SYIAH SESAT – Dakwaan Biadab Puak Syiah Nabi Minum Arak
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Nabi Muhammad SAW tidak pernah meminum arak dan tidak ada hadis menunjukkan bahawa baginda SAW meminum arak. Cuma di dalam Al-Quran ada tiga ayat yang merupakan ayat kontroversi pada ketika itu di mana ia dibahaskan oleh para ulama. Ayat yang dimaksudkan adalah:
Ayat pertama:
“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ‘Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” (surah Al-Baqarah, 2: 219)
Ayat kedua:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dekati solat sedang kamu berada dalam keadaan yang mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu perkatakan.” (surah an-Nisa’, ayat 43)
Ayat ketiga:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.” (surah Al-Maidah, 5: 90)
Ada di kalangan ahli ilmu berpendapat ayat ketiga yang menyatakan arak adalah perkara jijik dan ia adalah amalan syaitan dan perlu dijauhi (surah Al-Maidah, ayat 90) telah membatalkan hukum dua ayat yang sebelumnya yang dibacakan tadi; iaitu pada arak terdapat manfaat dan dosa, juga ayat yang menyebut jauhilah solat ketika kamu berada dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Ia memansuhkan kesemua hukum tersebut.
Reaksi sahabat ketika arak diharamkan
Buktinya ialah hadis Nabi SAW yang menyatakan apabila turunnya ayat tersebut, kendi-kendi arak dipecahkan dalam seluruh bandar Madinah. Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., beliau berkata:
Aku sedang memberi minum para tamu di rumah Abu Thalhah, pada hari khamar diharamkan. Minuman mereka hanyalah arak yang terbuat dari buah kurma. Tiba-tiba terdengar seorang penyeru menyerukan sesuatu.
Abu Thalhah berkata: Keluar dan lihatlah! Aku pun keluar.
Ternyata seorang penyeru sedang mengumumkan: Ketahuilah bahwa khamar telah diharamkan. Arak mengalir di jalan-jalan Madinah.
Abu Thalhah berkata kepadaku: Keluarlah dan tumpahkan arak itu! Lalu aku menumpahkannya (membuangnya).
Orang-orang berkata: Si fulan terbunuh. Si fulan terbunuh. Padahal arak ada dalam perutnya. (Perawi hadis berkata: Aku tidak tahu apakah itu juga termasuk hadis Anas). Lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh karena makanan yang telah mereka makan dahulu, asal mereka bertakwa serta beriman dan mengerjakan amal-amal soleh. (riwayat Imam Muslim, no.3662)
Perbezaan sumber agama Syiah
Apabila kita berhadapan dengan puak syiah kita sebenarnya menghadapi banyak masalah tetapi antara masalah terbesar ialah isu perbezaan sumber agama. Syiah memiliki sumber rujukan mereka sendiri dan mereka menolak hadis-hadis yang digunakan oleh ahlus sunnah wal jamaah serta mengatakan Al-Quran di sisi ahlus sunnah wal jamaah tidak sempurna.
Bahkan Imam Bukhari dikafirkan oleh puak Syiah sehingga Imam Bukhari mati di dalam buangan. Beliau mati di dalam keadaan dibuang daripada negerinya kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Naasibi iaitu orang yang anti dan benci kepada kaum keluarga Nabi.
Mereka tidak menerima kesemua hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari. Cuma baru-baru ini sahaja saya melihat di dalam youtube, seorang Syiah daripada Jordan mengeluarkan dakwaan dengan berkata, ‘Aku memeluk syiah kerana aku membaca Sahih Al-Bukhari, sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa-i, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Muwaththa Malik, Sahih Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah, Mustadrak Al-Hakim, dan kitab-kitab hadis yang lain. Kesemua yang disebutkan ini merupakan kitab-kitab hadis Ahlus Sunnah. Mereka cuba memutar belitkan dan mengelirukan umat Islam secara keseluruhannya.
Padahal asasnya Al Kulaini dan Al Khumaini, imam mereka menolak semua kitab-kitab hadis yang ahli sunnah gunakan. Mereka menggunakan kitab hadis mereka sendiri, yang paling muktabar ialah kitab hadis Al Ghadir dan kitab hadis Usulul Kafi oleh Al-Kulaini. Hadis-hadis yang mereka pegang kesemuanya mereka sandarkan kepada Ja’far As-Shadiq.
Hadis mereka mengatakan Al-Quran yang berada di sisi ahlus sunnah tidak lengkap, Al-Quran yang lengkap adalah Al-Quran milik mereka iaitu mushaf Fathimah yang mengandungi 17,000 ayat. Ini bererti menurut mereka Al-Quran di sisi kita ini hanya sepertiga sahaja dari Al-Quran mereka.
Termasuk keyakinan mereka, imam-imam mereka maksum, bebas daripada dosa dan lebih dekat kepada Allah berbanding Nabi, rasul, dan para malaikat.
Disebabkan sumber agama berbeza, apabila kita membawakan hadis atau ayat Al-Quran dari sumber kita mereka akan membawakan pula hadis-hadis dari sumber imam mereka. Mereka mempermainkan dan memperbodohkan kita dengan menggunakan Ahlul Bait iaitu kaum keluarga Nabi S.A.W sedangkan orang yang paling mencintai Ahlul Bait adalah Ahlus Sunnati wal Jamaah kerana kita mencintai Ahlul Bait seperti mana yang Nabi ajar. Kita tidak keterlaluan dan tidak pula meremehkan.
Seperti isu tadi, di dalam kitab-kitab ahli sunnah semuanya telah ada tetapi mereka menafikan sumber agama kita. Walaubagaimanapun syiah tidak boleh mengalahkan ahlus sunnah kerana ahlus sunnah mempunyai sanad iaitu susun galur periwayatan daripada seorang imam sampai kepada Nabi. Setiap orang yang disebut di dalam rantaian sanad ini dikenal siapa orangnya, bila mereka dilahirkan, tahun berapa mereka mati, siapa muridnya dan siapa gurunya, berapa hadis yang mereka petik daripada setiap negeri yang mereka masuk, semuanya dikumpulkan dengan terperinci.
Jadi syiah apabila melawan dalam bab ini mereka akan tewas kerana mereka tidak mempunyai sanad. Sanad yang mereka ada terdiri daripada pemalsu-pemalsu hadis yang telah dikenalpasti di sisi ahlus sunnah wal jamaah, termasuklah dalam isu yang telah disebutkan tadi.
http://www.youtube.com/watch?v=DMIF8SS3mOk
From → Akidah & Manhaj, Muamalat & Ekonomi
Ayat pertama itu adalah bukti kebenaran dan kebesaran ALLAH S.W.T.
Saya ada membaca/melihat video tentang manfaat arak (untuk lelaki) yang menyumbang kepada kesihatan (jika di ambil pada kuantiti tertentu)
TETAPI UNTUK PARA WANITA ADALAH SANGAT MERBAHAYA WALAUPUN CUMA SEDIKIT.
Saya terlihat dalam video youtube tentang scientist wanita barat membincangkan tentang kajianya dgn arak dan wanita. Hasilnya adalah sangat memudaratkan.
Maha Benar kata kata ALLAH S.W.T. Yang Maha Agung.
perlu diingat keburukan arak jauh lebih menusnahkan daripada kebaikan. fakta ini sangat diakui dan tidak asing bagi non muslim.
Sila research lagi tentang arak dan ayat2 Al Quran tentang arak. Anda akan kagum bahawa TIADA KESALAHAN dalam Al Quran dan segalanya sangat accurate.
syiah…yang pasti mereka kafir…bukan Islam…jgn kaitkan dgn Islam…