Skip to content

Kedai Rakyat 1Malaysia

Jun 16, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Tadi sewaktu dalam perjalanan ke sini, selepas susur keluar ke Bidor saya ternampak Kedai Rakyat 1 Malaysia. Saya mengajak sahabat saya singgah kerana saya tidak pernah pergi. Keseluruhannya saya dapati harga barang-barang yang ada tanda cop 1Malaysiaharganya murah. Jadi saya pun muhasabah.

Apabila kita tidak bersetuju dengan sesuatu institusi kerajaan, tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, tidak bersetuju dengan UMNO, janganlah kita menghukum kesalahannya itu semua salah. Seolah-olah mereka ini menolak Islam, membenci Islam, seolah-olah menzalimi rakyat secara mutlak dan semua hal berkaitan mereka tidak betul.

Kita tidak boleh bersikap demikian. Begitu juga jika ada yang tidak bersetuju dengan PAS. Tidak boleh mengatakan PAS sesat semua, tidak ada satu pun yang betul. Tidak bersetuju dengan si fulan, maka dia ini semua tidak betul. Itu bukan cara Islam, ini menunjukkan kita tidak menyelesaikan permasalahan dengan menggunakan wahyu tetapi menyelesaikannya dengan kepentingan-kepentingan politik. Di mana letaknya firman Allah SWT, maksudnya:

“…maka sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu urusan, kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya).” (surah An-Nisaa, 4: 59)

Kedai Rakyat 1Malaysia bagus, maka pujilah bagus, kenapa kita hanya mencari kesalahan dan keburukan sahaja. Mengapa kita hanya nampak yang tidak betul sahaja. Manusia tiada yang sempurna. Apabila Nabi SAW menyebutkan di dalam hadis, maksudnya:

“Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (riwayat Imam al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Apabila setiap anak Adam pasti berbuat salah, kemudian anak-anak Adam ini berkumpul dan menubuhkan parti maka pastilah parti itu ada kekurangan kerana setiap individu di dalamnya pasti melakukan kesalahan.

Sebaik-baik orang yang buat salah adalah orang yang bertaubat. Yang meminta maaf pula jangan ulangi lagi kesalahan tersebut dan kemudian minta maaf lagi. Jangan ulangi kesalahan, perkara dan perbuatan tersebut. Jadi kita kena berhukum secara adil, atau kita tidak dikategorikan mempraktikkan hukum Islam dalam diri kita.

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah pernah mengungkapkan perkataan yang sangat indah, maksudnya:

تحكم دولة الإسلامية في بيوتكم تحكم علي أرضكم

“Kamu berhukum dengan hukum Allah dalam rumah kamu nescaya hukum Allah itu akan tertegak di atas bumi kamu.”

Sekiranya kamu menegakkan hukum Allah di dalam rumah kamu nescaya hukum Allah itu akan tertegak di dalam negara kamu. Kita sibuk memikirkan hendak membetulkan negara tetapi anak isteri sendiri kita tidak peduli, kita sendiri perihal solat berjamaah dan azan berkumandang pun buat tidak tahu, jadi bagaimana kita hendak tegakkan negara Islam dan hukum Allah SWT? Tidak payah sembang, muhasabah diri. Sebab itulah penyelesaian wahyunya menurut Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)

Adil itu lebih dekat dengan takwa. Adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itulah yang Islam ajarkan.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=UXahi4q7yac

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: