Skip to content

Ramadhan; perkara yang boleh dilakukan keatika berpuasa (2)

Julai 26, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan. 

Hal ini telah disepakati oleh para ulama-ulama muta-akhirin seperti mana yang telah disepakati dalam majma’ (himpunan) fiqhul islami sedunia iaitu mengeluarkan darah atau menderma darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan atau minuman maka ia diharuskan.

Berbekam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak juga tidak menjadi masalah. Ada riwayat di mana Nabi melarang berbekam ketika berpuasa kemudian ia dimansuhkan dengan hadis ini,

عَنِابْنِعَبَّاسٍرضىاللهعنهماأَنَّالنَّبِىَّصلىاللهعليهوسلماحْتَجَمَ،وَهْوَمُحْرِمٌوَاحْتَجَمَوَهْوَصَائِمٌ

 Ertinya: Dari Ibnu ‘Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW berbekam dalam keadaan berihram dan berpuasa. (riwayat Al Bukhari no. 1938)

Merasa makanan bagi orang yang sedang memasak

Harus bagi orang yang memasak untuk merasa makanan. Kata Ibn Abbas RA,

لاَبَأْسَأَنْيَذُوْقَالخَلَّأَوْالشَّيْءَمَالَمْيَدْخُلْحَلْقَهُوَهُوَصَائِمٌ

Ertinya: Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu, selama ia tidak masuk sampai ke kerongkong bagi orang yang berpuasa.” (riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf 2/304. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ no. 937 mengatakan bahawa riwayat ini hasan.)

Memakai celak atau menitiskan cecair atau ubat ke dalam mata.

Kadang-kadang pada bulan puasa mata dimasuki habuk atau sebagainya, tidak mengapa jika seseorang menitiskan eyemo atau ubat ke dalam mata kerana ia bukan dalam kategori makanan dan tidak juga mengenyangkan. Adakah kita meminum eyemo ketika berbuka puasa? Jika ia bukan bahan minuman maka ia tidak dikategorikan sebagai makanan atau minuman yang membatalkan puasa. Ia hanyalah ubat dan tidak membatalkan puasa.

Seperti mana yang dijelaskan oleh Al Imam Al Bukhari rahimahullah;Anas Ibn Malik, Hasan Al Bashri, Ibrahim An Nakha’i memandang tidak mengapa bagi orang yang bercelak ketika dalam keadaan berpuasa.Sebab celak apabila masuk ke dalam mata ia juga akan memberi kesan atau rasa di tekak.

Jadi perkara-perkara yang boleh maka ia kekal boleh sebab perkara ini tidak dilarang oleh Nabi SAW dan ia tidak dikategorikan sebagai makan atau minum. Itu adalah asas dalam perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT bagi mereka yang berpuasa.

Mencucurkan air ke atas kepala serta mandi

 Kalau merasa panas pada bulan puasa, tidak ada masalah untuk mandi. Yang menghairankan orang kita memandai-mandai meletak hukum makruh, mandi waktu petang selepas asar bertambah makruh dan sebagainya. Kita bukan mandi dan menadah mulut dengan air atau menelan air. Kalau kita mandi kerana panas tidak ada masalah berdalilkan daripada Abu Bakar RA beliau berkata,

حَدَّثَنِيْلَقَدْرَأَيْتُرَسُوْلَاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَعَلَىآلِهِوَسَلَّمَبِاْلعَرْجِيُصِبُعَلَىرَأسِهِالْمَاءَوَهُوَصَائِمٌمِنَاْلعَطْشِأَوْمِنْالْحَرِّ

Ertinya: “Telah berkata orang yang meriwayatkan kepadaku, sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW di ‘Araj menuangkan air di atas kepalanya dan baginda dalam keadaan berpuasa kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (riwayat Abu Daud)

Maknanya kalau kita merasa dahaga, kita dibenarkan untuk mandi. Kita perlu ingat, sebahagian daripada para ahli ilmu memang ada menyebut makruh kerana dia berhadapan dengan si penanya yang bertanya, situasi dan keadaan. Makruh yang dinyatakan bukanlah makruh yang disandarkan pada perbuatan Nabi SAW, tetapi dia menyandarkan kepada masyarakat yang dilihat mungkin ada yang cuba mengambil kesempatan seperti menelan air sedikit ketika mandi kerana tekak kering. Jadi ahli ilmu ketika melihat keadaan seperti ini, keluarlah kenyataan-kenyataan makruh atau karahah merujuk kepada keadaan yang mereka tidak suka kerana dibimbangi ada orang yang menelan air dan mengambil kesempatan. Sebab itu dalam masalah fiqh, banyak pandangan-pandangan yang berbeza, antaranya kerana mereka melihat kepada orang yang bertanya dan juga melihat kepada situasi.

Wallahu A’lam.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: