Skip to content

Tagguh haji kerana pilihanraya!

Julai 4, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Tangguh Haji kerana Pilihan Raya

Ada yang mengatakan menangguh haji kerana pilihan raya tidak ada masalah kerana politik ini wajib, pelbagai istilah digunakan. Satu pihak lagi mengatakan tidak boleh tangguh haji kerana haji perlu lebih diutamakan.

Sebenarnya jawapannya mudah sahaja. Pertama ia bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin. Sebab apabila kita bercakap tentang haji dan pilihanraya, pemimpin lebih tahu tentang data orang yang akan melaksanakan haji. Cuba kalau yang berumur 20-an mendaftar haji pada hari ini, pada tahun bila dia boleh pergi? Mungkin 2034, mungkin 2050. Apa yang kita hendak sampaikan di sini adalah pemimpin lebih tahu tentang data dan kuota haji pada setiap tahun.

Kedua, ia perlu dilihat kepada individu yang akan melaksanakan haji. Adakah ia haji kali pertama atau dia sudah pernah melaksanakan haji. Jika sudah maka kewajipannya telah selesai. Nabi melaksanakan ibadah haji hanya sekali. Bahkan secara anggaran kasar contohnya kuota 30 ribu orang yang diberikan kepada Malaysia melaksanakan haji setiap tahun, daripada 30 ribu itu pasti ada orang yang sudah pergi haji. Tetapi dia diberi izin oleh Allah SWT untuk melakukannya sekali lagi. Jadi isu ini sangat subjektif, tidak boleh mengatakan semua harus batalkan haji dan tidak boleh juga mengatakan haram batal haji kerana mendahulukan pilihanraya.

Pemimpin lebih mengetahui keadaan semasa; adakah sesuai atau tidak untuk melaksanakan pilihan raya pada masa-masa tertentu bagi negara-negara demokrasi. Contohnya kalau tarikh pilihan raya dilambatkan dan berlaku rusuhan dalam negaranya atau menimbulkan masalah yang lebih besar maka lebih baik pemimpin melaksanakan pilihanraya pada masa itu. Sebab itu apabila kita hendak berbahas dalam hal agama, permasalahan itu perlu dirincikan supaya orang memahaminya secara jelas.

Wajib mendahulukan haji bagi yang mampu

Bagi orang yang ada kemampuan dan belum pernah melaksanakan haji, dia tidak boleh menangguhkan ibadat haji. Dia mesti pergi haji dahulu. Sebab haji telah dikaitkan secara khusus,

ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا

Maksudnya: Melaksanakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (surah Ali ‘Imran, 3: 97)

Apabila seseorang itu mampu maka tidak ada alasan baginya untuk menangguhkannya. Ada orang mengatakan tidak mampu melaksanakan haji sedangkan kehidupannya mewah. Apabila ditanya mengapa tidak mampu, katanya tidak punya duit, duitnya digunakan untuk tukar tayar BMW berbelas ribu ringgit. Kenapa tukar tayar BMW sedangkan boleh menggunakan tayar yang biasa. Tetapi dia telah mengenepikan kemampuannya untuk kepentingan dunianya. Jadi tindakannya itu salah. Itu sekadar contoh.

Begitu juga bagi pemimpin. Sekiranya dia perlu melaksanakan pilihanraya pada masa itu juga, dan jika dibuat pada masa lain akan mendatangkan fitnah besar, rusuhan, huru hara atau sebagainya maka dia perlu buat pada masa itu. Siapa yang hendak pergi haji pergilah haji. Jadi ia bergantung kepada keadaan dan situasi.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=rL1mTeGWSc4

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: