Skip to content

Antara demokrasi dan syura

Julai 10, 2012

Antara sistem demokrasi dan sistem syura Islam 

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Idea liberalisme telah dikembangkan oleh barat dan diresapkan ke dalam pemikiran umat Islam. Liberalisme ini diasaskan atau lahir daripada sistem demokrasi yang tulen, dan sistem demokrasi ini juga telah digunakan diMalaysiauntuk mengatur kehidupan rakyat. Jadi adakah layak sistem demokrasi ini digunakan untuk mengatur urusan umat Islam sedangkan Al-Quran dan sunnah itu ditolak ke tepi? Ini perkara yang sangat penting sebab istilah demokrasi ini tidak pernah wujud dalam sejarah Islam dan sejarah khilafah. Tiba-tiba setelah kemunduran umat Islam dan kejatuhan khilafah Utsmaniyah, sistem demokrasi telah masuk dan digunakan oleh banyak wilayah umat Islam.

Sistem demokrasi bukanlah sistem Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan sistem syura. Sistem syura yang dipraktikkan pada zaman Nabi SAW adalah berbeza. Oleh kerana Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, maksudnya:

“Urusan mereka (diputuskan) dengan syura di antara mereka.” (surah Asy-Syura, 42: 38)

Ahli syura dan ahli demokrasi

Allah SWT memerintahkan kita untuk melakukan syura. Syura bermaksud mesyuarat atau perbincangan. Disebut di dalam hadis, perbincangan ini terdiri daripada orang yang cerdik pandai dan berilmu. Untuk berbincang tentang agama memerlukan ahli syura yang menguasai ilmu syar’i, Al-Quran, hadis, fiqh, bahasa arab, dan lain-lain, barulah dia boleh menjadi ahli majlis syura. Kalau sekadar duduk bersembang, pandai bercakap bergelak ketawa, dia tidak  boleh dan tidak layak dikategorikan sebagai ahli majlis syura.

Demokrasi bukan sistem Islam, demokrasi adalah sistem yang berasaskan suara majoriti dan bergantung kepada pemikiran dan hawa nafsu manusia. Pilihan dibuat berdasarkan rasa suka, mungkin ada yang memilih atas dasar hubungan keluarga, mungkin bertujuan membalas budi, kepentingan tertentu dan sebagainya. Hal ini berbeza sama sekali dengan kaedah syura di dalam Islam.

Ahli majlis syura yang memilih pemimpin hendaklah dari kalangan orang yang adil, berilmu dan beramal dengan agama, serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Mereka inilah yang layak memilih. Itu asas di dalam Islam yang tidak boleh diubah.

Kita sekarang ini duduk di dalam satu sistem iaitu demokrasi. Adakah apabila kita berada di dalamnya bererti kita harus menerima apa sahaja yang datang dari sistem ini seperti demokrasi mutlak di negara-negara barat contohnyaDenmark? Sehingga menyebabkan wujud disanapelacuran terbuka, orang boleh mengayuh basikal dengan tidak berpakain, bertelanjang sesuka hati di mana-mana atas nama hak asasi. Adakah ini yang kita inginkan?

Kita tidak boleh mengatakan demokrasi mengharuskan demonstrasi atau mengharuskan kita bertindak sesuka hati. Adakah kita tidak ingin mengubah sistem ini?

Kita berkeinginan mengubah sistem ini. Moga-moga Allah berikan kepada kita kekuatan, permudahkan urusan agar sistem ini diubah suatu hari nanti kepada sistem Islam yang adil dan telus. Moga-moga Allah berikan perubahan. Keinginan ini perlu ada di dalam hati setiap umat Islam.

Cuma sepanjang kita masih berada di dalam sistem ini, kita hendaklah meminimumkan kemudaratan yang datang akibat sistem ini. Sudah pasti sistem ini ada mudaratnya kerana ia bergantung kepada hak dan nafsu manusia, bukan bergantung pada pemilihan yang betul.Adayang bergantung kepada parti, ada yang memilih kerana tidak puas hati. Semua itu nafsu. Hal seperti ini menggambarkan bahawa demokrasi tidak memberi impak positif untuk Islam. Sebab itulah kita perlu meminimumkan keberadaan kita di dalam demokrasi. Bagaimana caranya?

Interaksi dengan demokrasi

Satu kaedah di dalam Islam, “ad-dharurah tuqaddar biqadariha” (dharurat itu diukur dengan kadarnya). Sebaik habis dharurat kita hendaklah kembali kepada asal. Saya selalu menggunakan analogi ini sehingga ada sebahagian orang mengolok-olokkannya. Tetapi ini analogi yang tepat untuk kita faham. Kita terperangkap di dalam hutan dan kehabisan makanan, yang ada pada masa itu ialah seekor babi. Kalau tidak makan babi tersebut akan menyebabkan kita mati atau memudaratkan maka kita terpaksa tangkap dan makan babi itu. Tetapi kita tidak boleh memakannya sehingga kenyang. Diharuskan makan babi tersebut sekadar sehingga menghilangkan kemudaratan. Apabila habis mudharat maka kembali kepada hukum asal iaitu babi itu haram dimakan.

Begitu juga dengan demokrasi, ia bukan sistem Islam tetapi kita dilahirkan dalam keadaan kita berada di dalam sistem ini. Jadi kemudaratan daripada sistem tersebut hendaklah kita berusaha meminimumkannya. Apabila hendak memilih, pilihlah orang yang adil, yang benar-benar memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Bukan kerana ada unsur kepentingan. Apabila memerintah, memerintahlah dengan adil. Kita bolehcubameminimumkannya setakat mana yang kita mampu.

Tentang isu undang-undang perlembagaan Al-Quran dan As-sunnah, ya kita perlu meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah itu sebagai sasaran dan usaha untuk kita bergerak ke arahnya.

Siaran akhbar Ahad, 08 Julai 2012

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: