Skip to content

Fathul Bari: Hentikan budaya salah-menyalah dalam berpolitik

Julai 23, 2012

SHAH ALAM 19 Julai – Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik dan sehubungan dengan itu, pemimpin-pemimpin politik tidak boleh meneruskan budaya salah-menyalah antara satu sama lain.

“Jika kita terus salah-menyalah antara satu sama lain, bagaimana (kita boleh) ajar orang muda cara berpolitik yang betul?

“Anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik pada hari ini,” kata Fathul Bari pada Debat Sinar Harian di bawah tajuk “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa” di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf petang ini.

Fathul Bari berkata, asas utama untuk menegur pemimpin bukan dalam bentuk kritikan terbuka seperti mengkeji, mencaci atau mengumpat.

Sebaliknya kata Fathul Bari, setiap parti, baik pembangkang mahupun kerajaan, memiliki cara tersendiri untuk menegur pemimpin mereka.

“Pas menegaskan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, ya saya setuju tetapi politik yang bagaimana?’

“Politik yang syarie bukannya persepsi,” kata Fathul Bari yang digandingkan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi pada debat kali ini.

Siaran akhbar

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: