Skip to content

Yahudi, Nik Aziz, APCO dan Anwar Ibrahim

Julai 7, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Yahudi dan Zionis

Allah swt menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya golongan Yahudi sama sekali tidak akan meredhi orang Islam selama mana orang Islam itu tidak mengikuti mereka. Firman Allah yang bermaksud;

“Dan selama-lamanya tidak akan redha terhadapmu orang Yahudi dan Nasara sehingga kamu mengikut jejak agama mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 122)

Bahkan jika kita lihat penulisan kitab-kitab ajaran Yahudi, mereka tidak mengiktiraf mana-mana bangsa dan agama di atas muka bumi ini selain agama dan bangsa mereka. Yahudi agamanya bersifat bangsa. Jadi tidak boleh kita katakan tiba-tiba ada orang Melayu hendak menjadi Yahudi, itu tidak dibenarkan sama sekali. Bahkan begitu juga jika orang Cina atau India hendak menjadi Yahudi, tidak dibenarkan juga kerana Yahudi merupakan agama yang terikat langsung dengan bangsanya.

Bani Israil merujuk kepada nama Nabi Yaakub. Bani Israil adalah anak-anak Nabi Yaakub as. Allah swt memberikan kelebihan kepada Bani Israil iaitu kelebihan yang sangat banyak. Antara kelebihan yang paling besar ialah mereka adalah bangsa yang paling banyak diutuskan Nabi dan Rasul kepada mereka. Penutup bagi sekalian Nabi dan Rasul ialah Nabi kita Muhammad saw. Akan tetapi setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka, mereka ingkari bahkan ada cubaan membunuh Nabi dan Rasul mereka.

Jika kita lihat apa yang berlaku kepada Nabi Musa as, beliau lari meninggalkan perkampungan dan tempat beliau sendiri semata-mata kerana ditolak dan diugut bunuh oleh bangsa beliau sendiri.

Pada hari ini Yahudi cuba menampilkan diri dengan wajah yang berbeza. Mereka bijak, jika dilihat keturunan mereka, Nabi-Nabi mereka adalah hebat contohnya yang merancang stategi perang iaitu Nabi Daud as. Yang mentadbir alam, mengurus, yang boleh mengarahkan jin, yang boleh mendengar dan memahami percakapan makhluk-makhluk selain daripada manusia iaitu Nabi Sulaiman as.

Pada hari ini mereka berbangga dengan Nabi-Nabi yang sama keturunan dengan mereka tetapi sebenarnya mereka membelakangkan dan mengenepikan petunjuk Nabi-Nabi mereka. Oleh kerana kebijaksanaan yang Allah berikan kepada mereka, mereka mengelabui dan melakukan tipu daya memperdayakan masyarakat dunia.

Pada hari ini mereka menggambarkan Yahudi yang jahat dan kejam adalah Zionis. Yahudi Ortodoks yang mempraktikkan agama dan ajaran Yahudi itu merupakan Yahudi yang (kononnya) tidak mengundang masalah, sama seperti agama-agama lain.

Berkaitan perancangan Yahudi, jika kita buka dan baca di dalam kitab-kitab mereka seperti kitab Taurat dan sebagainya, begitu juga seperti yang Allah swt jelaskan di dalam Al Quran, unsur-unsur zionis sebenarnya telah lama wujud. Bagaimana mereka bangkit menghina Allah swt sehingga Allah mencerca mereka di dalam Al Quran. Mereka mengatakan Allah swt bersifat kedekut kerana tidak menunaikan hajat-hajat mereka.

“Orang-orang Yahudi berkata: Tangan Allah terbelenggu (kedekut).” (surah al-Maidah, ayat 64)

Allah swt menurunkan ayat mencerca perbuatan mereka dan perkataan mereka. Allah swt menjadikan mereka kera dan khinzir, kerana sikap mereka yang tidak taat kepada perintah Allah swt dan Rasulullah saw. Ini dijelaskan dalam ayat yang bermaksud;

“Katakanlah: “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”. (surah al-Maidah, ayat 60)

Ini adalah unsur-unsur zionis suatu ketika dahulu. Kekejaman mereka telah ditonjolkan pada zaman pemerintahan Firaun iaitu bagaimana Firaun mengejar dan percubaan membunuh Nabi Musa as. Cuma mereka menggambarkan pada hari ini yang kejam itu adalah Zionis, manakala yang baik itu adalah mereka.

Yahudi adalah zionis

Ini menyebabkan kita asyik bercakap tentang Zionis sedangkan kita terlupa bahawasanya yang mengatur susun strategi mereka adalah Yahudi yang asal. Media perdana dunia dimiliki Yahudi. Huru-hara yang berlaku di Iraq, di Palestin, gambar-gambar yang mereka tampilkan adalah satu cara mereka memperdayakan dunia.

Mereka menampilkan gambar yang menunjukkan anak-anak Palestin membaling batu di belakang kereta kebal, sedangkan gambar arah tuju meriam dihalakan ke arah yang lain. Maksud daripada gambar tersebut mereka ingin menggambarkan bahawa mereka datang bukan dengan tujuan untuk merosakkan keamanan Palestin, bukan untuk menyerang tetapi rakyat Palestin yang tidak menghormati kedatangan mereka dengan membaling batu ke arah mereka.

Dunia melihat gambar seperti ini menunjukkan rakyat Palestin tidak bersyukur dengan apa yang dilakukan dan dilaksanakan oleh Israel terhadap mereka. Kononnya Israel datang untuk memberikan keamanan kepada mereka, menjaga mereka tetapi mereka tidak menghormatinya. Ini adalah apa yang cuba digambarkan oleh Israel. Kita terpengaruh dan terpedaya dengan suasana seperti itu.

Hukum Muamalat dengan Yahudi

Isu yang kedua adalah isu muamalah iaitu berinteraksi, berkomunikasi dan berurusan dengan orang Yahudi. Memang ada hadis daripada Nabi saw bahawasanya Nabi tidak pernah melarang untuk kita bermuamalah dengan selain daripada muslim termasuk Yahudi. Kita boleh berniaga dengan orang cina, india, kristian, yahudi dan sebagainya ianya tiada masalah sepertimana Nabi sendiri berniaga dengan orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi kepercayaan kepada Nabi untuk menjaga harta mereka.

Ini adalah prinsip Islam, kerana itu jika kita lihat Nabi SAW dan  para sahabat RA, banyak urusniaga mereka sama ada dengan muslim atau bukan muslim. Cuma sekiranya ada urusan-urusan atau perkara-perkara yang membabitkan prinsip-prinsip dan pegangan agama, maka kita harus kembali kepada ‘kamu dengan agama kamu dan aku dengan agamaku’ (surah al-Kafirun, ayat 6).

Oleh sebab itu apabila kita melihat muamalah contohnya facebook. Pengasas facebook adalah orang Yahudi. Kemudian banyak syarikat ubat-ubatan adalah dari Yahudi. Bidang kewartawanan dunia dikuasai oleh Yahudi. Urusan-urusan perniagaan seperti ini diharuskan di dalam Islam bahkan hadis yang menjadi sokongan, penghujahan dan pendalilan oleh para ulama adalah hadis riwayat Bukhari dan Muslim ketika Nabi saw makan hidangan yang dihidangkan oleh seorang wanita Yahudi. Wanita Yahudi itu menghadiahkan hidangan kambing dan Nabi menerimanya. Ini menunjukkan di dalam urusan muamalah tiada masalah.

APCO

Apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu tersebut ada kebenarannya dari sudut muamalah. Tetapi persoalannnya kadang-kadang orang politik ini apabila bercakap dia tidak sedar dunia.

Dahulu pernah timbul isu APCO kononnya kerajaan mengambil nasihat daripada APCO untuk mewujudkan gagasan satu Malaysia, mengambil nasihat daripada Yahudi dan sebagainya.

Jika berasaskan kenyataan tuan guru Nik Abdul Aziz, harus kita berurusan dengan orang-orang Yahudi dalam perkara-perkara yang baik selama mana tidak melanggar prinsip Islam, maka ianya tiada masalah.

Maka isu APCO ada masalah atau pun tidak? Ianya tiada masalah juga tetapi pada ketika itu kelompok-kelompok tertentu dan orang-orang tertentu membangkitkan isu APCO seolah-olah kerajaan ini berurusan dengan orang Yahudi bersama-sama dengan Israel menyokong isu ini habis-habisan. Mengapa tiba-tiba hari ini keluar kenyataan-kenyataan yang mengangkat seolah-olah tiada masalah untuk kita bermuamalah dengan Yahudi?

Islam didahulukan

Saya sendiri tidak tahu kenapa kenyataan-kenyataan yang diberikan sering tidak konsisten. Sebagai seorang Muslim dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Islam perlu kita dahulukan. Islam yang teratas dan kita bercakap kerana Islam. Kita berpandangan seperti ini sejak dahulu lagi. Sebelum orang bercakap tentang APCO dan Yahudi, kita telah berpendapat, berpandangan dan berpendirian sebegini rupa. Semua yang kita lakukan adalah berasaskan Al Quran, Al Sunnah dan berasaskan petunjuk para sahabat RA. Ini adalah asas yang kita pegang. Agama tetap berada ditempat yang teratas.

Jadi tiada isu sebenarnya kecuali apa yang disebut oleh seorang tokoh politik yang disebut namanya tadi, apabila beliau menyatakan, ‘apabila Israel memberikan inspirasi bagi rakyat Palestin iaitu menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin, maka kita akan memastikan keselamatan rakyat Israil, kita akan memastikan keselamatan Yahudi ini’.

Ini sudah terlebih kerana contohnya Nabi saw ketika Rom berperang dengan Parsi, turun ayat Allah swt menceritakan tentang  bagaimana Rom menewaskan Parsi. Rom adalah beragama kristian manakala Parsi beragama majusi. Nabi saw hanya menyatakan kegembiraannya tentang kemenangan Rom. Nabi tidak memberi sokongan, tidak menghantar bekalan makanan, tidak menghantar tentera dan tidak menjaminkan keselamatan Rom.

Begitu juga apa yang berlaku di Israel. Sekiranya mereka menghentikan serangan ke atas masyarakat Palestin, kita hanya perlu bersyukur kepada Allah swt. Kerana di dalam Islam kita mempunyai prinsip dan konsep yang disebut sebagai al-wala wal baro ‘kita cinta dan kita bersiap sedia untuk membantu, kita benci dan kita bersiap sedia untuk berlepas diri’.

Kita benci dengan pegangan dan pendirian agama Yahudi kerana mereka mempunyai niat yang tidak baik kepada Islam dan kepada umat manusia keseluruhannya. Mereka gambarkan di dalam penulisan mereka bahawa manusia selain daripada bangsa mereka adalah digambarkan sebagai anjing. Kerana itu kita diperkotak-katikkan, dipermainkan, diperdayakan dan sebagainya. Ekonomi dunia mereka yang berkuasa. Walaupun pada akhir-akhir ini kita lihat China mula mendominasi ekonomi dunia, sehinggakan ekonomi Amerika turut bergantung dengan ekonomi China.

Jadi untuk isu Yahudi ini kita perlu faham konsep dengan jelas. Muamalah ialah urusan yang tiada kaitan dengan prinsip dan pegangan agama, maka berurusanlah, bermuamalahlah dengan sesiapa pun selama mana ia tidak mengganggu prinsip-prinsip dan dasar-dasar pegangan agama kerana dalam isu agama ‘kamu agama kamu, kami agama kami’, maka urusan yang membabitkan prinsip-prinsip agama sama sekali kita tidak boleh ada kerjasama. Allah menyebut di dalam Al Quran, firmannya yang bermaksud; 

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya.” (Surah al-Ma-idah, ayat 2) 

Kebajikan itu merujuk kepada perkara-perkara yang bersifat umum, tetapi untuk taqwa adalah khusus untuk agama masing-masing.

http://www.youtube.com/watch?v=z_L9QQlXnvw

2 Komen
  1. Luqman permalink

    Isu APCO ini bukan sekadar berurusan dengan yahudi tetapi lebih kepada kewajaran membayar sejumlah wang yang besar untuk khidmat yang diberikan.

    Anyway, penulisan yang baik!

  2. APCO tiada KAITAN dgn ISRAEL..tgk penafian mereka DI LAMAN WEB MEREKA SENDIRI DISINI
    APCO Responds to Statements Made in Malaysian Parliament

    Kuala Lumpur (March 30, 2010) – The allegations repeated against APCO Worldwide this morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1Malaysia concept. In our work as communications consultants we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public. We work for governments which are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia.
    APCO’s Statement – March 18, 2010

    In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.

    In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.

    APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.

    However, contrary to statements made in Malaysia’s Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO’s engagement.

    It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia’s Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a “One-Israel” concept. The statement in Malaysia’s Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.

    APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world’s leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.

    ###
    About APCO Worldwide

    Founded in 1984, APCO Worldwide is an award-winning, independently owned global communication consultancy with offices in major cities throughout Asia, the Americas, Europe, the Middle East and Africa. Its employees include people from more than 40 nationalities representing people of all of the world’s major regions and faiths. Headquartered in Washington, D.C., APCO clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organisations; and seven of the top 10 companies on Fortune’s Global 500. APCO offers services related to business and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. For more information, please visit http://www.apcoworldwide.com or contact malaysia@apcoworldwide.com or B. Jay Cooper at APCO in Washington, D.C., at +1.202.778.1000.

    http://apcoworldwide.com/content/news/press_releases2010/kuala_lumpur0310.aspx

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: