Skip to content

Ramadhan; Perkara yang boleh dilakukan ketika berpuasa (1)

Julai 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Perkara yang boleh dilakukan ketika berpuasa

Perkara yang boleh dilakukan ketika puasa banyak, masuk waktu subuh dalam keadaan junub, bersiwak atau memberus gigi, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan, bermesra dan mencium isteri, mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan, berbekam, merasa makanan, memakai celak, menitiskan air ataupun ubat ke dalam mata, mencucurkan air ke atas kepala serta mandi.

Saya hendak mengambil beberapa perkara yang dijadikan oleh masyarakat seolah-olah perkara itu tidak boleh dilakukan.

Masuk waktu subuh dalam keadaan junub 

Ini adalah khusus bagi suami isteri yang berjima’ pada malam hari atau bagi sesiapa yang bermimpi dan dia masuk waktu pagi dalam keadaan belum mandi wajib. Berkata Aisyah dan Ummu Salamah RA,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya: “Rasulullah SAW pernah memasuki waktu fajar (subuh) dalam keadaan junub kerana bersetubuh dengan istrinya, kemudian baginda mandi dan berpuasa.” (riwayat Imam Al Bukhari no. 1926)

Bersugi

Bersugi juga harus ketika sedang berpuasa, seperti mana umum hadis Nabi,

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Ertinya: Sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi setiap kali hendak solat (dalam riwayat lain disebut setiap kali hendak berwudhuk).” (riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)

Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung 

Kata Nabi seperti direkod di dalam hadis,

وَبَالِغْ فِى الاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُونَ صَائِمً

Ertinya: “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh (berlebih-lebihan) dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika kamu berpuasa.” (riwayat Abu Daud no. 142, Tirmidzi no. 788, An Nasa-i no. 87, Ibnu Majah no. 407. Dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani )

Bukan bererti tidak boleh memasukkan air ke dalam hidung tetapi yang dimaksudkan adalah kurangkan berlebih-lebihan kerana rongga hidung bersambung dengan kerongkong.

Bermesra dan mengucup isteri 

Perkara ini berlaku pada zaman sahabat Nabi RA, di mana isteri seorang sahabat bertemu dengan Aisyah RA mengadukan bahawasanya suaminya tidak mahu duduk dekat dengannya pada bulan puasa. Apabila ditanya mengapa, jawabnya kerana ini bulan puasa dan dibimbangi berlaku perkara yang membatalkan puasa. Jadi si isteri kecewa dan merasa seolah-olah bulan Ramadhan menjadikan rumahtangga mereka menjadi dingin. Kata Aisyah RA,

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبل وهو صائم ويباشر وهو صائم ولكنه أملككم لإربه

Ertinya: “Rasulullah SAW pernah mencium dan bercumbu ketika baginda sedang berpuasa.  Namun baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya di antara kalian.” (riwayat Al-Bukhari no. 1927 dan Muslim no. 1106)

Seorang sahabat berkata, “Bukankah Allah telah mengampuni dosa Rasulullah yang terdahulu dan yang akan datang?” Baginda SAW bersabda: “Ketahuilah demi Allah, sesungguhnya aku lebih bertaqwa kepada Allah dari kalian dan lebih takut kepada Allah dari kalian. (riwayat Muslim)

Ini menunjukkan satu keharusan bergurau senda di antara suami dan isteri di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: