Skip to content

Siapakah ulama’ dan apakah ciri politik Islam?

Julai 8, 2012

Soalan: Minta ustaz jelaskan kepada kami apakah ciri-ciri politik dalam Islam? Apakah ciri-ciri seorang ulama?

Jawapan:

Bismillah.

Ciri-ciri politik dalam Islam adalah politik yang syar’i iaitu politik ala Nabi. Politik Islam sangat luas, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Nabi SAW menyebut tentang Bani Israil,

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء

Maksudnya: Adalah Bani Israil itu mereka diurus tadbir oleh Nabi-nabi mereka.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Nabi Yusuf menjadi pentadbir mereka, Nabi Sulaiman menjadi pentadbir mereka, Nabi Musa menjadi pentadbir mereka, Nabi Dawud menjadi pentadbir mereka. Apabila dikatakan politik Islam bererti urus tadbir ala Islam yakni mencontohi bagaimana para Nabi mengurus tadbir manusia dalam hal-hal berkaitan akidah, syariah, akhlak dan urusan lainnya.

Asas politik Islam adalah Al Quran dan As Sunnah yang dijadikan sebagai dustur (undang-undang dan peraturan). Pada zaman Imam Malik ibn Anas, pemerintah pada masa itu meminta kitab Imam Malik bin Anas – Al Muwattha untuk dijadikan sebagai dustur. Cuma Imam Malik bin Anas menolaknya kerana takut jika ada kesilapan di dalamnya kerana kitab tersebut adalah kitab hadis, berkemungkinan di dalamnya ada hadis-hadis yang lemah yang pada satu hari nanti beliau akan menemui hadis sahih dan mengubah isi kandungan kitabnya.

Asas di dalam politik Islam itulah rujukannya. Dan tidak boleh ada mana-mana pihak mengatakan politik pada hari ini sama seperti politik Islam, seperti mana yang didakwa oleh sebahagian parti politik; PAS khususnya mereka mendakwa secara terang-terangan bahawasanya politik tidak dapat dipisahkan daripada Islam. Memang politik tidak dapat dipisahkan daripada Islam tetapi cara mereka berpolitik bukanlah seperti politik Islam. Politik mereka adalah politik membuka keaiban orang, cerca maki, dan sebagainya. Adakah itu cara Islam? Tidak.

Ciri-ciri Ulama

Nabi SAW menyebutkan di dalam hadis,

العلماء ورثة الأنبياء وإن الأنبياء لم يُوَرِّثوا دينارًا ولا درهمًا، وإنما وَرَّثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Maksudnya: “Ulama adalah pewaris para Nabi dan sesungguhnya para Nabi SAW tidak mewariskan dinar ataupun dirham (kekayaan), sebaliknya mereka mewariskan ilmu.” (riwayat Abu Dawud)

Maka untuk mengenali adakah seseorang itu ulama atau tidak, ambillah ilmu para Nabi dan bandingkan dengan perkataan yang dibawa oleh orang yang mengaku ulama tersebut, adakah sama atau tidak dengan kehendak dan kaedah Nabi SAW. Kalau bercanggah bagaimana boleh dikatakan dia ulama? Itu adalah konsep asas. Selain daripada itu perlu kepada perincian terhadap setiap isu yang dibicarakan.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=rL1mTeGWSc4

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: