Skip to content

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi hadahullah

Jun 14, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya 

Soalan:

Anwar Ibrahim merujuk kepada Yusuf Al-Qaradhawi. Maka ada yang mengatakan sesiapa yang menghina Anwar jatuh berdosa besar, kata Yusuf Qaradhawi. Siapa itu Yusuf  Qaradhawi, bolehkah PM ataupun tuan bawa Yusuf Qaradhawi dan terangkan siapa itu Anwar.

Jawapan:

Soalan yang terakhir tentang isu Qaradhawi, isu yang menarik. Saya menonton ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di mana beliau mengangkat buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam ceramahnya dan berkata, “Ini buku siapa ini, ini buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ini ulama! Lihat apa yang beliau tulis tentang saya.” Beliau pun membukanya, kemudian beliau membacakan, “Kepada saudaraku yang dikasihi, pemimpin.”

Itu antara yang saya ingat daripada ceramahnya, kalau ada tertambah terlebih saya minta maaf tetapi itulah yang saya ingat. Boleh semak semula dan betulkan jika saya tersalah.

Buku Al-Qaradhawi ini dibawa ke merata tempat. Dr Yusuf Al-Qaradhawi seorang yang terkenal dan popular, dikategorikan sebagai tokoh pada masa kini, pendapat dan pandangannya disebar meluas dan dimanfaatkan. Tetapi disanaada beberapa permasalahan yang berkait rapat dengan isu-isu prinsip. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berasal daripada gerakan Ikhwanul Muslimin walaupun pada masa sama beliau banyak tidak bersetuju dengan penulisan-penulisan Sayyid Quthb yang juga seorang penggerak gerakan Ikhwanul Muslimin yang sekarang ini menang di Mesir.

Yusuf Al-Qaradhawi banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam isu-isu kenegaraan yang selari dengan Ikhwanul Muslimin, antaranya membolehkan demonstrasi menjatuhkan kerajaan, sesiapa yang terlibat dalam pengeboman berani mati dikategorikan mati syahid, siapa yang terlibat dalam demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir dan mati maka dia mati syahid. Darah Muammar Qaddzafi halal. Itu antara fatwa-fatwa beliau. Walaupun Muammar Qaddzafi ini sudah dikategorikan sebagai kafir oleh ulama-ulama timur tengah kerana isu akidahnya yakni isu kitab hijaunya yang dianggap lebih tinggi daripada Al-Quranul Karim dan isu-isu ibadah lain di mana amal ibadah harian dianggap ibadah simbolik olehnya, tetapi memfatwakan halal darahnya merupakan satu fatwa yang serius, sebab ia boleh membawa kepada sebarang penilaian oleh orang-orang yang tidak faham dan apabila mereka melihat pemimpin yang bersikap seperti Muammar maka halal darahnya (boleh dibunuh).

Impak Fatwa

Ini impak fatwa, jadi orang yang hendak mengeluarkan fatwa perlu berhati-hati. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa sedemikian, demonstrasi boleh dan siapa mati dalam demonstrasi mati syahid, sedangkan beliau duduk di mana? Adakah beliau pergi berdemonstrasi? Beliau duduk diQatar, tempat cantik, indah, selesa, tiada siapa yang mengganggunya. Beliau mengeluarkan fatwa sedangkan rakyat Mesir berkelahi sesama sendiri, rakyatLibya,Syriahabis berperang.

Qaradhawi dan Qatar 

Apakah demonstrasi yang dibuat di Qatar, yang ada ialah demonstrasi mengutukIsrael, yang itu seluruh dunia buat. Qatar menang dalam bidaan untuk penganjuran Piala Dunia yang akan datang. Di mana suara Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kepada negara yang kaya lalu melabur kekayaannya untuk menganjurkan piala dunia? Negara yang kaya seperti ini sepatutnya memikirkan dan menggunakan kekayaannya untuk memajukan dan mengangkat kedudukan Islam.

Tetapi mengapa di dalam hal itu beliau berceramah mengucapkan kata-kata yang baik dan puji-pujian kepada negaranya kerana menang penganjuran Piala Dunia. Ini tidak kena. Bukan kita menuduh beliau ulama kerajaan ataupun tidak, tetapi perkataan beliau itu dimanfaatkan oleh orang-orang yang terlibat di dalam gerakan.

Yang bagusnya dengan kerajaan kita ini ialah dipanggil Yusuf Al-Qaradhawi datang dan beri anugerah pula kepadanya di siang hari, pada malam hari mereka ini memanfaatkan perkataan-perkataan Al-Qaradhawi ini untuk menaikkan tokoh-tokoh mereka dan menjatuhkan kerajaan sendiri. Kemudian kerajaan kita beri lagi anugerah tokoh Maal Hijrah kepada Dr. Wahbah Az-Zuhaili, seorang tokoh yang berkecenderungan mengharuskan demonstrasi juga. Bagus betul kerajaan kita ini, tokoh yang kerajaan kita beri anugerah dimanfaatkan perkataan-perkataannya oleh orang lain. Tetapi tidak mengapa, itu bukan isu besar.

Isu besarnya ialah ideologi mereka ini. Saya tidak membabitkan fahaman-fahaman fiqh beliau kerana isu-isu fiqah tidak ada masalah jika kita berbeza pendapat. Saya membabitkan fahaman atau ideologi doktrin. Kalau seorang tokoh seperti ini mengeluarkan fatwa, khalayak ramai akan berkata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata harus kita menjatuhkan pemerintah yang zalim. Orang ramai akan menganggap melalui cara apa sekalipun kita boleh menjatuhkan pemerintah kerana Dr. Yusuf kata boleh. Mungkin sebab itu yang jadi sampai unit amal merempuh polis, itu yang boleh terbalik kereta polis, itu yang boleh belasah polis. Amar ma’ruf nahi munkar.

Idelogi Ikhwanul Muslimin

Dari mana datangnya pemikiran dan ideologi seperti ini? Dalam isu dan keadaan seperti ini, saya kira Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mungkin ada pendirian beliau sendiri, dan pendirian beliau lebih cenderung kepada gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) yang menganjurkan demonstrasi dan sebagainya yang mana zaman berzaman mereka ini memberontak dan menjatuhkan pemerintah yang sah. Itu memang ciri gerakan Muslim Brotherhood sejak daripada dahulu.

Sebab itulah kita perlu mengenalpasti ulama-ulama Islam di Jordan,Syria, Saudi, Yaman, Lubnan di mana mereka ini menyeru manusia mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf. Mereka bukanlah ulama yang membenarkan setiap perbuatan pemimpin, tetapi mereka bukan juga pemberontak. Itu yang paling penting. Mereka menjelaskan kepada masyarakat kaedah yang benar dalam menasihati pemimpin dan membetulkan kemungkaran, dan menerangkan kaedah yang benar dalam menyeru kepada kebenaran. Ulama-ulama begini yang kita perlukan.

Hubungan UMNO dan institusi Islam 

Kerajaan tidak boleh menyerahkan semua urusan agama kepada JAKIM sahaja. UMNO sendiri perlu buktikan, di mana hubungan UMNO dengan gerakan-gerakan Islam di luarsana? Di mana hubungan UMNO dengan ulama-ulama besar Islam di luarsana? Buktikan bahawa UMNO mempunyai penasihat di kalangan ulama Timur Tengah.

Sekarang ini mereka menjual nama ulama itu dengan mudah, bawa buku sahaja. Orang ramai tahu atau tidak isi kandungan buku tersebut? Jadi kita perlu buktikan, kita perlu berubah, kita perlu lakukan transformasi. Perdana Menteri kita seronok melakukan transformasi, kita tambahlah lagi dengan melakukan transformasi terhadap Islam. Agama di negara kita perlu kepada pemulihan, pembetulan dan pembaikan.

Ambillah nasihat para ulama kerana mereka memberikan nasihat dengan ikhlas, bukan ada kepentingan. Bukan ulama yang di negara lain mereka cakap lain sampai berkelahi dan musnah negara orang, tetapi apabila di negara sendiri bercakap lain pula. Ulama seperti ini tidak konsisten dan membawa pendekatan ideologi khawarij.

Syaikh Rabee’ bin Haadi al-Madkhali

Saya pernah berjumpa dengan seorang ulama besar, Syaikh Rabee’ Ibn Haadi Al-Madkhali. Golongan-golongan seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan golongan gerakan Muslim Brotherhood memang cukup panas punggung dengan beliau, tidak boleh mendengar namanya kerana perkataan-perkataannya tentang gerakan mereka itu tegas. Beliau mengatakan dengan jelas bahawa mereka menentang pemerintah yang sah.

Syaikh Rabee’ Al-Madkhali tidak mendapat apa-apa habuan daripada pemerintah, tidak ada habuan duit, harta rumah atau sebagainya, beliau hanya memakai stokin buruk, tinggal di rumah buruk dipenuhi dengan kitab dan masanya diisi dengan menulis kitab sahaja. Umurnya sudah lebih 80. Tiada apa-apa keistimewaan yang diberi kerajaan kepadanya, tetapi beliau bercakap ikhlas kerana Allah SWT.

Pengikut-pengikut Muslim Brotherhood cukup takut dengan beliau, mengatakan beliau menyesatkan mereka. Bagaimana tidak dikatakan ideologi yang mereka bawakan itu membawa kepada khawarij, mereka mengkafirkan manusia, mengkafirkan pemerintah yang bermaksiat atau zalim, menolak pemerintah yang sah, tidak mentaati pemerintah yang sah dalam hal-hal yang baik, membongkarkan keaiban pemerintah di khalayak umum. Ini memang ciri-ciri dan ideologi khawarij zaman berzaman, yang disebut oleh Nabi SAW dan para sahabat RA.

Jadi Syaikh Rabee memegang saya dan berkata, “Fathul Bari, taatilah pemimpin kamu dalam hal-hal yang makruf (kebaikan), dan sekiranya kamu melihat mereka melakukan kemungkaran dan kesalahan, tegurlah mereka mengikut petunjuk Nubuwwah (kaedah Nabi).”

Adakah Nabi mengajar kita berdemonstrasi? Yang paling layak berdemonstrasi sebenarnya adalah Nabi kerana yang paling teruk dizalimi adalah Nabi SAW. Nabi SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling teruk mendapat ujian?” Sahabat tidak tahu. Nabi berkata para Nabi yang paling teruk mendapat ujian. Jadi kenapa Nabi SAW tidak pernah berdemonstrasi? Ini menunjukkan demonstrasi bukanlah cara penyelesaian masalah.

Jadi ulama-ulama sebegini yang perlu kita dapatkan pandangan dan nasihat mereka. Mereka bukan inginkan populariti, bukan inginkan kenyataan-kenyataan disiarkan di dada-dada akhbar, CNN, BBC, atau Al-Jazeera, mereka tidak menginginkan sedemikian rupa. Mereka ingin memberikan pandangan yang ikhlas kerana Allah SWT untuk sama-sama kita kongsi dan manfaatkan.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

UFB – Sikit-sikit Yusuf al-Qardhawi

http://www.youtube.com/watch?v=eiZvlx7w-xo&feature=plcp

 

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: