Skip to content

Ekspo mempromosi Syiah di Kelantan

Julai 5, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Baru-baru ini diadakan di Kelantan satu ekspo perdagangan Islam, dijemput negara-negara seperti Iran yang merupakan penyebar utama fahaman Syiah. Jadi apabila saya melihat gambar-gambar dari ekspo perdagangan tersebut, jelas menunjukkan paparan gambar tokoh-tokoh syiah yang mereka banggakan dan juga peralatan-peralatan yang syiah gunakan termasuk juga batu karbala yang mereka gunakan untuk sujud. Saya bertanya kepada seorang sahabat saya yang juga seorang ustaz tentang hal yang berkaitan, dia menjawab setelah merujuk kepada seorang YB di Kelantan, dan kenyataan ini saya rakamkan di facebook saya, dia menjawab sedangkan kita boleh bekerjasama dengan kafir, cina, apatah lagi dengan Iran. Jadi saya ingin bertanya komen ustaz tentang apa yang dibawa khusus dari Iran dan hanya ditegur oleh Al Imam Al Mursyid yang ada di Kelantan setelah melihat perkara itu. Minta komen ustaz.

Jawapan:

Bismillah.

Tentang isu ekspo kebudayaan, saya kira apabila keluar muka Husam Musa bersalaman dengan Dato Bandar Qom, Iran, saya menghubungi seorang blogger dan meminta beliau menulis sedikit di dalam blognya dan juga saya memberi ulasan di dalam satu ceramah di Kelantan meminta agar program seperti ini diberikan satu perhatian yang serius oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada ketika itu saya difahamkan Ustaz Fadhli Sya’ari, SU kepada TG Nik Aziz telah menyatakan bahawa beliau akan memastikan program seperti ini tidak akan dilaksanakan. Wallahu A’lam, tiba-tiba muncul program yang seperti ini.

Apa yang ada dalam program seperti ini; gambar Nabi SAW, gambar Ali bin Abi Thalib RA, 80% yang ditayangkan adalah unsur-unsur syiah. Nama ekspo – Ekspo Tamadun Islam. Itu bukan Tamadun Islam, itu Ekspo Tamadun Syiah. Dibuat untuk mempopularkan ideologi syiah.

Ini satu perkara yang serius. Bagaimana boleh terlepas? Ini dianjurkan di peringkat negeri Kelantan. Kami mengharapkan pihak kerajaan Negeri Kelantan mengambil tindakan yang serius untuk program-program yang seperti ini.

Ini bukan program yang seperti baru-baru ini; K-Pop atau Bertam Night yang mana budak-budak tadika pun tahu ianya haram. Jelas. Tetapi program yang seperti ini, bagi orang yang tidak ada asas agama mereka akan bertanya apa salahnya? Sebab itu isu-isu yang berkaitan akidah sangat bahaya dan lebih bahaya daripada isu maksiat yang terang dan jelas diketahui kesalahannya.

Sabda Nabi yang bermaksud,

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa menjauhkan diri dari perkara syubhat, dia telah menjaga agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh dalam syubhat, dia akan terperangkap dalam perkara yang haram (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Perkara ini merupakan satu contoh syubhat. Orang tengok seperti tiada masalah. Ini satu hal yang sangat bahaya. Mereka menampilkan unsur-unsur syiah dan unsur-unsur Iran dengan alasan dibolehkan berurusan dan berniaga dengan orang yahudi.

Tanyakan kepada mereka, tanah di Kelantan yang dijual kepada Cina berapa banyak? Berurus niaga dengan cina, india, atau dengan agama mana pun tidak ada masalah. Urus niaga dibolehkan. Nabi berurusniaga dengan orang yahudi. Nabi berurusniaga dengan orang Nasrani, pedagang-pedagang Islam yang terkenal berurusniaga dengan Yahudi, Nasrani dan sebagainya. Tiada masalah untuk berurusniaga.

Sekarang ini apa yang sedang kita bahaskan adalah urusniaga ataupun ekspo tamadun ini yang di sana ada unsur-unsur untuk merosakkan akidah umat Islam. Apabila kita menegur hal ini mereka bawa kepada isu urusniaga dengan Yahudi. Ini masalah cara mereka mengalih isu, agar mereka dapat lari keluar daripada isu tersebut.

Perkara ini adalah strategi orang munafiq zaman berzaman. Lihat apa yang berlaku, peristiwa pertukaran kiblat ketika baginda sampai di Madinah Al Munawwarah. Asalnya kiblat umat Islam di Masjidil Aqsa, apabila sampai di Madinah, orang yahudi mengejek-ejek mereka kerana kiblat sama seperti mereka. Maka Nabi berdoa kepada Allah SWT agar Allah menukar kiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram, dan Allah SWT memperkenankan doa baginda dalam firman-Nya,

قد نرى تقلب وجهك فى السماء فلنولينك قبلة ترضاها فولّ وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولّوا وجوهكم شطره

Maksudnya: “Kami (sering) melihat wajahmu memandang ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.” (surah Al-Baqarah, 2: 144)

Selepas Allah mengalihkan arah kiblat, orang yahudi mengalih kepada isu lain pula, mereka mempertikai pula bagaimana dengan orang-orang yang telah solat menghadap Masjidil Aqsa dahulu. Apa kedudukan orang-orang yang telah mati. Adakah mereka menjadi ahli syurga ataupun mereka menjadi ahli neraka kerana mereka tidak sempat solat menghadap Masjidil Haram?

Itu cara Yahudi. Awalnya mereka membahaskan isu kiblat, apabila selesai isu kiblat mereka mencari-cari isu lain pula. Ini strategi yahudi dan kaum munafiq zaman berzaman.

Jadi kita sudah menjelaskan isu bahaya akidah syiah, mereka mengalih isu itu kepada isu berniaga dengan yahudi. Selesaikanlah isu satu persatu dahulu.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

UFB – Expo SYIAH Di Kelantan

http://www.youtube.com/watch?v=lmgggUfJwmc

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

One Comment
  1. zamsari masrin permalink

    Assalamualaikum Ustaz..
    Setuju cara dan penekanan ustaz yg ringkas tp padat khasnya bagi sesetengah golongan pertengahan dan muda. Syabas ustaz moga perjuangan sentiasa diberkati dan sentiasa mendapat perlindungan Allah swt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: