Skip to content

Syiah kononnya zuhud

Jun 29, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Masyarakat sekarang menonjolkan pemimpin yang zuhud tetapi pemimpin tersebut Syiah, contohnya seperti Ahmadinejad. Ada pula pemimpin yang sunnah tetapi hidupnya bermewah-mewahan di dalam kekayaan sehingga masyarakat yang kurang memahami agama melihat pemimpin yang bermewah-mewahan ini seolah-olah jauh daripada agama, dilihat memakan duit rakyat, mengambil rasuah dan sebagainya. Minta komen dari ustaz.

Jawapan:

Pertama sekali di dalam membuat perbandingan janganlah membandingkan ayam dengan kerbau. Tidak sama ayam dengan kerbau. Maksud saya ialah cara kita membandingkan atau mengqiaskan sesuatu itu biarlah qias dengan betul, tidak sesuai sekiranya kita hendak membandingkan ahli sunnah dengan Syiah.

Ini sebenarnya merupakan agenda puak-puak Syiah, mereka menggunakan peluang ini untuk mengangkat Iran, Ahmadinejad, tokoh dan agama mereka. Parti-parti politik tertentu perlu berhati-hati, janganlah menggunakan perbandingan-perbandingan sebegini dan mempromosikan orang yang berakidah mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Kalian membawakan hadis mahu melaksanakan hukum Islam, hukum Allah, hukum hudud. Hadis Umar bin Al-Khatthab berkaitan hukum hudud terdapat berapa banyak di dalam kitab-kitab hadis? Puak-puak ini (Syiah) mengkafirkan Umar Al-Khatthab, tolonglah fahami perkara ini, janganlah menerima puak-puak Syiah ini. Walaupun dia menunjukkan sikap zuhud, bukanlah syarat masuk syurga itu zuhud.

Adakah syarat masuk syurga perlu menjadi miskin? Abdurrahman bin Auf, sahabat Nabi yang kaya raya sehingga jika hartanya dihitung jumlahnya beratus juta, setaraf billionnaire pada hari ini. Adakah beliau tidak masuk syurga? (beliau adalah salah seorang sahabat Nabi yang dijamin syurga). Imam Muslim ulama hadis adalah seorang tauke kain, bergaya, memakai pakaian yang bagus. Ulama-ulama lain juga memiliki perniagaan sendiri, kebanyakan mereka adalah peniaga-peniaga dan kaya. Sahabat-sahabat Nabi juga ada yang kaya. Tetapi apabila Allah SWT menyebut “berjihadlah pada jalan Allah SWT dengan harta kamu dan juga dengan jiwa-jiwa kamu” maka mereka ini sanggup mengorbankan harta mereka pada jalan Allah SWT. Tetapi asalnya mereka kaya atau tidak? Kemudian mereka terus kaya atau tidak?

Nabi SAW tidak pernah menyuruh para sahabat mensedekahkan kesemua harta mereka dan kemudian tidak boleh mempunyai harta kembali, Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh mereka kekal dalam keadaan miskin dan hidup dalam kemiskinan.

Jika itulah yang dikatakan zuhud, lihatlah sami-sami budha, mereka tidak pernah memakai pakaian berjenama. Ke mana-mana sahaja mereka memakai kain selempang sahaja. Sami-sami budha itulah contoh-contoh zuhud yang mereka fahami. Ini merupakan salah faham, kita janganlah menggunakan contoh-contoh yang tidak cerdik seperti itu.

Kita menerima anjuran untuk zuhud dan merasa cukup dengan dunia, tetapi kita tidak menolak kekayaan. Jika seseorang itu kaya apa yang patut dia perbuat dengan hartanya? Dia boleh menggunakan hartanya untuk infaq atau sedekah, itu menunjukkan dia zuhud dan merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

Jadi selepas ini, saya menasihati janganlah sesekali menjadikan negara atau tokoh-tokoh Syiah sebagai contoh. Mana-mana sahaja parti politik cukup-cukuplah dan berhentilah dari mengambil contoh daripada Iran atau tokoh Syiah yang lain.

Akidah Syiah

Kita tidak menafikan mungkin ada beberapa perkara yang mereka lakukan itu betul, tetapi cukup-cukuplah mempopularkan mereka. Mereka ini Syiah, akidah mereka bukan akidah Ahli sunnah wal jamaah. Akidah mereka membawa kepada kekufuran, mengkafirkan sahabat Nabi, menolak Quran yang kita gunakan dan mempunyai Quran yang berbeza, dan banyak lagi penyimpangan mereka terhadap akidah.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ini merupakan dakwaan-dakwaan palsu, walhal buktinya telah jelas dari kitab-kitab dan tulisan guru-guru mereka sendiri. Bukti terdapat di dalam kitab mereka sendiri, bukan kitab orang lain, contohnya kitab hadis mereka Ushulul Kaafi, Al-Ghaadir, dan juga tulisan-tulisan Imam mereka Al-Khumaini (Khomeini) yang kontemporari kononnya, yang mengkafirkan secara jelas ummul mukminin Aisyah RA, melaknat Abu Bakar dan Umar RA, malah mereka mengatakan Abu Bakar dan Umar ini berhala. Itu jelas sudah membawa kepada kekufuran, bukan Islam lagi.

Oleh itu janganlah menjadikan mereka sebagai contoh, ambillah contoh negara-negara Islam yang lain, pemerintah-pemerintah Islam yang lain. Kalau sekalipun tiada contoh yang baik pada zaman ini, ambillah contoh pemerintah-pemerintah Islam zaman terdahulu. Permisalan dan contoh itu tidak semestinya berlaku pada realiti kita pada hari ini.

Wallahua’lam.

UFB – syiah kononnya zuhud

http://www.youtube.com/watch?v=BqhWN-5Bd7E&feature=plcp

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: