Lompat ke isi kandungan

Ustaz ikon lawak!

Jun 21, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Saya hendak minta ustaz huraikan tentang pengertian dan kriteria mengenai individu yang mengangkat dirinya sebagai ulama. Pengertian tentang ulama, sebab sekarang ramai sangat individu yang mengaku dirinya ulama tetapi bermain gitar, ada pula yang mengaku ulama tetapi menggelarkan ilmuan Islam sebagai ulama 15 ribu dan macam-macam. Minta ustaz terangkan pengertian ulama.

Jawapan:

Secara adilnya kita tidak ingin menggelar atau menilai orang berdasarkan sijil atau ijazah, sebaliknya kita menilai seseorang itu berdasarkan tahap keilmuannya. Saya bimbang, orang yang bercakap pada hari ini membawa satu gelombang yang besar, impaknya besar. Tetapi adakah impaknya pada ilmu yang dibawa yakni fakta-fakta, ayat-ayat Al Quran, hadis-hadis Nabi berdasarkan penjelasan ulama atau pun impaknya hanya pada lawak jenaka?

Seorang ustaz yang popular yang berbahasa timur, saya mengikuti beliau hampir dua tahun. Saya sendiri mengambil beberapa faedah dan manfaat iaitu cara membuat lawak, sebab saya tidak pandai ceramah buat lawak. Ceramah saya biasanya serius, lebih kepada menjelaskan Al Quran dan hadis Nabi, penjelasan para ulama, kekhilafan atau perselisihan, dan penyelesaian isu. Itu cara saya berceramah.

Saya ditegur oleh beberapa orang sahabat yang menyuruh saya buat lawak sedikit, jadi saya pun belajar sikit-sikit. Antara ikon lawak saya adalah beliau. Saya membuka internet, duduk depan youtube dan tengok bagaimana beliau buat lawak, contohnya cara angkat takbir, bunyi, solat ultraman dan sebagainya. Jadi saya tengok ada cara beliau itu boleh diambil sikit-sikit, tetapi tidak boleh digunakan semua. Apabila kita perhati banyak kali baru kita kenal, banyak maki hamun, kutuk cerca, dengan alasan itu adalah kebiasaan bahasa orang timur. Begitukah?

Ini masalah yang perlu diperbetulkan kerana ia menarik minat. Kita tidak boleh menarik minat orang dengan benda-benda yang membawa kepada keburukan, keruntuhan akhlak, cerca maki. Sebagai ahli ilmu, untuk menyampaikan ilmu atau lawak jenaka sekali pun, kita perlu ada prinsip-prinsip dan etika-etikanya. Tidak boleh secara semberono memaki hamun orang seperti baru-baru ini menyanyi lagu BN GILA.

Ini satu hal yang serius, kita kalau digelar sebagai ilmuan, kita perlu didik masyarakat dengan adab dan etika, tunjukkan sikap dan akhlak yang baik dalam mengkritik pendapat dan pandangan. Jadi sebab itu saya ingin menyeru diri saya sendiri, sahabat-sahabat sekalian dan teman-teman di luar sana, UMNO perlu tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Ini yang perlu kita lakukan.

Moga-moga Allah mengampunkan ustaz tersebut walaupun pelbagai fitnah disebarkannya yang saya anggap sangat mengecewakan sahabat-sahabat kita yang lain. Apabila dia menyebar fitnah, orang sibuk mempertahankannya. Apabila kita menjawab isu, mereka kata kita sokong kerajaan. Memang Ahlus Sunnah Wal Jamaah sentiasa menyokong pemerintah dalam isu-isu yang makruf.

Wallahu-A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=62p9qjFqeyA

Advertisement
One Comment
  1. Wagan Lafeber permalink

    Saya ada tonton vidoe Ustaz Pantai Timur, ada juga kadang kala caci maki, mencela kredibiliti penceramah lain. Ini bukan lah cara Pantai Timur, itu cara dia. Makin seronok dia kerana ramai yang ketawa berdekah dekah. Berlawak ada baik nya kerana ia boleh menarik minat golongan pertengahan. Tapi jauhilah perkataan yang kita sendiri tak nak anak kita sendiri mencontohi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: