Skip to content

Hukum menikah dengan penganut Syiah

Jun 15, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Apakah hukum berkahwin dengan seseorang yang telah mengaku sebagai pengikut atau penganut agama Syiah? 

Pendapat Imam As-Syafie dan Imam Al-Bukhari berkenaan tentang berkomunikasi dan berinteraksi dengan puak-puak Syiah;

Dari Yunus bin Abdil A’la, beliau berkata: “Saya telah mendengar Imam Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: “Syiah itu Kelompok terjelek.” (Manaqib Imam as-Syafii oleh Imam Baihaqi, Juz 2:486) 

“Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi palsu dari Syi’ah Rafidhah”. (Adâbus Syâfi’i, hlm. 187, al Manaqib as Syafi’i oleh Imam Baihaqi, Juz 1: 468, Sunan al Kubrâ, Juz 10:208)

Imam Bukhari berkata : “Bagi saya sama saja, apakah aku solat dibelakang Imam yang beraliran JAHM atau Rafidhah (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seseorang Muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh berkahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka. (Imam Bukhari / Khalgul Afail, halaman 125).

Haram nikah dengan Syiah

Kebanyakan Syiah pada hari ini kecenderungannya adalah Rofidah iaitu Imam 12. Rofidah yang menolak sahabat-sahabat Nabi, yang merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi r.a dan yang mengkafirkan para sahabat Nabi. Jadi apabila ada orang yang berani mengaku bahawa dia adalah pengikut Syiah, maka kita kembali kepada fatwa Imam As-Syafie dan Imam Al-Bukhari iaitu haram berkahwin dengan mereka, haram memakan sembelihan mereka, haram memberi salam kepada mereka dan sebagainya.

Jadi bagi sesiapa yang ingin berkahwin, mereka perlu ingat dan mengatahui sekiranya bakal suaminya telah mengaku dia adalah Syiah, maka mengelakkan diri serta membatalkan usaha untuk berkahwin adalah lebih baik daripada berkahwin. Hukum hakam kahwin kita menggunakan hadis para sahabat Nabi sedangkan kalian mengkafirkan sahabat Nabi. Bahayanya puak-puak Syiah ini apabila dia mempunyai pegangan agama dan akidahnya, ianya ‘taqyyiah’ iaitu menyembunyikan hakikat sebenar pegangan mereka dan menampilkan sesuatu yang dilihat bersesuaian dengan masyarakat setempat.

Merekalah yang paling benci dan dengki akan ahli sunnah. Mereka akan membuat apa sahaja untuk merendah-rendahkan dan menghina ahli sunnah.

Contohnya apa yang telah berlaku di Syria, di Bahrin, di Yaman terbunuh seorang pelajar Malaysia, di Saudi dan sebagainya adalah angkara Syiah. Begitu juga diMalaysia, mereka menular masuk ke parti politik tertentu. Oleh itu semua parti politik perlu berhati-hati kerana apabila mereka mempunyai peluang di dalam mana-mana parti politik mereka akan masuk beramai-ramai. Jadi ahli dan parti politik perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar mereka dapat mengawal parti mereka daripada menjadi sarang dan tempat puak-puak Syiah.

Jadi sewajarnya kita perlu mengelak berkahwin dengan puak-puak Syiah. Bagi wanita, dia merupakan suatu kewajipan untuk dia menolak. Jika lelaki ahli sunnah, isterinya ahli Syiah, boleh di tahan kira kerana perempuan itu akan berpegang di atas pegangan agama suaminya tetapi jika suaminya tolol dan lembut, maka haram bagi wanita Syiah untuk berkahwin dengannya kerana ianya tidak menjadikan manfaat kepada wanita.

Walaupun pada hakikatnya Islam mengharuskan seseorang itu mengahwini wanita-wanita daripada ahlul kitab, daripada Yahudi dan Nasrani. Tetapi bolehkah wanita muslimah mengahwini lelaki Yahudi ataupun kristian? Para ahli ilmu bersepakat menyatakan bahawa ianya tidak boleh sama sekali.

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

3 Komen
  1. Ummu permalink

    Bagaimana pula hukum solat di belakang imam yang syiah? solat sendiri @ solat berjemaah bersama imam tersebut?

    Jazakallah khairan jaza’

  2. Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh,

    Jelas syiah telah terkeluar daripada Islam maka jangan shalat di belakang mereka. Shalatlah di belakang ahlus sunnah.

    عن البويطي يقول: سألت الشافعي: أصلي خلف الرافضي ؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ….

    Dari Al-Buwaithiy (murid Imam Asy Syafi’i) dia berkata, “Aku bertanya kepada Asy-Syafi’iy, Apakah aku boleh shalat di belakang seorang Rafidhi (pengikut Syiah)?” Beliau menjawab, “Janganlah engkau shalat di belakang seorang Raafidhi, Qadariy, dan Murji’i.” (Siyaru A’lam An-Nubala’, 10:31).

    Imam Bukhari rahimahullah berkata,

    مَا أُبَالِي صَلَّيْتُ خَلْفَ الْجَهْمِيِّ، وَالرَّافِضِيِّ أَمْ صَلَّيْتُ خَلْفَ الْيَهُودِ، وَالنَّصَارَى، وَلا يُسَلَّمُ عَلَيْهِمْ، وَلا يُعَادُونَ، وَلا يُنَاكَحُونَ، وَلا يَشْهَدُونَ، وَلا تُؤْكَلُ ذَبَائِحُهُمْ

    “Sama saja bagiku shalat di belakang Jahmiy dan Raafidhi (pengikut Syiah), atau aku shalat di belakang Yahudi dan Nashrani. Jangan memberikan salam kepada mereka, jangan dijenguk (apabila mereka sakit), jangan dinikahi, jangan disaksikan (jenazah mereka), dan jangan dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil-‘Ibad, 1:39-40).

    Wallaahua’lam.

  3. hamba allah permalink

    assalamualaikum..bagaimanakah status perkahwinan apabila isteri baru mengetahui yang suaminya ahli syiah selepas berkahwin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: