Skip to content

Rujuk dalil sebelum beramal

Julai 12, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Bagaimana untuk mengetahui amalan itu sahih atau tidak?

Jawapan:

Sekiranya sesiapa yang ada hadis sahih untuk diamalkan maka datangkan. Lakukan seperti Imam Asy Syafi’i contohnya seperti kata beliau,

أجمع المسلمون على أن من استبان له سنة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يحل له أن يدعها لقول أحد

Maksudnya: “Umat Islam telah berijma’ bahawa sesiapa yang telah jelas baginya sunnah Rasulullah SAW (hadis sahih), tidak halal baginya meninggalkan sunnah itu kerana perkataan seseorang.”

Maka tanggungjawab kita adalah menyemak dan membandingkan dalil sama ada ia sahih atau tidak serta bagaimana kefahaman para ulama’ salaf terhadap dalil tersebut sebelum beramal dengan sesuatu ibadah.

Urusan agama dan ibadah tidak boleh berdiri atas dasar “amalan ini mungkin sahih”, “mungkin ada hadis yang kita belum tahu”, “mungkin amalan ini baik” dan segala jenis kemungkinan. Setiap ibadah yang hendak dilaksanakan mestilah berdiri di atas ilmu yang pasti dan diyakini sahih.

Sekiranya seseorang mengatakan amalan (ibadah) yang dilakukan itu ada hadis, maka datangkannya dan bandingkan dengan merujuk ulama atau kitab-kitab seperti Tafsir Al-Quran, ilmu Musthalah Al Hadis, Ushul Fiqh, Qawa’id Al Fiqhiyah, Maqasid Asy Syar’iyah dan sebagainya.

Mana mungkin kita membawakan sesuatu amal dan bercakap dengan perkataan umum “hadis ini sahih kerana dibaca oleh ustaz itu” tanpa membawa sebarang pembuktian. Bagaimana kita boleh mentafsirkan sesuatu hadis tanpa mengikut cara atau kaedah memahami dalil yang betul.

Kalau kita asyik menuding jari, “tidak semestinya engkau bawa hadis sahih bererti engkau betul”, “tidak semestinya cara engkau memahami hadis itu betul dan cara aku faham ini salah” tanpa melihat kepada hujah para ulama muktabar, maka itu perbincangan yang tidak ilmiah, tidak relevan dan tidak rasional.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

Ustaz Fathul Bari: Rujuk Dalil Sebelum Beramal

http://www.youtube.com/watch?v=YpeimuCDKyY

From → Ilmu & Fatwa

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: