Skip to content

Beberapa koreksi Jamaah Tabligh

Julai 16, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Mohon komen ustaz tentang Jamaah Tabligh.

Jawapan:

Tentang Jamaah Tabligh, saya suka menukilkan pandangan guru kami Syaikh Abdul Muhsin Al ‘Abbad hafidzahullah beberapa tahun yang lalu dan seperti mana yang kita masih boleh mendengar dalam kuliah beliau akan penjelasan beliau tentang Jamaah Tabligh. Pada musim haji kalau saya tidak silap, ramai orang bertanya pandangannya tentang Jamaah Tabligh.

Kata beliau, mereka ini (Jamaah Tabligh) orang-orang yang ‘abid (ahli ibadah) dan zahirnya berakhlak dengan akhlak yang baik, akan tetapi ada banyak kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam gerakan mereka yang perlu diperbetulkan dan dinasihati. Mereka ada kesungguhan yang dilihat tidak ada pada sebahagian kita seperti kesungguhan berdakwah, ingin sampaikan Islam kepada manusia, ingin melihat manusia melakukan amal kebaikan, ingin manusia melakukan solat berjamaah. Ini semua kehendak-kehendak yang baik cuma ada beberapa kepincangan.

Kepincangan pertama, kurangnya mereka memberi fokus kepada akidah, sebaliknya hadis-hadis yang mereka gunakan dalam Fadha-il A’mal ada menyebut kelebihan mengucapkan La-ilaaha-illallah, tetapi penjelasan tentang maksud La-ilaaha-illallah, uluhiyah, rububiyah, asma was sifat dan isu-isu akidah yang lain kurang dibahaskan secara terperinci.

Sedangkan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yakni dakwah Salafus Soleh menjadikan penjelasan tauhid perkara utama. Muadz ibn Jabal ketika Nabi mengutus beliau ke Yaman dipesan oleh Nabi SAW,

فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله

Maksudnya: “Hendaklah kamu jadikan perkara pertama untuk kamu seru manusia kepadanya adalah persaksian Laa-ilaaha-illallaah.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka kandungan dan pengisian dakwah itu mesti ada penjelasan tentang tauhid/ akidah, mengembalikan manusia kepada Allah SWT dengan cara dan kefahaman yang benar.

Kepincangan kedua adalah berkenaan sumber rujukan mereka. Di tanah Arab, kitab yang menjadi rujukan Jamaah Tabligh adalah Riyadhus Solihin karangan Imam an-Nawawi. Tetapi mengapa Jamaah Tabligh di Nusantara menjadikan Fadha-il A’mal karangan Maulana Zakariya Al Kandahlawi sebagai rujukan utama. Mengapa tidak menggunakan Riyadhus Solihin juga.

Kitab Fadha-il A’mal karangan Syaikh Zakariya Al Kandahlawi terbahagi kepada 2 bahagian; bahagian pertama adalah hadis-hadis induk dan bahagian kedua adalah hadis-hadis yang terdapat di dalam syarahan atau ulasan kepada hadis induk tersebut.

Adapun hadis induk, 60-70% adalah hadis-hadis yang sahih manakala bakinya adalah hadis-hadis yang lemah dan juga palsu. Adapun dalam syarah, sebahagian besar daripadanya adalah hadis-hadis yang palsu dan juga tidak ada asal. Ini masalahnya dengan sumber rujukan mereka.

Kadangkala apabila bercakap seperti ini, akan ada orang yang berkata, “kamu siapa jika dibanding dengan maulana Zakariya?” Memang kita menghormati Maulana Zakariya Al Kandahlawi sebagai seorang tokoh ahli ilmu. Akan tetapi kita perlu ingat, apabila Imam Syamsuddin Adz Dzahabi rahimahullah yang hidup sekitar kurun ketujuh atau ke lapan hijrah (pengarang kitab sirah yang besar – Siyar A’lam An Nubala, kitab biodata perawi hadis) bercakap tentang Imam Al Ghazali tentang kitab karangan Al Imam Al Ghazali Ihya Ulumuddin, Imam Adz Dzahabi mengatakan keilmuan Imam Al Ghazali dalam bidang hadis kurang, banyak terdapat hadis-hadis lemah dan palsu. Walaubagaimanapun Imam Adz Dzahabi menceritakan kehebatan Imam Al Ghazali dari sudut kefaqihannya, akan tetapi dari sudut ilmu hadis beliau kurang. Begitu juga dengan Syaikh Zakariya Al Kandahlawi, walaupun beliau terkenal dengan ilmu hadis tetapi nukilan beliau dalam Fadha-il A’mal perlu dinilai kembali.

Saya dan seorang guru saya telah menghubungi sendiri pusat Jamaah Tabligh di India. Guru saya boleh berbahasa Urdu dan beliau bercakap dengan Jamaah Tabligh pusat itu sendiri dan bertanya ada atau tidak orang yang telah membuat penilaian terhadap hadis-hadis di dalam kitab Fadhail A’mal. Orang di sana memberitahu bahawa sehingga saat itu tidak ada siapa yang mampu melakukannya (penilaian ke atas hadis-hadis di bahagian syarah atau ulasan), perkara itu pernah diusahakan tetapi oleh kerana terlalu banyaknya hadis-hadis yang tidak bersanad (tidak diketahui dari mana asalnya) maka sukar untuk membuat penilaian ataupun kritikan.

Maka mengapa kitab itu dijadikan sumber rujukan? Adakah semata-mata kerana ia ditulis oleh Syaikh Zakaria Al Kandahlawi? Tidak boleh sedemikian, seperti Jamaah Tabligh di Timur Tengah mereka menggunakan Riyadhus Solihin. Antara sebab dan punca mengapa mereka tidak menggunakan kitab Fadhail A’mal adalah kerana di Timur Tengah ada ramai pakar-pakar hadis. Itu masalah kedua tentang sumber rujukan mereka.

Kepincangan ketiga adalah semangat mereka untuk berdakwah sedangkan pengisian ilmu kurang. Mereka keluar dalam tempoh-tempoh tertentu selama beberapa hari untuk berdakwah. Mereka diberikan beberapa pengisian asas dan disuruh keluar berdakwah. Kita perlu berhati-hati kerana pendakwah mestilah seorang yang berilmu. Mereka berkata, sahabat Nabi RA bertebaran di atas muka bumi. Saya katakan kepada mereka itu semua sahabat Nabi yang memiliki asas ilmu yang kukuh.

Muadz bin Jabal yang Nabi hantar ke Yaman ditanya oleh Nabi, dengan apa kamu hendak berhukum, jawab Muadz, dengan Al Quran. Tanya Nabi lagi bagaimana kalau tidak ada di dalam Al Quran, jawab Muadz dengan As Sunnah. Kalau tidak ada dalam as sunnah? Jawab Muadz, aku berijtihad. Siapa di kalangan kita mampu berijtihad? Adakah semua yang keluar berdakwah di kalangan Jamaah Tabligh mampu menjawab soalan berdasarkan Al Quran dan As Sunnah, adakah jika tiada di dalam Al Quran As Sunnah mereka semua mampu berijtihad.

Jika mustahil semua di kalangan mereka mampu, maka kita perlu berhati-hati menghantar orang keluar berdakwah kerana untuk menyeru orang kepada Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil, perlu dilengkapi dengan ilmu terlebih dahulu, perlu ada asas yang mantap dari Al Quran, hadis dan penjelasan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kepincangan yang keempat adalah penetapan tempoh-tempoh untuk keluar seperti penetapan 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Penetapan-penetapan ini datang dari Nabi atau tidak? Pernah atau tidak Nabi SAW menyatakan kepada para sahabat untuk keluar berdakwah dalam tempoh 3 hari. Pernahkah ditetapkan bilangan hari sedemikian. Jika tidak pernah mengapa kita menetapkannya sehingga ia menjadi rutin dan amalan kebiasaan gerakan Jamaah Tabligh untuk keluar.

Setakat itu dahulu penjelasan ringkas tentang Jamaah Tabligh.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

 Ustaz Fathul Bari: Menjawab Isu Jamaah Tabligh

www.youtube.com/watch?v=WmUWM9U12Qk

23 Komen
  1. safwan permalink

    UBF… sangat jelas kupasan anda.. saya mengharapkan golongan ILMU seprti anda dapat sntiasa turun kependalaman untuk menyumbangkan ILMU kepada warga2 pendalaman contohnya… bukan hanya mainstrim.. bukan semua yg di pendalaman tu boleh serve internet. kalau bukan jemaah tabliq ni yg turun ke kampung-kampung dan pendalaman untuk berdakwah.. golongan2 agama marah bila orang keristian menyampaikan dakwah mereka. tapi bila golongan tabliq pun begtu juga..

  2. Blogwalking…
    Salam kenal🙂
    Blognya keren! Update terus ya

  3. Assalamualaikum,
    hendak bertanya mengenai beberapoa kepincangan diatas.
    jika dilihat dari kepincangan yang keempat,
    saya sempat bertanya pada beberapa orang jemaahnya mengenai tempo-tempo yg dimaksud untuk keluar berdakwah.
    mereka menjawab “Kami fisabilillah seperti hal nya Rosul, para sahabat, & Nabi Ibrahim”
    bagaimana menanggapi jawaban seperti itu??
    sedangakan disisi lain saya melihat mereka berdakwah dengan meninggalkan keluarganya, apa itu cara yg baik??

  4. darwisamin permalink

    terima kasih atas kupasannya ..walaupun sebahagiannya tidak mempunyai ilmu yg cukup tetapi niat mereka buat demi kerana Allah.allahualam

  5. chrome permalink

    emmmmmmmmmmm ustaz pandai cakap jeee……cakap belakang boleh laa!!! Ambil tindakan laaa tu x betul ini x betul apa punya orang alim bodo!!dunia nak kiamat fitnah sana sini….

  6. kalau jemaah tabligh punyai ilmu yang tinggi… pasti lagi hebat..

  7. tajuddin permalink

    ilmu je tinggi tapi untuk 3p(perot,poket,pangkat)buat apa.

  8. salafu sholeh permalink

    ustd benar semua sahabat mmliki ilmu…..
    tapi tapi tarap keilmuan mrk brbeda2….
    bgtupun dng Jt tak sluruhnya orang bodo tak brpngetHuan…. cz seandainya tarap ilmu sahabat semua sama mngapa hanya abu hurairah dan aisyah yg trknal mriwayatkan hadist,dan bbrapa sahabat lainnya,bgtu pula seakan2 ahli tafsir ibnu abas ahlinya….. dan abadilah dlm hal patwanya.

  9. mazlan permalink

    ustaz dah ada ilmu. Dah tahu Al-Quran dan Hadis, sbb apa tak turun padang buat dakwah…Nabi tak buat ceramah, nabi keluar susah payah sebarkan kalimah kapada manusia…semua nabi buat begitu. cuma ustaz-ustaz la ni yang tak mahu buat…sebab duit kena keluar untuk berjihad. kalau bagi ceramah duit masuk. baru ustaz akhir zaman “ulama su’. cakap agama, tapi poket penuh, kereta besar…..tuggulah d akirat nanti

  10. kidiaq permalink

    mu knl dk sheikh zakariya yg mu nk complain tu.. mu hfal brpa bnyk hadis .. sheikh zakariya brpa bnyk hdis dia hfl.. mu klu ta tau jgn blagak pndi..

  11. Abi wildan permalink

    Aslm m alaikm wr wb , pertama2 kami ucapkn terima ksi kpda ustd dri malay ini atas koreksinya trhdap kmi jamaah gerak untuk prbaikan iman kami dan yg k2 kami sarankan kpda ustd dri malay ini untuk menyemptkan wktu ustd untk trun lngsung buat da wah untk jmpa umt di luar sna jng pandai ngomong sja salurkan ilmu nt tu kpda orng2 awam d luar sana jngn smpai tragedi penyembelihan leher orng2 alim dn pmbkran kitab2 nya trulng kembli dn tdk menutup kemngkinan leher nt yg kna sembelih nnti sdh siap lom?????

  12. irwan permalink

    Soalan saya, tahap ilmu yang macam mana untuk seseorang itu layak berdakwah/bertabligh…? Alhamdulillah Ustaz dikurniakan ilmu yang banyak pun masih belum (mungkin sedang) turun ke medan berjumpa dengan ummat disegenap lorong dan pintu. Berapa tinggi ilmu yang diperlukan…?

  13. putri norelyna binti hasyim permalink

    kejayaan hanya dalam agama……..

  14. Farid Pangeranhati permalink

    Semoga engkau sodaraku diberi hidayah dan kepahaman.

    • abu muhammad ridwan permalink

      menyampaikan suatu kbenaran bnyak tantangannya dari orang jahil ,apakah hanya dengan kuruj/amalan yg tdak dicontohkan rosul bisa mendatang kan kepahaman agama?? Kalaulah benar dengan cara itu baik pastilah rosululloh tak luput darinya/ mengajarkannya kepada kita’ islam telah sempurna tak perlu lg membuat2 amalan baru( apa2 amalan yg mendatangkan kecintaan 4jjl melainkan telah diajarkan oleh rosululloh solallohu’alyhiwasallam dan apa2 yg membuat 4jjl murka telah diperingatkan pula kepada kita agar menjauhinya) wabillahitaufiq

  15. Moja permalink

    Assalamualaikum, dewasa ini orang islam menceritakan kepincangan golongan islam yang lain. Ini bukan cara nabi ajar. Kita lihat yahudi dan nasrani telah mendahului menceritakan kepincangan para sahabat, yg kita tahu para sahabat tiada kepincangan. kalau tak ia takkan di gelar R.A. Betullah nabi ada bersabda lebih kurang mahfumnya Umatku akan ikut langkah-langkah Yahudi sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggakan kalau ke lubang biawak yg sempit dan kotor kita akan ikut. Teruskan buat dakwah kerana ini saja jalan untuk selamat dari fitnah Dajal.

  16. uyung permalink

    Jama’ah Tabligh Lebih Utama drpd Kibar Ulama?!

  17. Ustaz fathul bersangka baik. Dia ulas menda yang betul. Tak sahih, memang tak sahih. Imam ghazali , memang tak sahih, . Terima ksh ustaz perbetulkan apa yg salah.

    • saya setuju. ustaz fathul bersangka baik. cuma yang nak ditekankan disini ialah tentang pentingnya mendalami ilmu sebelum menyebarkannya. takut ada manusia yang jahil dok ikut melulu, timbul pulak taksub.

  18. sayful permalink

    assalqmualaikum orang yg jahil xboleh terima pendapat.. apa yg diterangkan diatas memang benar siapa kamu yg nak menguyuk segala apa yg di utarakan oleh ustaz ni.. saya sokong dia sebab saya tahu dia bercakap sebab benar dan berpandukan ilmu bolehkah seorang guru mendidik anak murid disekolah tanpa ilmu ….pelajar macam mana jadilah bodoh xda ilmu nak salahka siapa cikgu …..kan… saya kenal sahabat saya ramai yang ikut jemaah tabliq saya hormat mereka tapi cara mereka berdakwa tidak mempunyai cukup ilmu kehidupan harian yang penuh dengan kemaksiatan ajak orang kebaikan diri sendiri kenalah perbetulkan bila ditegur marah…. mana boleh begitu … bila cakqp pasal agama merekalah yang hebat tidak mendenfar pendapat orang…. bagi saya yg paling utama ilmu…. seharusnya para jemaah dihantar ke pusat institusi untuk berkursus setidaknya pun belajar bersama ahli agama agar ilmu menjadi mantap dan dajwa phn seirang dengan ilmu yang ada… bukan saya nak aibkan jemaah ni… terua terang saya suka mereka berdakwa tapi cara mereka salah……. tidak.mengikuti sunnah yang betul….. mereka juga seolah olah menetapkan pahala cth” kalau kau tak ikutbkeluar tiadalah pahala dan bilq kau tidak buat banyak banyak kurang pahala” sesungguhnya pahala dosa allah swt yg tentukan kita tdak layak dan siapa kita xsemestinya apa yang kita lakukan diterima oleh allah swt … beringat usaha dakwa usaha yang murni namun disebabkan kepjncangan ilmubyang ada mencacatkan usaha ini dan masyarakat cuma pandang sebelah mata jer… wallahu alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: