Skip to content

Adakah DAP itu kafir harbi?

Julai 2, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Adakah DAP kafir harbi?

Jawapan: 

Kita tidak boleh menghukum secara umum. Kewujudan DAP adalah diiktiraf dalam politik semasa iaitu kewujudan mereka terhasil daripada demokrasi dan tidak ada satu kata pengharaman atas kewujudan parti mereka.

Cuma apabila kita pergi kepada pendetilan, sikap-sikap atau halatuju beberapa tokoh-tokoh yang popular di dalam DAP secara terang telah menyerang sensitiviti umat Islam tanpa rasa malu atas nama hak asasi manusia.

Apa yang menghairankan adalah saudara-saudara kita yang beragama Islam dan berpenampilan seorang muslim hanya berdiam diri. Mungkin paling jauh mereka akan mengatakan kami tidak bersetuju dan itu pandangan mereka, setakat itu sahaja. Tetapi kalau ada di kalangan pemimpin kerajaan yang menyebut beberapa perkataan yang tidak sehaluan, mereka mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam dan sebagainya.

Ini satu ketidak adilan yang berlaku. Mungkin ada kita mendengar teman-teman kita mengatakan DAP adalah kafir harbi. Tidak, sebab komunikasi dan interaksi dengan kafir harbi berbeza dalam Islam. Antaranya, hendaklah menyempitkan laluan dan jalan mereka, jangan berkomunikasi dengan mereka, susahkan kehidupan mereka, jangan bermuamalah dengan mereka, mereka boleh diperangi, dibunuh, dan sebagainya. Itu hukum ke atas kafir harbi.

Jadi kita jangan mengwar-warkan perkara ini dengan melabel mereka. Cuma ciri-ciri mereka, seperti juga yang Nabi sebutkan di dalam hadis tentang ciri-ciri munafiq,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya: “Tanda munafik tiga; apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri, dan ketika diberi amanah maka dia ingkar.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Adakah apabila teman kita berjanji dengan kita kemudian dia mungkiri maka kita boleh mengatakan dia munafiq? Tidak, tetapi dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sebab hukum munafiq adalah kafir. Firman Allah di dalam Al Quran,

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu di dalam neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An Nisa: 145)

Tempat mereka adalah di neraka yang paling dalam kerana mereka ini kafir. Abdullah bin Ubay kafir, bukan Islam. Tetapi ciri-ciri munafiq itu ada pada orang Islam. Begitu juga ciri-ciri kafir harbi yang menyusahkan umat Islam, menyerang sensitiviti umat Islam ada pada orang-orang dalam DAP.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

UFB – Adakah DAP Termasuk Dalam Kategori Kafir Harbi..??

http://www.youtube.com/watch?v=eIDPrERpKwk&feature=plcp

Advertisements
2 Komen
  1. mamat permalink

    komen ustaz berkaitan MCA dan MIC, jenis sama ke dgn DAP?

  2. Adie permalink

    Bagaimana dgn MCA dan MIC kini?
    Sedia yg kita maklum Presiden MCA sedang lantang menghina hukum hudud. Hudud sebahagian drpd Islam. Hina hudud = hina Islam.. Hina Islam = Hina Allah..

    Org bkn Islam begitu lantang memperkatakan ttg Islam, umpama dia tahu asas Islam itu.
    Apa pendapat FBMJ??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: