentingan politik. Di mana letaknya firman Allah SWT, maksudnya:

“…maka sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu urusan, kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya).” (surah An-Nisaa, 4: 59)

Manusia tiada yang sempurna. Apabila Nabi SAW menyebutkan di dalam hadis, maksudnya:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (riwayat Imam al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Apabila setiap anak Adam pasti berbuat salah, kemudian anak-anak Adam ini berkumpul dan menubuhkan parti maka pastilah parti itu ada kekurangan kerana setiap individu di dalamnya pasti melakukan kesalahan.

Sebaik-baik orang yang buat salah adalah orang yang bertaubat. Mereka sudah meminta maaf isu K-Pop jadi maafkanlah, sudahlah. Yang meminta maaf pula janganlah mengulangi kesalahan tersebut dan kemudian meminta maaf lagi. Jangan ulangi kesalahan, perkara dan perbuatan tersebut. Jadi kita kena berhukum secara adil, atau kita tidak dikategorikan mempraktikkan hukum Islam dalam diri kita.

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah pernah mengungkapkan perkataan yang sangat indah, maksudnya:

تحكم دولة الإسلامية في بيوتكم تحكم علي أرضكم

“Kamu berhukum dengan hukum Allah dalam rumah kamu nescaya hukum Allah itu akan tertegak di atas bumi kamu.”

Sekiranya kamu menegakkan hukum Allah di dalam rumah kamu nescaya hukum Allah itu akan tertegak di dalam negara kamu. Kita sibuk memikirkan hendak membetulkan negara tetapi anak isteri sendiri kita tidak peduli, kita sendiri perihal solat berjamaah dan azan berkumandang pun buat tidak tahu, jadi bagaimana kita hendak tegakkan negara Islam dan hukum Allah SWT? Tidak payah sembang, muhasabah diri. Sebab itulah penyelesaian wahyunya menurut Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)

Adil itu lebih dekat dengan takwa. Adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itulah yang Islam ajarkan.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=UXahi4q7yac

 

2 Komen
  1. Ust, mohon pandangan bagi komentar ini yang saya copy paste : http://www.facebook.com/hafizi5321/posts/4206253596355?comment_id=5017422&notif_t=comment_mention

    Saya nak jawab sikit pasal ni, Untuk Pengetahuan Ustaz Fathul Bari, K-Pop didatangkan oleh Kerajaan Malaysia dan dihidangkan dlm Program Anjuran Kerajaan Malaysia, Dangdut Kelantan ini bukan dianjurkan Kerajaan Negeri, bahkan langsung tidak dalam pengetahuan Kerajaan. Ia dirakamkan entah di mana, dan bukan dengan izin dan permit oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

    Dan yang kedua, Soal Penerbitan Bahan seperti ini, VCD, DVD adalah di bawah kelulusan Kementerian Dalam Negeri, MPKB-BRI tidak ada kuasa untuk merampas sbb ia di luar Bidang Kuasa. Bahkan untuk mengarahkan ia di tidak dipasang oleh MPKB-BRI tidak ada kuasa, yang mampu ialah Menasihati Supaya tidak dipasang keranan Kandungannya Erotik (beransur lucah).

    Jadi, Ustaz Fathul Bari kaji dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan Kerajaan Negeri Kelantan mendiamkan perkara ini. Untuk pengetahuan Ustaz Fathul Bari, Penguatkuasa MPKB-BRI telah menjalankan tugas mereka dengan menasihati supaya tidak dipasang secara terbuka, untuk merampasnya adalah di luar Bidang Kuasa kerana ia adalah di bawah Bidang Kuasa Kementerian Dalam Negeri yang meluluskannya. Jadi, sila Tolong tegur Menteri UMNO yang jaga KDN kerana luluskan Benda2 ini termasuklah Majalah2 seperti Mangga, URTV dan sebagainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: